Tip Menyusukan Bayi Dengan Berkesan

Alhamdulillah, masih dalam mood berpantang anak kedua dan sangat sangat bersyukur masih di murahkan rezeki dengan susu badan untuk meyusu anak kedua ini. 
 
Niat kali ni ingin menyusu sepenuhnya susu ibu sehingga Adwa Muhammad berumur 2tahun, Anak pertama saya Dea Aleesya sepenuhnya susu badan selama 1 tahun 2 bulan. Terpaksa di beri susu formula kerana saya sedang mengandungkan Adwa itu pun sehingga kandungan 4bulan baru betul-betul dapat putus susu ibu.
 
untuk penyusuan susu ibu sepenuhnya selama 2 tahun ilmu yang banyak harus di timba, jangan sia-siakan rezeki titisan emas yang sangat bernilai untuk si manja. dari itu jom ikuti bagaimana menyusukan bayi anda dengan berkesan.
penyusuan susu ibu secara amnya mempunyai tiga prinsip umum yang mudah iaitu:
  1. Beri susu seawal yang boleh , sebaiknya dalam jam pertama selepas bersalin.
  2. Berikan susu dengan kerap kerana susu ibu dibekalkan atas dasar pembekalan dan permintaan. Jika lebih susu diperlukan, maka lebih susu akan dihasilkan.
  3. Penyusuan yang betul adalah dengan memastikan bayi akan menghisap dengan betul dan gilirkan penyusuan diantara kedua-dua belah payu dara.
PERSEDIAAN  UNTUK  MENYUSUKAN BAYI ANDA
 
Menurut bidan terlatih dan pakar perunding laktasi, Christie Choong, “bagi memastikan bekalan suu yang mencukupi,setiap ibu perlu mengambil makanan yang seimbang. Menyusukan bayi mungkin membuatkan anda berasa lebih lapar dan dahaga kerana anda memerlukan 300 hingga 400 kalori tambahan setiap hari.
 
Oleh itu, pastikan anda makan sesuatu dari empat kumpulan makanan 
  1. Berkanji (mee,nasi atau pasta),
  2. Produk tenusu (susu, yogurt,keju),
  3. Buah-buahan dan sayur-sayuran  
  4. Protein (daging , ikan kacang ,bijian dan lentil.)
 
Selain daripada itu juga, terdapat makanan yang harus anda elakkan terutamanya jika keluarga anda mempunyai sajian alahan  makanan ini termasuklah kafein (minuman berkabonat,kopi,teh) alcohol,bawang putih, coklat halia , bunga kobis,kobis,kobis Brussels dan kacang tanah.
 
namun begitu, jika masih dalam berpantang ibu-ibu terpaksa skip banyak makanan, jadi pengambilan suplemen atau makanan tambahan sangat di galakkan. Klik SINI untuk set suplemen ketika berpantang. Suplemen sangat penting untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat dan memberi susu yang berkhasiat untuk bayi anda.
 
Pastikan anda meminum air dengan banyak. Lazimnya , untuk memastikan yang anda telah mminum air dengan banyak, air kencing anda akan berwarna kuning cair. Jika air kencing anda berwarna sangat kuning, ini menandakan anda perlu meminum lebih banyak air. 
 
Dapatkan rehat  yang secukupnya , sama ada dari segi mental dan fizikal kerana ia juga penting untuk memastikan pengaliran susu yang lancar.
 
 
PERNYUSUAN YANG BERKESAN
 
Penyusuan yang berkesan ialah bergantung kepada persediaan dan perlaksanaan  penyusuan yang betul oleh setiap ibu kepada bayinya. Aspek -aspek  seperti keselesaan , kedudukan mulut bayi dengan putting,cara memegang bayi dan bagaimana cara memasukkan dan mengeluarkan puting dari mulut memainkan peranan yang penting dalam memastikan penyusuan yang Berjaya.
 
 
 
SELESA DAN TENANG
 
Sebelum anda mula menusukan bayi, anda perlu memastikan yang anda duduk dan berada dalam kedudukan yang selesa terlebih dahulu. Anda bleh bersandar sama ada di atas katil atau kerusi . lebih sesuai  jika diletakan kusyen atau bantal di bahagian belakang dan pinggang anda serta lunjurkan  kaki  agar anda berasa  selesa. Ampu badan dengan bantal supaya anda tidak terlalu menunduk  yang mana ia akan menyebabkan anda menjadi  mudah lenguh. Keadaan sekelilling perlulah tenteram kerana anda mungkin perlu menyusu lebih daripada  setengah jam.
 
Ibu yang menyusukan anak juga haruslah berada didalam keadaan yang tenang. Fikiran yang bererabut akan membuatkan si ibu kurang sabar dan bosan. Lupakan dulu perkara-perkara yang boleh menimbulkan perasaan rungsing dan resah hati  semasa menyusukan bayi anda. Jika keluarga yang lain untuk melakukan perkara lain yang perlu anda lakukan ketika itu.
 
KEDUDUKAN  MULUT BAYI
 
 
Pegang bayi dengan selesa dan rapatkan payu dara menghadap badan ibu. Dada bayi perlulah menghadap dada dan dagunya perlu berada di atas payu dara. Picit puting agar keluar beberapa titis kolostrum bagi membolehkan bayi merasa  atau menghidunya.
 
Ampu payu dara dengan sebelah tangan dan sentuh bibir bayi dengan lembut dengan menggunakan puting. Ibu juga wajar menghalakan mulut bayi ke puting agar dia tahu yang dia mahu disusukan. Dengan ara ini, bayi akan membuka mulutnya. Beberapa minit kemudian, mulutnya akan terbuka lebih luas. Selepas itu, baru anda masukkan putting secara perlahan-lahan ke dalam mulutnya. Masukkan sebahagian besar areola ke dalam mulutnya.
 
Peluk bayi rapat ke badan anda. Sesuaikan kedudukan bayi agar bayi dapat menghsap
puting dengan cermat dan betul. Jika perlu, Alaslah lengan anda dengan bantal. Jika melebihi
20 hingga 30 minit , anda bolehlah menukar penyusuan payu dara yang sebelah lagi.
 
CARA BERHENTI DENGAN BETUL
 
Untuk menghentikan penyusuan, cuba tekan perlahan-lahan payu dara dari sebelah sudut mulut bayi dengan jari kelingking agar ia dapat menyangga antara gusi bayi. Tarik perlahan-lahan  puting anda  untuk mengelakkan rasa perit atau melecet. Anda boleh menyambung menyusui  bayi anda di payu dara yang sebelah lagi. Mulakan setiap penyusuan daripada bahagian terakhir yang dihentikan. Jika anda terasa sakit, mungkin ada langkah anda yang tidak betul.
 
Ibu muda yang pertama kali ingin menyusukan bayi anda jangan panik, banyakkan membaca dan menimba ilmu supaya bila berhadapan dengan situasi sebenar anda tidak cepat melatah memberi anak anda minum selain dari susu ibu di saat kelahiran.
 
 
 
 
untuk info lanjut JOM hubungi saya:
SID:1028182
Call/Sms: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty
 
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.
 
 

1 comment for “Tip Menyusukan Bayi Dengan Berkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge