Tips Untuk Suami Teman Isteri Bersalin

Pertama kali isteri ingin berjuang melahirkan zuriat, sudah semestinya memerlukan suami untuk turut sama menemani memberi sokongan dan semangat. Dapatkan Tips untuk suami teman isteri di Labour room supaya suami juga tidak turut rasa panik sampai lupa nak buat apa.

suami teman isteri di labour room

Tips suami teman isteri di labour room

Bagi yang melahirkan anak di hospital swasta sudah semestinya suami di izinkan menemani isteri kecuali terpaksa di operation. Tetapi tidak semua Hospital kerajaan membenarkan suami Teman isteri di labour room. Jika bercadang nak suami teman pastikan bertanya pihak hospital sebelum pergi serah diri ye.

Anak sulong di Hospital Seberang jaya, Pulau Pinang suami tidak dibenarkan masuk, mungkin ada sebab-sebab tertentu Hospital ini mengenakan syarat seperti berikut. Agak terkilan juga, dimana saat memerlukan suami disisi, menahan sakit berjuang hanya dengan doktor dan misi yang ramai, bersorak seperti ada acara sukaneka.

Untuk anak kedua, terus pergi Hospital Bersalin Pulau Pinang. Walaupun anak kedua, bagi suami tetap pengalaman pertamanya menemani isteri didalam labour room. Masuk didalam Lobour room hanya 10 minit selamat melahirkan anak kedua, tetapi dalam masa yang singkat ini terasa begitu panjang sekali. Suami tidak tahu atau mungkin begitu panik untuk membantu saya ketika itu.

Article ini di tulis untuk peringatan suami untuk proses kelahiran anak seterusnya dan juga suami diluar sana yang bakal menjadi ayah kelak. PENTING! 

Risau berat naik mendadak ketika hamil? Ibu HEBAT ini berkongsi cara mudah Hilang 20kg ketika berpantang, Saksikan RAHSIA ini.

5 Tips WAJIB! Untuk Suami Tahu

  1. Kuatkan semangat

Suami seorang ketua keluarga, sudah tentu Super Hero dimata isteri. Pada saat ini hanya wanita yang merasai bertapa teruknya menahan siksa sakit melahirkan anak. Jika Takut Darah atau seorang yang lemah semangat cubalah untuk bertahan. Berdiri di sisi atas kepala isteri, supaya dekat dengan telinganya. Lebih mudah memberi kata-kata semangat dan mengosok bahagian belakang ketika sakit kontraksi berlaku.

  1. Tahu teknik Meneran.

Suami WAJIB! Tahu teknik meneran dengan betul supaya dapat membantu isteri mengingatkan ketika isteri sedang hilang kawalan. Sakit yang kuat buatkan wanita terlupa walaupun sudah pergi kelas teknik melahirkan anak.

  1. Baca Doa dan ajar Isteri Doa

Ketika sakit kontraksi datang, tak termampu nak ucapkan apa-apa. Hilang segala doa dan zikir yang dihafal. Suami jangan harapkan isteri yang hafal, Suami kena hafal juga zikir dan doa-doa penting: seperti doa nabi yunus amalan doa untuk mudah bersalin.

doa-nabi-yunus

Doa nabi yunus amalan doa untuk mudah bersalin.

  1. Membantu isteri ketika meneran

Suami perlu memberi sokongan ketika meneran, menyokong dari belakang menahan/menolak atau mengampu  badan isteri supaya lebih mudah proses meneran. Kudrat isteri yang lemah jika dibantu suami inshaAllah menjadi lebih kuat!

  1. Meredakan kesakitan Isteri

Proses meneran mungkin berlaku berulangkali dan hanya ketika kontraksi terjadi. Semasa tiada kontaksi cuba redakan kesakitan isteri, lap peluh, bisikkan kata-kata semangat. Jangan lupa berzikir ditelinga isteri.

Semasa didalam labour room adalah detik yang mencemaskan suami isteri, ada baiknya suami menemani isteri. Saya percaya kasih sayang antara suami isteri akan bertambah erat. Dimana suami sendiri menyaksikan bertapa siksanya ingin melahirkan zuriat kemuka bumi ini.

Selain itu, timbul rasa kasih sayang yang amat kuat antara suami dan ibunya. Mungkin sebelum ini tidak dapat mengambarkan proses kelahiran yang di ibaratkan nyawa dihujung tanduk.

Sesungguhnya rasa sangat berpuas hati apabila suami dapat menemani isteri disisi. Namun begitu suami perlulah bersiap sedia dengan ilmu, jangan sekadar menemani dan juga turut panik.

Article Menarik Untuk Dibaca!

Untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya, Jangan Malu ye, Saya sedia membantu, nak sangat bantu semua.
 Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty

Tentu anda mahukan set bersalin yang betul-betul jimat dan berbaloi supaya tidak membazir dan selamat untuk ibu dan anak,Jadi tunggu apa lagi. Hanya perlukan satu tindakkan. Cepat klik dan order pilih ikut budget!

klik-disini

ATAU

11076060_10205879940454748_1548105164_n
daftar-sekarang1

Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya sedia membantu.

2 comments for “Tips Untuk Suami Teman Isteri Bersalin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge