Lega rasanya apabila negara kita semakin pulih dari jerebu akibat daripada pembakaran terbuka negara jiran. Baru-baru ini jerebu yang sangat tebal sehingga mencecah indeks IPU sangat tidak sihat dan aktiviti persekolahan kawasan tertentu terpaksa diberi cuti. Kehadiran jerebu ini sukar dibendung jadi baca Tips Menghadapi Jerebu Elak Jatuh Sakit.

Walaupun negara dilanda Jerebu, aktiviti rutin harian kena teruskan juga, betul tak? kena keluar kerja seperti biasa. Paling kesian bila kanak-kanak juga terdedah risiko untuk mendapat penyakit.
Tahap IPU Jerebu dan Kesan terhadap Kesihatan
Paling risau baru-baru ini tahap IPU jerebu mencecah sehingga 200 keatas iaitu bacaan sangat tidak sihat. Hal ini boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk kawasan tersebut.

kawasan saya bacaan hampir 200, memang terasa kesan jerebu sehingga dalam rumah pun rasa rimas. Alhamdulillah kami sekeluarga tidak menghadapi sebarang kesan sakit akibat jerebu.
Bagi mereka yang mempunyai risiko sakit pernafasan adalah lebih tinggi untuk terkena sakit, sudah sah kita bernafas menyedut udara tidak sihat. Antara sakit kesan daripada akibat Jerebu adalah seperti dibawah:
- Penyakit salur pernafasan kronik
- Asma
- Radang paru-paru
- Sakit jantung
- Sakit tekak
- Sakit mata
- Batuk
- Selsema
Langkah Proaktif Menghadapi Jerebu
Ikuti apa yang kita kena lakukan untuk menghadapi Jerebu elak penyakit diatas menyerang kita sekeluarga adalah seperti berikut:
1. Kurangkan Aktiviti Luar Rumah
Semasa Jerebu melanda memang semua aktiviti luar bersama anak-anak tidak dilakukan, semua bertukar indoor sahaja. Dengan berada lebih lama di dalam rumah boleh membantu kita mengelakkan diri terdedah kepada kualiti udara yang tidak sihat. Tindakkan ini untuk mencegah serta mengurangkan risiko mendapat penyakit akibat jerebu.
2. Gunakan Topeng Muka (Mask)
Walaupun Jerebu kita terpaksa juga keluar untuk mencari rezeki dan beberapa perkara yang tidak dapat di elakkan untuk berada diluar kawasan rumah. Sekiranya terpaksa berada di luar rumah, gunakan mask sebagai langkah perlindungan. Topeng yang sesuai adalah jenis N95.

3 Kurang @ Tidak Merokok
Kurangkan atau elak terus aktiviti yang tidak sihat seperti merokok. Ianya bukan sahaja membahayakan kesihatan diri sendiri dan orang lain, malah akan memburukkan lagi keadaan jerebu yang sedang melanda.
4 Banyak Minum Air
Banyakkan minum air kosong/air suam. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau mengikut keperluan berat badan masing-masing iaitu 1 Liter air untuk setiap 25 Kilogram.
5 Gunakan Penghawa Dingin Kenderaan
Sekiranya memandu, gunakan penghawa dingin dengan mode kitar semula udara dalaman kenderaan. Ini untuk mengurangkan pencemaran udara dari luar.
6 Basuh Muka dan Tangan
Sebaik sahaja selesai melakukan urusan di luar rumah. Basuh muka dan tangan dengan sebersih-bersihnya.
7 Tutup Tingkap
Pastikan semua tingkap rumah tertutup rapat bagi mengelakkan udara yang berjerebu masuk ke dalam rumah.
8 Tingkatkan pengambilan Suplemen
Mengambil vitamin atau makanan tambahan seperti SR Vita-C, Nutriferon dan Garlic bagi orang dewasa dan Chewable Vita-C dan Mealshake (multivitamin) untuk kanak-kanak bagi meningkatkan imun tubuh melawan penyakit akibat jerebu.
Performance Drink sangat disyorkan sewaktu jerebu bagi memastikan tubuh tidak terhidrat. Ini kerana jerebu akan mempercepatkan lagi berlakunya hidrasi pada tubuh. Badan yang terhidrasi memang mudah diserang penyakit.
Penyakit boleh berterusan atau mengakibatkan kompilasi lebih teruk. Jadi langkah berjaga-jaga adalah sangat penting, terutamanya kanak-kanak.
Bertindak bijak dengan mendapatkan nutrisi lengkap untuk kesihatan berpanjangan! hanya selangkah untuk mendapatkan vitamin yang bagus!
Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya sedia membantu.