Siapa sahaja pasti sedih jika perkahwinan tanpa dikurniakan Zuriat, Salah satu impian apabila mendirikan rumah tangga adalah keluarga bahagia dengan kehadiran cahaya mata.
Syabas bagi pasangan ini, walaupun setelah sekian lama mendirikan rumah tangga mereka tidak pernah putus asa untuk berusaha.
Saksikan kejutan yang dibuat oleh isterinya ketika memberi tahu beliau mengandung sudah 20 minggu
Terharu menangis suaminya! Saya juga dapat merasakan getaran perasaan itu. Alangkah indah jika dapat membahagiakan pasangan dengan kehadiran anak kandung sendiri.
Bagi pasangan yang dalam usaha memilik anak, jangan mudah putus asa! Apa yang kita boleh usahakan ialah pergi berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut!
Jika tiada sebarang masalah kedua-dua suami isteri, mungkin kena ubah cara hidup. Elak stress dan jalani gaya hidup sihat.
dalam mengharungi kehidupan Kita diuji dalam banyak perkara, Jika diuji dengan lambat menimang anak bukanlah pengakhiran dunia ini. Selagi Masih sihat suami isteri, masih mempunyai rahim untuk kandungkan anak, masih ada harapan cerah!
Namun begitu janganlah salah langkah, sudah banyak wanita yang ditemui menerima rawatan secara alternatif seperti mengurut. Ya ada yang mudah dan berjaya, itu adalah salah satu ikhtiar, tetapi pastikan jangan terlampau banyak kali dan bertukar-tukar tukang urut. Dikhuatiri merosakkan kilang telur wanita.
Kilang telur isteri tersumbat oleh lemak atas faktor berat badan berlebihan dan gaya hidup dengan banyak makan makanan berlemak terutamanya makanan segera, boleh berpantang seketika dan buat rawatan serta amalkan suplemen.
kenali diri sendiri, mulakan cacatan setiap bulan bila tarikh haid isteri. Belajar cara kira hari subur dan kenali tanda-tanda hari ovulasi isteri. Tambah ilmu dengan membaca dan mencari bagaimana mengetahui bila waktu sesuai melakukan hubungan suami isteri.
Bantulah antara satu sama lain, suami isteri adalah pelengkap bukan hanya memandang kekurangan. Sebenarnya apa yang kurang kepada suami adalah kelebihan kepada isteri begitulah sebaliknya. Pecaturan Allah memang hebat, Jodoh, Maut, Rezeki adalah rahsia Allah. Tidak berhak orang mempertikaikan kenapa lambat dapat anak, kenapa harus tunggu 17 tahun baru nak beranak? Jika anak ada jual dipasaraya boleh lah persoalkan begitu. kenapa belum ada anak sebab mudahnya beli saja di “tesco”.
Jika suami seorang perokok, rasanya sudah tiba untuk berhenti merokok. Sebagai isteri berilah sokongan kepada suami, sebab berhenti merokok bukanlah suatu perkara yang mudah. Boleh ikhtiar berhenti merokok dengan bantuan isteri. Merokok boleh membuatkan kualiti Sperma merosot.
Berdoalah setiap hari tanpa jemu, sesungguhnya Allah maha mendengar setelah kita berusah keras pasti ada habuan yang bakal Allah kurniakan. Jangan lupa amalan menjemput rezeki, Solat awal waktu, sedekah, solat sunat dhuha, solat sunat hajat dan banyak lagi.
