Waktu sesuai buat ujian kehamilan

Anda yang mencari maklumat Bilakah waktu yang sesuai membuat ujian kehamilan sudah tentunya sedang berdebar menanti kehadiran cahaya mata setelah mendirikan rumah tangga. Bagi anda yang baharu kahwin sudah semestinya tiada pengalaman dan mungkin juga anda yang buat pertama kalinya hamil tetapi masih tercari-cari maklumat. Ikuti pengalaman dan kupasan tentang waktu yang paling sesuai untuk melakukan ujian kehamilan ini.
Info yang anda harus tahu ketika anda ingin membuat ujian kehamilan ialah salah satunya tanda wanita hamil yang paling ketara ialah lewat datang bulan (haid/period) pada tarikh yang sepatutnya. Waktu yang paling sesuai untuk anda lakukan ujian kehamilan adalah selepas 1 atau 2 minggu setelah lewat haid. 
Namun begitu jika anda mempunyai naluri yang kuat mengatakan anda hamil dan ingin memastikannya dengan melakukan ujian kehamilan sejurus terlewat sehari atau dua tiga hari dari tarikh sepatutnya juga boleh dilakukan, tetapi di kuatiri keputusan tidak boleh di baca oleh alat ujian kehamilan (urine pregnant test).

Gambar ujian kehamilan yang kabur

Seperti pengalaman saya anak pertama dan kedua saya lakukan ujian kehamilan sendiri dengan menggunakan UPT kits di rumah setelah lewat
sehari atau dua hari. Garis kedua ujian itu sangat kabur. Namun begitu saya yakin saya hamil. Selepas dua minggu menanti haid masih  tidak muncul jadi saya terus berjumpa dengan doktor dan sekali lagi membuat ujian kehamilan

Alat ujian ini membaca kadar jumlah hormon hCG (human chorionic gonadotrophin) di dalam urin, ini kerana hormon ini terbentuk pada seorang wanita yang hamil,iaitu apabila berlaku proses persenyawaan antara embrio dan sperma didalam rahim.. Untuk mendapatkan bacaan yang memuaskan anda boleh lakukan pada minggu keenam dari hari pertama datang haid. Semasa ini hormon hCG dalam air kencing lebih banyak.
Hormon hCG ini dapat di kesan seawal 8 atau 9 hari selepas proses persenyawaan berlaku. Hormon hCG ini dihasilkan untuk meransang korpus luteum pada ovari untuk menghasilkan progesteron.

Bagaimana mengunakan UPT dengan betul

Jika anda membuat ujian ini sendiri, sila ikuti arahan pada kotak/plastic kit ujian kehamilan itu. Waktu sesuai untuk melakukan ujian ini adalah dengan mengambil sample air kencing pertama pada waktu pagi. iaitu sejurus anda bangun dari tidur. Pada ketika ini kandungan hormon hCG adalah tinggi dan mudah untuk dikesan oleh UPT.

Pada bungkusan UPT ada terdapat julat tahap sensitif alat untuk mengesan hormon hCG, Sama ada ujian kehamilan itu lebih sensitif atau kurang sensitif. Di ukur dalam unit mIU/ml (mili-International Unit per milimetre)  Dengan julat antara 10mIU/ml hingga 40 mIU/ml. Semakin kecil nombornya semakin sensitif ujian itu dan semakin cepat alat ini boleh mengesan kehadiran hormon hCG.

Jika terlalu awal ujian ini di lakukan, walaupun dengan alat pengesan kehamilan yang paling sensitif tahap hCG adalah sangat rendah, jadi hal ini kan mendapat keputusan bacaan yang palsu dan merugikan anda. Selain itu bagi anda yang berharap susah tentu mengalami tekanan perasaan.

Jadi lakukan ujian ini pada waktu yang betul, supaya keputusan ujian adalah lebih mudah di kesan dan baca.


semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang sedang berdebar-debar menunggu keputusan positive ya. 
Saya adalah pengedar sah shaklee (shaklee independent distributor) anda, untuk khidmat nasihat secara percuma boleh hubungi saya seperti berikut.


Untuk mendapatkan  HARGA ISTIMEWA less 20% Klik untuk 

untuk info lanjut JOM hubungi saya:

Call/Sms: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty

khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas.
pos keseluruh Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge