Shaklee Mengubah Perspektif Seorang Surirumah Yang Tidak Pandai Berniaga kepada

Bisnes Shaklee mampu merubah perspektif orang luar terhadap diri saya. Saya seorang graduan, tetapi memilih untuk berkerja dari rumah. Ramai yang masih tidak terdedah tentang berkerja dari rumah dan memandang rendah.


Berkerja dari rumah dipandang seperti penganggur, yang hanya menunggu allowance bulanan dari suami. Menjadi anak yang tak kenang budi ibubapa kerana tidak dapat membalas jasa mereka.

Negatifnya pemikiran itu. Semua ini tidak lagi pada zaman serba canggih. Shaklee the best bisnes ever untuk orang macam saya. Macam saya?

Saya kenal dengan shaklee dan terus bertindak. Tengok video bawah ini. pengubat dikala kesedihan melampau, bila terasa mood down, tersentap. Play video ni terus nampak cahaya di hujung terowong!

Dah tengok video ni, banyak sangat yang saya dapat selama berkecimpung dalam dunia shaklee. Bukan hanya sekadar semata-mata duit.

Shaklee Ubah Pemikiran Saya, Tak kenal maka tak cinta!

Dulu saya Sedih apabila saya hanya seorang surirumah biasa, surirumah yang tidak ada basic atau latar belakang dalam dunia perniagaan, tidak pernah didedahkan dengan teknik marketing online dan segala selok belok tentang pengurusan product.

Berubah 360 darjah setelah berjumpa dengan shaklee, sangkaan saya mengenai aktiviti perniagaan meleset sama sekali!. Dulu berniaga bagi saya adalah susah dan rumit untuk dipelajari, namun setelah saya paksa diri untuk mengenali strategi pemasaran, latar belakang syarikat dan sistem pembayaran bonus kepada pengedar, ternyata shaklee satu-satunya syarikat yang kukuh dan semestinya menghasilkan produk yang berkualiti.

Status surirumah biasa-biasa betukar setelah gigih kembangkan bisnes shaklee

WAHM ( work at home mom) gelaran moden untuk surirumah bekerja dari rumah. Memang sejak bergelar surirumah otak ligat fikir nak mula business apa, tapi macam mana?, modal berapa?, anak-anak macam mana? kalau fikir semua ni memang nampak macam penghalang besar sangat! “Berniaga susah”

Boleh baca ni Bagaimana Urus Anak Sambil Berniaga Online Dari Rumah? memang ini yang saya lakukan rutin setiap hari.

Sedih! sebab satu ketika dahulu cita-cita nak jadi engineer! tapi perancangan Allah lebih cantik dan sempurna, saya kenal shaklee dan tak sangka boleh jana pendapat dari rumah! pedapatan lebih kurang seorang engineer boleh jaga anak dari rumah! terharu dengan caturan pertemuan dengan business shaklee.

Kalau orang lain nampak saya ni ibarat menganggur, tiada sokso, tiada KWSP dan tiada allowance sakit cuti, Tapi hakikatnya saya sangat gembira bersyukur saya ada income sendiri, income bersih tidak perlu tolak duit minyak kereta, duit tol dan duit asuhan anak-anak.

Saya jaga anak-anak dari celik mata pagi hari sehingga tidur di malamnya! tidak perlu gajikan “mak” atau cari pengasuh dan risaukan anak kena dera! alhamdulillah mungkin ini bahagian saya.

kenapa sedih lagi kan? sekarang lagi best shaklee tawarkan Program Graduan Menganggur Menjana Pendapatan!

Menyesal sebab kenal shaklee lambat. Pernah saya kata kepada suami, kenapa saya kenal shaklee lambat! menyesal dari dulu tak cari maklumat tentang shaklee. Suami cakap, mana ada lambat, semua ni percaturan Allah, Rezeki tak pernah lambat atau cepat tapi tepat pada masanya! Betul kalau awal mungkin tak kenal dengan group Shaklee yang betul-betul nak bantu kita dalam shaklee.

Kumpulan Shaklee yang Best!!

Ikuti perkongsian 4 wanita, termasuk saya bagaimana shaklee merubah kehidupan kami.

Jadi, jangan pandang rendah kepada surirumah ye. Kami juga mempunyai kebolehan dalam menjana pendapatan. lumayan hanya dari rumah.

Jika anda ingin mengubah taraf kehidupan, jangan tunggu lama-lama untuk buat keputusan.

2 comments for “Shaklee Mengubah Perspektif Seorang Surirumah Yang Tidak Pandai Berniaga kepada

  1. November 12, 2017 at 10:49 AM

    memang sangat beruntung la kalau dapat kerja dari rumah..

    dapat urus rumahtangga dengan lebih sempurna
    mrhanafi recently posted…5 Ciri Suami Yang Lulus Syarat PoligamiMy Profile

  2. November 13, 2017 at 5:49 PM

    Alhamdulillah, seronok jadi WAHM ni..skg dah byk biz online yg boleh jana pendapatan dr rmh shja..ank2 pun blh membesar depan mata..
    Maz Jamal recently posted…Punca Masalah Gout Dan Cara Berkesan MengatasinyaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge