Siapa Saya Untuk Bercita-cita Menjadi Orang Kaya

Bila dapat tajuk mengenai “siapa saya” jadi tak tidak tahu nak cerita apa tentang siapa sebenarnya saya. Tapi terngiang-ngiang lirik lagu Tegar:

siapa saya

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita,
Sekarang aku bahagia

Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi jalan untukmu semua

Dua rangkap pertama ini buat saya senyum, banyak makna tersirat yang kita boleh kaitan dengan diri sendiri. Dulu lain – sekarang lain (eh…lirik lagu Dato SM salim pula).

Entry sebelum ini mengenai Berbaloikah Memilih Karier Sebagai Work At Home Mom (WAHM) telah menceritakan serba sedikit mengenai saya atau boleh baca dalam Menu tab kenali saya untuk lebih lanjut.

Cita-citaku nak jadi orang kaya! Siapa didunia ini yang hidup tak nak jadi orang kaya? Kaya juga subjektif bukan setakat kaya harta, kaya wang ringgit bahkan kaya dengan ilmu, kaya dengan budi-bahasa dan sebagainya.

Lazimnya ramai yang mengejar kaya dunia iaitu kaya wang ringgit kaya harta kebendaan. Ada juga hanya mengejar bekalan akhirat tidak hairan dengan kaya harta didunia.

Ramai yang berpendapat kaya wang ringgit tidak boleh dibawa mati. Ya betul, jika duit dalam bentuk cash tersimpan bawah bantal atau sejumlah wang 2.6 billion ada didalam akaun bank memang tidak dibawa mati, semuanya menjadi habuan kepada yang masih bernyawa.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya).

Putuslah Amalnya kecuali 3 perkara:

  1. Sedekah jariah
  2. Ilmu yang memberi manfaat
  3. Doa anak soleh/solehah

Jadi kalau persoalan duit dari hasil kekayaan adalah lebih mudah untuk kita membawa bekal ke akhirat. Tapi ingat jangan tunggu kaya baru nak sedekah, takkan jatuh miskin dengan bersedekah, dan suami selalu berpesan bahawa duit yang kita sedekah itulah duit kita, duit yang berada dalam bentuk cash itu bukan duit kita, duit itu akan mengalir tanpa kita sedar.

Tersedar sebelum ini akui berat tangan nak sedekah, bimbang akan tidak cukup sampai hujung bulan. Zaman jahiliyah T___T (banyak lagi kena belajar). Dari mula berjinak-jinak dalam sedekah Alhamdulillah Allah cukupkan rezeki dan Gandakan rezeki. Semoga amalan ini istighomah.

Terjebaknya dalam shaklee bukan setakat ingin berniaga, kami dibimbing dalam banyak perkara dalam mengejar ilmu akhirat. Kami dididik untuk seimbang dunia akhirat. Dititik berat dalam amalan rohani, sedekah hasil pendapatan, berkongsi ilmu kesihatan sama ada dari lisan atau penulisan.

Bila dilihat dalam tidak sedar telah melakukan 2 dari 3 perkara bekal keakhirat Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah

Siapa saya jika tidak terjebak dengan Shaklee? Semua ini perancangan Allah yang Maha Mengetahui. Jadi sampai disini dahulu, harap dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada semua.

Cabaran No. 3 mendidik anak-anak amanah Allah menjadi soleh dan solehah. Semoga Dipermudahkan aminnnn….

Ingin jadi sebahagian dari team saya?

daftar-sekarang1

Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya sedia membantu.

1 comment for “Siapa Saya Untuk Bercita-cita Menjadi Orang Kaya

  1. September 30, 2015 at 10:04 PM

    MashaAllah. Sangatlah betul apa yg puan tulis ini. Sebenarnya bila kita taknak berusaha lebih kita selalu bg alasan konon2 kita xmo kaya sebab nak sederhana2 saja.

    Sebenarnya itu justifikasi supaya kita tak rasa bersalah kerana bersikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan apa yang kita mampu sumbangkan pada masyarakat jika ada kemampuan yg lebih.
    fahmy shuhaimi recently posted…Wow! Wow! Wow!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge