Cara Atasi loya di awal kehamilan

Walaupun baru sahaja anda mendapat perkhabaran gembira tentang kehamilan, Kini seorang bakal Ibu perlu menepuh pelbagai cubaan demi melahirkan seorang zuriat. Begitu besar pengorbanan seorang ibu. alahan loya ini juga di kenali sebagai “morning sickness”. Walapun dikenali sebagai morning sickness bukan hanya menyerang diwaktu pagi sahaja. kadang-kadang tidak kira waktu dan tempat.
Saya juga tidak terkecuali mengalami situasi yang sama, semasa hamil anak sulung loya/muntah/morning sickness sehingga 24/7 tidak boleh makan dan minum, masuk apa sahaja kedalam perut pasti akan keluar balik. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan, namun begitu saya berasa bersyukur kerana diberi nikmat hamil dan menjadi ibu. Berbeza dengan kandungan kedua, saya tidak mengalami sebarang alahan.

Loya, muntah-muntah, mabuk hamil atau morning sickness di awal kehamilan merupakan perkara biasa bagi ibu mengandung. Namun, tidak semua wanita mengalami masalah loya ini. Tahapnya berbeza bagi setiap wanita hamil sama ada teruk, ringan atau tiada langsung. Masih tidak dapat dipastikan mengapakah perbezaan tahap ini berlaku bagi setiap individu berbeza. Dan yang pastinya mabuk hamil bagi setiap kehamilan anak juga berbeza.

ADAKAH PERKARA INI MENJEJASKAN KESIHATAN BAYI YANG DIKANDUNG?

Persoalan yang sring diaju bagi mereka yang pertama kali hamil. Tentunya anda turut merasa bimbang adakah ianya menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan bukan? Tetapi, anda tidak perlu risau kerana mabuk hamil ini tidak mengancam nyawa bayi seandainya anda masih mampu menyimpan sedikit makanan di dalam perut dan minum banyak cecair. Berusaha ambil makanan yang seimbang selagi mampu. Seandainya tidak, ambil sekadar yang anda mampu.

Bayi akan mendapatkan semula nutriennya yang ketinggalan selepas tempoh mabuk hamil ini berakhir.

KENAPA BERLAKUNYA LOYA DAN MUNTAH?

Sebenarnya, rasa loya/mual/mabuk adalah petanda baik bahawa paras hormon kehamilan kita adalah tinggi. Ia keluar dalam kuantiti yang banyak sehingga plasenta kita mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan baby dalam kandungan. Perubahan dan peningkatan hormon Estrogen dan Progesteron ketika hamil merupakan penyumbang terbesar kepada berlakunya permasalahan ini.

BILA DAN BERAPA LAMAKAH MASALAH LOYA INI BERLARUTAN?

Mabuk hamil biasanya bermula sekitar lima atau enam minggu kehamilan dan berkurang menjelang 14 minggu kehamilan. Namun, ada sesetengah wanita berlarutan sehingga 16 minggu kehamilan.

Bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami, ikuti panduan berikut yang mungkin sedikIT sebanyak membantu anda.

Tips mengatasi morning sickness.

Langkah 1
Sekiranya mengalami morning sickness sebaik bangun daripada tidur, jangan terburu-buru untuk bangun. Cuba duduk terlebih dahulu kemudian bangun dan berdiri. Sediakan biskut rangup berhampiran tempat tidur kerana memakan biskut rangup membantu mengurangkan rasa loya.

Langkah 2
Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi keperluan ini, digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Mengambil makanan yang banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda mual.

Langkah 3
Elakkan makanan yang menimbulkan loya seperti berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid.

Langkah 4
Peppermint atau halia membantu mengurangkan morning sickness. Nikmati teh peppermint atau halia bahkan boleh mencuba biskut berasakan perasa itu. Ia meninggalkan kesan melegakan ke atas perut anda.

Langkah 5
Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.

Langkah 6
Makan makanan tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual.

Langkah 7
Elakkan daripad amakan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.

Langkah 8
Rehat seketika! Tenaga yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa loya yang dialami. Stres hanya akan menambahkan masalah loya yang dirasai.

Langkah 9
Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada lebih teruk.

Langkah 10
Kadang kala bau masakan boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa memasak pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik bagi mengelakkan rasa loya dan mual.

sumber: malajah pa&ma.com

Bagaimana Vitamin Shaklee membantu mengatasi masalah loya?

Peppermint Gingger Plus Shaklee
  • Ia tidak mengganggu bayi kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi dan mempunyai sijil KKM. Direka khas oleh pakar herba untuk mengurangkan morning sickness ibu hamil.
  • Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut.
  • Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

B Complex
  • B complex boleh melegakan mabuk, loya pening dan morning sickness di kalangan ibu hamil. Membantu dalam pembentukan hemoglobin
  • Membantu pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan

Nikmati kebaikan Shaklee dan selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan ceria. produk berasakan 100% semulajadi.
Jangan berlengah lagi. kini pilihan hanya semudah ABC, anda terus boleh membeli secara online, barang akan terus di pos ke depan pintu rumah –panduan belian online
hanya di hujung jari anda.Tempah sekarang dengan klik:
Untuk mendapatkan  HARGA ISTIMEWA


untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungin saya:

Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

Pengedar Shaklee No.1 Pulau Pinang
penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas.

pos keseluruh Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge