Haid tidak teratur

ketahui Kitaran Haid dan proses persenyawaan
Penulisan saya pada kali ini saya percaya semua pernah mempelajarinya sewaktu di bangku sekolah sekitar tingkatan 1 2 dan 3 dalam subjek sains. Namun begitu masih ramai yang belum memahami sepenuhnya atau pun sudah terlupa barang kali. Jom ikuti saya mengupas topic ini supaya anda mengenali diri anda!
Pembentukan telur

Telur atau benih yang terdapat dalam ovary seseorang wanita terbentuk sejak dari dalam Rahim lagi (dari dalam kandungan ibunya lagi). Ketika kandungan 5 bulan, terdapat 7 juta benih  atau telur di dalam ovarinya ( untuk bayi perempuan). Kebanyakkan telur ini akan berkurangan (mati) dalam proses pembesaran bayi tersebut.
Hanya satu atau dua juta telur sahaja yang kekal semasa bayi perempuan itu di lahirkan. Namum begitu, ketika seseorang perempuan itu mencapai tahap akil baligh hanya 250 000 telur sahaja yang akan kekal. Selebihnya akan mati atau musnah/hilang ketika seseorang perempuan melalui proses tumbesaran.
Telur akan membesar dan di bebaskan setiap bulan secara bergilir-gilir setiap ovary sama ada kiri atau kanan dan masuk ke tiub fallopio. Sekiranya tiada persenyawaan telur telur tersebut akan mati dan di singkirkan bersama darah haid.
Penjelesan di atas adalah teori di mana apabila hamil pada usia yang lewat boleh mempengaruhi berlakunya keguguran atau kecacatan kepada bayi yang di kandung. Keguguran berlaku berpunca daripada kandngan yang tidak sihat atau kromosom yang abnormal. Sekiranya seseorang wanita itu hamil pada usia 40tahun, maka telurnya juga berusia 40 tahun!
Kitaran haid

Hormon pogresteron dan hormone estrogen di hasilkan oleh kedua-kedua kilang telur dan ini mempengaruhi kitaran haid seseorang wanita. Dua lagi hormone yang di hasilkan dari kelenjar pituitary yang terletak di otak turut mempengaruhi kitaran hormone LH (Luteinizing Hormone) dan FSH (follicle Stimulating Hormone).
Selepas haid tamat, penghasilan hormone estrogen di ovary menyebakan penebalan pada lapisan Rahim. Bersama-sama hormone progestron didinding Rahim akan tebal dan sesuai untuk proses implimentasi oleh emrion (jika berlaku proses persenyawaan) selepas hari ke 14 kitaran haid.
Kenali diri ANDA! Kitaran haid seseorang wanita tidak sama, majority mempunyai kitaran haid selama 28 hari.  Walaubagaimanapun kitaran haid 21 hari sehingga 35 hari adalah di anggap masih normal. Jika seseorang wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari maka hari suburnya di anggar pada hari ke 14 lepas hari pertama darah haid keluar. 
Contoh pengiraan hari subur:

Hari pertama haid = 1 Jan 2014

Hari haid seterusnya = 30 Jan 2014 (kitaran haid yang di alami selama 30 hari)
Hari Subur = 30hari / 2 = 15 ( maka hari subur adalah pada hari ke-15 dari hari pertama haid )
namun begitu masalah haid tidak teratur mempengaruhi proses kehamilan.
Jika tiada proses persenyawaan berlaku, dinding Rahim yang semakin menebal dan berat akan runtuh dan keluar sebagai  darah haid pada penghujung kitaran haid iaitu pada hari ke-28.
Proses persenyawaan

Jangka hayat Telur (ovum) hanyalah 24jam, jika selepas 24jam telur di bebaskan dan tiada persenyawaan berlaku maka Telur tersebut akan mati. Jadi jika anda merancang untuk hamil waktu subur anda adalah sangat penting untuk anda jangkakan. Kitaran haid yang teratur mudah untuk anda ketahui waktu subur dan merancang kehamilan anda.
Semasa proses persetubuhan berlaku, sperma akan di lepaskan berjuta-juta tetapi hanya satu yang akan Berjaya menawan telur dan di senyawakan lalu membentuk zigot dan seterusnya emrio. Selepas 5 hari di senyawakan embrio akan tertanam (implantation)  dalam lapisan dinding Rahim, dan mungkin akan menyebakan berlaku sedikit pendarahan.
Adakah saya hamil?

Ujian untuk mengetahui sekiranya anda hamil boleh di lakukan melalui ujian air kencing (urine test) dengan menggunakan kit penegesan kehamilan melalui UPT (urine prengnant test). Dengan ujian ni kehamilan dapat di kesan seawal sejurus kitaran haid lewat (5 minggu selepas hari pertama haid). Ujian ini bertujuan untuk mengesan hormone HCG (human gonadotropic hormone) yang terdapat dalam air kencing wanita hamil (di bebaskan oleh sel-sel embrio). 
Dua line menunjukkan positif hamil dan sebaliknya untuk 1 line.
Untuk atasi masalah haid tidak teratur, saya cadangkan anda amalkan GLA Complex. Selain daripada mengatasi masalah haid tak teratur, GLA Complex juga banyak kelebihan lain.


selain berusaha melalui pengambilan suplemen kita sebagai umat islam harus percaya dan terus berdoa dengan usaha kita, maka jangan lupa untuk berdoa. berikut adalah potongan doa untuk mendapat zuriat.
untuk info lanjut JOM hubungi saya:
SID:1028182
Call/Sms: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty

khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge