Pengalaman dan Tips Ajar Anak Bebas Diapers (Toilet Training)

Bila masa sesuai mengajar anak untuk tidak perlu pakai lampin pakai buang? Bagi saya tiada had umur untuk mula ajar anak. Sebagai ibubapa kita sendiri ketahui potensi anak-anak kita. Boleh mula seawal 1 hingga 3 tahun. Anak-anak sebenarnya banyak memberi tunjuk ajar dan pengalaman baru kepada saya.

Bukan mudah sebenarnya untuk menerapkan perkara baru untuk anak-anak, ye lah dah sebelum ni mereka tidak perlu risau nak buang air dimana-mana pun boleh,sambil bermain pun on the go je kan. Ramai bertanya bagaimana ajar Kedua-dua anak saya dengan tanpa diapers. Perkara utama saya tekankan ialah Ibubapa dan kena bersedia, ibu kena kuat mental. 🙂

Pengalaman Toilet Training Anak Sulong (Dea Aleesya)

Dea Aleesya saya ajar sebelum umur 3 tahun, memandangkan saya agak sibuk dengan adiknya (Adwa) jadi lambat sikit ajar, seperti yang saya cakap kena ibu dan anak bersedia. Saya ajar Dea Aleesya tidak direct hari-hari. Hanya bila rasa hari tu bersedia saya akan cakap, “kakak dah besar la, tak payah pakai pempers dah” dia faham je.

Jadi bila hari yang tak pakai pempers rutin seperti biasa setiap 5minit – 15minit saya akan ajak dia ke toliet “kakak jom ke toilet kencing”. Pengalaman Dea terkucil tu ada je, dalam toilet tunggu tak keluar-keluar pun. sebaik pakaikan seluar tetiba basah =) haha masa ni emosi ibu kena control, memang rasa nak marah je. dalam 3 – 4 hari saya ajar (bukan direct hari tau) Dea lulus buang air kecil.Tapi masalah buang air besar.

Buang air besar dia takut nak guna mangkuk tandas, gayat kot. Masalah besar bila nak baung air besar minta pakaikan diapers. Makanya bila macam ni “toilet training fail”. Jalan di Mr. DIY nampak la pelapik toilet bowl untuk kanak-kanak. Bila kakak cakap nak berak terus letak pelapik dan letak atas mangkuk. Akhirnya berjaya.

Itu baru cerita waktu siang, waktu malam agak mencabar tau. Sebab kakak banyak minum air dan susu. Faham aje lah, waktu malam agak take time, ibu kena kejutkan kakak bangun angkat ke toilet. Kalau ibu terbabas kakak pun terbabas banjir. Ambil masa lama juga waktu malam masih diapers. Sehingga baru-baru ni stop susu botol alhamdulillah rutin bangun malam dan terbabas dah kurang.

Image result for toilet bowl for toddlers

Pelapik mangkuk tandas untuk kanak-kanak saya lebih kurang ini (gambar google)

Pengalaman Toilet Training anak kedua (Adwa Muhammad)

Memandangkan ajar Kakak, Adik Adwa umur 1 tahun 5 bulan dia pun cuba tiru kakak. Tapi saya mula ajar adwa lebih kurang umur 1tahun 10bulan. Awal-awal fokus kakak sorang dulu tapi adik pun nak juga. sambung ajar adik juga. Mungkin adwa sedikit sebanyak dah faham mudah ajar dia. Kebolehan adwa bercakap awal jadi agak mudah la komunikasi. Adwa dah tahu beza kecing dan berak.

Waktu malam adwa memang jenis terjaga. Setiap malam tau, never miss sejak baby sampai sekarang. Bangun BF dalam lingkungan pukul 3 pagi – 4 pagi. Jadi terus ajak pergi tandas. Dah jadi rutin kalau terjaga adwa terus ke toilet. Dalam master bedroom lampu tandas buka, pintu je tutup tanpa berkunci. sekarang dah bangun pergi sendiri =)

Jadi Adwa sebelum umur 2 tahun dah free diapers, Eh! baru perasan rupanya boleh je ajar anak awal-awal. Masa kakak ibu tak ada pendedahan, ingatkan umur 2 tahun masih baby. Sekarang ibu dan abah dah Free tak payah beli Diapers.

Kalau pergi jalan-jalan bawa juga diapers baki tak habis guna untuk pakai emergency dalam kereta atas lebuhraya ke, tapi dua beradik ni memang dah tak nak pakai, mungkin selesa kan. Keluar COD barang shaklee kelang kabut juga cari station minyak terdekat. Kalau tak sempat berhenti tepi jalan je la jawabnya.

Tips yang mudah untuk ajar Anak ke toilet

  1. Pesan atau tanya dekat anak ulang-ulang berkala setiap 5minit – 15minit “Nak kencing cakap dekat ibu ye” atau ” kakak/adik nak kencing, jom pi toilet”
  2. Saya lebih suka guna bahasa “direct” kencing / berak sebut terus terang, tak ada bahasa manja-manja, sebab persediaan untuk ke sekolah, guna bahasa orang tak faham susah juga.
  3. Setiap malam masa anak-anak dah lali nak tidur tu bisik dekat telinga benda yang baik-baik je, ayat puji memuji dan terus pesan “kakak dah tak pakai pempers ni, nak kencing bangun gerak ibu, kencing di toilet”.Masa ni cas-cas positive anak mudah serap (minda bawah sedar)
  4. Sediakan pelapik mangkuk tandas atau jika nak guna pot asing pun boleh. Saya terus ajar masuk toilet bowl mudah terus flush, jimat masa WAHM. saya juga beli kerusi kecil letak dalam toilet bagi memudahkan anak naik ke toilet (macam gambar paling atas)
  5. Pujian setiap kali berjaya buang air di tandas. Cara saya suami balik kerja akan cerita pencapaian anak-anak, supaya suami juga turut puji. Memang berkesan cara puji-puji ni.
  6. Perkara yang perlu diingat, jangan marah jika anak-anak terkucil, perkara baru kadang-kadang terlupa. jadi ibu siap sedia mop dan kalau rumah banyak carpet boleh simpan dulu. Sebab tu ibu kena kuat mental.

Seronok tau aktiviti bersama anak-anak ni, hari pertama hingga ketiga mungkin memenatkan kerana asyik nak kena tanya dan ajak ke toile. Lebih penat anak terkucil/tercicir dalam seluar. Hari ke-empat mereka dah mula sedar dan lebih mudah proses.

Artikel Menarik:

logofuzy4