Tips Elak Susu Merudum Di Bulan Puasa

Ibu menyusu sila angkat keyboard! lagi berapa hari nak sambut bulan Mulia. Alhamdulillah bertemu lagi kita di Bulan penuh Barakah untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala. Saya kongsikan Tips Elak Susu Merudum Di Bulan Puasa, bebekalkan pengalaman menyusu dua orang anak. Dah 4 tahun menjadi ibu hamil dan menyusu bulan puasa. Tahun ni lagi sekali susukan Adwa Muhammad setahun dua bulan, tahun lepas adwa lebih kurang 3 bulan.

menyusukan anak di bulan puasa

Nervous bagi yang pertama kali nak berpuasa sambil susukan anak di samping tu nak kekalkan produktiviti susu!

Adakah Susu Ibu akan berkurangan di bulan Puasa?

Soalan yang saya terima dari perbincangan bersama sama beberapa orang rakan.

Kerisauan ibu-ibu yang menyusukan anak ketika bulan puasa adalah bimbang pengeluaran susu berkurangan untuk stok. Macam-macam soalan di kepala sebelum kedatangan bulan Ramadhan. Bolehkah saya berpuasa? Adakah susu saya akan berkurangan? Nak makan apa untuk berbuka dan bersahur?

Pengalaman 7 tahun Menyusukan anak dibulan puasa, Rahsia Ibu Hebat dalam video ini!

Dah tentu mak-mak risau! niat nak capai 2 tahun penyusuan dan mana ibu-ibu yang pertama kali menyusu yang berada dalam dilema berikut. Jangan risau! Hakikatnya kita boleh terus berpuasa penuh tanpa perlu risau kekurangan pengeluaran susu tetapi dengan syarat perlu mematuhi garis panduan berikut:

1. Pastikan Bersahur

Wajib bersahur! jangan skip sahur, ambil sekurang-kurangnya makanan yang ada protein, karbohidrat dan sedikit lemak. Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh ibu.

2. Pengambilan Air yang mencukupi

Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu. Elak pengambilan ais yang banyak ketika berbuka dan sepanjang malam. Bagaimana nak ambil air secukupnya? betul kita berpuasa waktu siang, jadi waktu agak terhad hanya pada waktu malam, jadi kena rajinkan diri ambil air pada waktu malam. PENTING! selain untuk penghasilan susu, air elak ibu dari terhidrate.

3. Ambil Makanan Seimbang

Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak. Ibu menyusu usah khuatir makan banyak risau akan gemuk, ambil makanan berkhasiat yang diperlukan untuk penghasilan susu. Ibu menyusu menggunakan 500 kalori setiap hari.

4. Makan Kurma

Okey, tips makan kurma untuk banyakkan susu bukan hanya bulan puasa sahaja. Bulan lain pun kalau boleh ambil kurma setiap hari. Makanan sunnah yang sangat berkhasiat ni memang tidak dapat di sangkalkan lagi. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.

5. Pengambilan Suplemen

Jelas! saya merasa perbezaan setelah mengamalkan pengambilan suplemen. Semasa Anak sulung pernah berbuka pada pukul 6 petang sebab badan dah menggeletar tak tahan lapar. Alhamdulillah setelah mengambil suplemen semasa anak kedua tahun lepas dapat Puasa penuh (selain ABC – Allah Bagi Cuti). kekal bertenaga sampai petang, uruskan anak sulung lagi. Apa yang saya ambil ESP, Perfomance Drink dan Vitalea.

5. Berdoa dan berzikir

Supaya diri kita berada dalam keadaan tenang menghadapi bulan mulia ini. Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa dan berzikir (“Ya Matin” – maha sempurna kekuatanMU) agar segalanya dipermudahkan Allah. Bulan Mulia jangan pernah putus asa, Allah permudahkan inshaAllah.

6. Kerap Menyusu dan Konsisten Mengepam

Rutin menyusu dan mengepam adalah seperti biasa. Salah tanggapan jika aktiviti mengepam perlu dikurangkan ketika berpuasa. Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan. Maksudnya, semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payudara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan.

Sebaliknya jika rutin mengepam tidak dilakukan, penghasilan susu akan berkurangan jika payudara tidak dikosongkan sekerap yang mungkin. Jangan risau untuk kosongkan payudara, jika payudara tidak dikosongkan pengahsilan susu makin berkurang!

Formula “supply on demand” tetap diteruskan di bulan puasa. ikut jadual mengepam seperti biasa.

Bagaimana Suplemen Shaklee Membantu?

set.bulan puasa

Adalah minuman tenaga yang membantu membekalkan bendalir dan elektrolit badan kita. Ia meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda berbanding jenama yang lain. Lagi satu kandungan gulanya lebih rendah jika dibandingkan dengan minuman tenaga lain dipasaran disamping dapat cegah penyahidratan lebih lama. Berperisa oren, sedap dan tak ada gas. Jadi ia sangat selamat untuk diminum oleh ibu menyusu, ibu mengandung, anak-anak dan seisi keluarga. Memang terasa kurang lesu bila ambil Performance Drink ni waktu sahur dan berbuka.
Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan sayur sayuran yang mengandungi 24 jenis mineral penting untuk membekalkan nutrisi yang cukup pada tubuh walaupun ketika kita berpuasa. 
Protin soya tulen bukan GMO yang unggul yang sememangnya terkenal dikalangan para penggemar suplemen Shaklee. Diperkaya dengan 9 jenis asid amino, 5 vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat membantu dalam nutrisi penyusuan. Menjadikan susu ibu pekat dan creamy.  Dihasilkan daripada 30kg kacang soya  sekaligus memberikan tenaga segara dan boleh bertahan lama.  Tinggi kalsium dan rendah gula sangat sesuai untuk penghidap kencing manis. Malah sangat bagus untuk yang gastrik.
merupakan multivitamin, yang diperlukan oleh tubuh. Antara vitamin yang terkandung dalam Vitalea
  • Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak
  • Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
  • Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
  • Vitamin E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasI
  • Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot
  • Boron – Membantu dalam metabolisma
  • Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang
  • Magnasium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung
Manfaat Utama Vita-Lea Shaklee: Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
Alhamdulillah di pertemukan dengan shaklee, badan sihat cergas selamat di samping dapat menyusu anak.

Testimonial Set penyusuan Shaklee di Bulan Puasa

1796563_10152170913713876_1047058320_n 1969385_10152170913438876_1364540598_n

Article Menarik Untuk Dibaca!

Untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya, Jangan Malu ye, Saya sedia membantu, nak sangat bantu semua.
NAK FREE VITALEA (RM88.75)
ID Shaklee: 1028182
017-4009734
daftar-sekarang1

Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya sedia membantu.

1 comment for “Tips Elak Susu Merudum Di Bulan Puasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge