Tips Atasi Masalah Sembelit Ketika Mengandung

Mungkin sesetengah individual menganggap sembelit semasa mengandung ini perkara biasa yang dilalui oleh semua orang. Tetapi awas! sembelit yang berlarutan dan kronik adalah punca berlakunya buasir.

Tips Atasi masalah Sembelit Ketika Mengandung

Ambil langkah awal untuk mengelak hal ini semakin rumit dan membahayakan kesihatan, walaupun hanya berpunca daripada masalah sembelit pada awalnya.

Punca Sembelit Ketika Mengandung

Ada beberapa faktor terjadinya sembelit semasa mengandung, faktor-faktor ini juga bergantung kepada individual. Tidak semua orang mempunyai masalah yang di sebabkan hal yang sama.

  1. Kerisauan-gangguan emosi
  2. Kurang pergerakkan fizikal
  3. Permakanan yang kurang fiber
  4. Pengaruh hormone progesterone – usus memproses makan dengan lebih perlahan.
  5. Rahim yang besar – menghalang pergerakan najis ke usus besar dan rectrum.
  6. Kurang minum air – terhidrasi
  7. Pengambilan pil suplemen zat besi

Jika mana-mana punca masalah sembelit sudah di kenal, dapatkan nasihat dari doktor anda. Terutamanya mengenai pengambilan pil suplemen zat besi, mungkin dapat tukar kepada jenis lain atau kurangkan dos zat besi.

Tips Atasi Masalah Sembelit Ketika Mengandung

1. Lakukan pergerakan fizikal

senaman ibu mengandung

Senaman ibu mengandung

Mengandung tidak semestinya hanya duduk diam selama 9 bulan. Mungkin hanya sesetengah individual yang mempunyai masalah rahim lemah di nasihatkan untuk “bed rest“. Lakukan senaman ibu hamil 30minit tiga kali seminggu. Sekurang-kurang adakan aktiviti berjalan kaki bersiar di taman atau pun paling ibu-ibu suka window shopping. Bergerak aktif atau bersukan boleh membantu peristalsis pergerakan najis keluar dari usus menjadi lebih cepat.

2. Lebih pengambilan serat atau fiber

Makanan-Berserat-Tinggi

Sayur sayuran, buah buahan, bijirin seperti oat, nestum. Saiz hidangan sehari 3 senduk sayur , 2 hidangan buah-buahan sehari, harus diingat makan buah segar bukan jus sahaja, sebab kita perlukan serat dari buah segar. Ini adalah kerana serat tidak dapat dicernakan oleh badan dan ia dibuang keluar melalui najis. Serat/pelawas ini berupaya menyerap air dan memastikan najis lebih lembut dan mudah untuk ditolak keluar dari usus akhir (rektum)

3. Minum 3L air kosong sehari

kurangnya minum air boleh menyebabkan najis mengeras dan menyukarkan pergerakan najis keluar daripada salur rektum (salur usus yang terakhir), tips minum air 3L sehari: setiap kali minum 300-400mL sebanyak lapan-sepuluh kali, bahagi ikut jam! set alarm untuk minum air.

4. Elak daripada tekanan

Jalani hidup dengan gembira dan elak memikirkan permasalahan membuatkan ibu stress. Jika menghadapi sebarang masalah cuba untuk mencari aktiviti yang boleh menggembirakan tanpa memikirkan masalah tersebut. Ya kadang-kadang ada masalah yang buat kita tidak dapat mengawal perasaan stress, sebagai muslim bersujud ketika menghadapi masalah adalah jalan terbaik, banyakan berzikir dan membaca al-quran.

5. Amalkan pengambilan Suplemen

Pengambilan suplemen ketika mengandung adalah sangat di sarankan, ini kerana bagi melengkapkan nutrisi yang kurang! walaupun pengambilan dari makanan sayur dan buah-buahan tidak semua nutrisi dapat diserap dengan baik. Sayuran yang di masak dengan cara yang salah akan mengurangkan khasiat vitamin didalamnya.

Saya akui, perbezaan mengandung anak pertama dan kedua adalah sangat berbeza. Anak kedua rasanya tidak pernah mengalami masalah sembelit, sama ada semasa mengandung atau pon sembelit semasa berpantang.

Saya mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang lengkap dari segala nutrisi yang di perlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan.

set kehamilan

Kenapa harus biarkan masalah yang dianggap kecil ini menjadi punca kompilasi yang lebih serius, tak dapat bayangkan jika semasa mengandung berat beban bayi dan kita selalu meneran boleh mengakibatkan buasir. Sakit melahirkan anak dan ditambah dengan sakit buasir.
Blog kesuburan suami isteri
Bertindak bijak dengan mendapatkan nutrisi lengkap untuk kandungan zuriat dan kesihatan berpanjangan! hanya selangkah untuk mendapatkan vitamin yang bagus! Boleh dapatkan secara online:

klik-disini

ATAU

11076060_10205879940454748_1548105164_n
daftar-sekarang1

Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya sedia membantu.

2 comments for “Tips Atasi Masalah Sembelit Ketika Mengandung

  1. July 14, 2015 at 3:13 AM

    aah fuzy, waktu mengandung memang selalu sembelit. tapi ostematrix penyelamat..takde lagi dah bertapa dalam toilet hehe
    Ibu Zarith recently posted…Normalkah Keputihan Yang Banyak Semasa Hamil Dan Bagaimana Cara Atasinya?My Profile

  2. November 7, 2016 at 4:40 PM

    ngerinya sembelit masa mengandung…masa mngandung dlu x kenal ostermatrix lagi..Stiap pagi lah bertapa dalam bilik termenung tu..Sejak kenal ostermatrix tak der dah nak termenung lama2..ihihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge