Tanda – tanda nak bersalin

Nervous! saya pasti perasaan ini bukan sahaja untuk ibu yang pertama kali untuk melahirkan anak. Biar berapa kali pengalaman melahirkan anak perasaan gementar menunggu saat tibanya hari kelahiran adalah paling di nantikan. Lain orang lain tandanya, Saya sendiri melahirkan dua orang anak mempunyai tanda yang tidak sama.
Apakah tanda-tanda bakal ibu rasakan ya? kita kumpul ilmu sebelum besalin supaya bila tiba saatnya nanti tak la panik, nervous kan. Perkongsian tanda-tanda nak bersalin semasa anak sulong adalah sewaktu bangun waktu subuh, keluar lendir bercampur darah, namun tidak berasa sebarang kesakitan. Alhamdulillah dengan pertanda ini saya dapat bersiap sedia untuk pergi ke hospital. Anak kedua pula tiada sebarang tanda yang keluar, terus rasa kontraksi (sebenarnya itu la tandanya…) namun saya percaya anak pertama atau kedua masih tertanya-tanya bagai mana rasa sakit kontraksi?
ibu hamil
Pengalaman saya sendiri Dua kelahiran tanda yang berbeza. Bagaimana pula dengan ibu-ibu diuar sana ya. Lain orang lain la tandanya

Tanda – tanda nak bersalin

1. Bayi Turun Ke Bawah
Bagaimana ingin memastikan perut sudah turun kebawah? Ramai akan tegur bila melihat keadaan perut. Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • Sakit perut & memulas
  • Kerap buang air besar
  • Kerap terkentut
 
2. Tanda darah (Bloody Show)
Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah plak mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekarang plak ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.
3. Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.
4. Sakit Belakang/pinggang
Sakit belakang/pinggang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
5. Pecah Ketuban
Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
6. Serviks Terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.
saya sarankan ibu-ibu banyakkan berdoa semoga proses kelahiran berjalan lancar. Amin….
bagi mereka yang menunggu saat kelahiran sudah siap sedia ke segala kelengkapan bayi?saya list kan barangan Persiapan Bersalin dan Berpantang dan keperluan IBU berpantang
Harga Set Berpantang shaklee bagi saya sangat berbaloi-baloi. khasiat yang menyeluruh di perlukan seorang ibu dan bayi. setiap produk paling berharga ialah cahaya mata yang di Kurniakan Allah. Kita berusaha dan berdoa.
Set ini mempunyai pilihan mengikut keperluan anda dan semestinya mengikut budget anda, klik “order now” untuk membeli secara talian dan tanda “” pada product pilihan anda.
Jangan berlengah lagi, hanya di hujung jari anda boleh dapatkan Set Berpantang shaklee.
Dapatkan  HARGA ISTIMEWA
10726511_10204616116499939_139167970_n
 
 
untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungin saya:
 
Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.
 
Pengedar Shaklee No.1 Pulau Pinang
penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas.
 
pos keseluruh Malaysia

1 comment for “Tanda – tanda nak bersalin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge