Resepi Overnight Oats Untuk Sahur Yang Kenyang!

Terpengaruh dengan group mak-mak, asyik share Resepi Overnight Oats Untuk Sahur Yang Kenyang dan sedap. Makan masa sahur keyang dan bertenaga sampai petang! tengok gambar bawah ni nampak sedapkan?

Overnight oat

memang sedap yang penting berkhasiat untuk orang macam saya tambahan ibu menyusu! Resepi telah diolah mengikut bahan-bahan yang ada, tetapi masih lagi bahan utama Oat dan “tepung ajaib!”

Oats Makan Yang Mengeyangkan

Sebelum ke resepi yang sedap tu kita ambil tahu fakta tentang oats. Okey! gambar di bawah jumpa dekat en. google, nak bandingkan nasi dan oat jauh beza tahap berapa lama bertahan kekenyangan.

Selalu makan nasi memang kenyang sangat, tapi sebenarnya tahap kekenyangan tu tak lama macam makan oat.

oat makanan kenyang lebih lama

Kelebihan Oat Wajib Tahu

  • Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi , diabetes dan mengurangkan berat badan.
  • Mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) di dalam berat badan.
  • Mengurangkan pengerasan arteri di dalam salur darah yang menyumbang kepada serangan jantung.
  • Ia mengandungi serat yang membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan.
  • Oat adalah salah satu makanan yang tinggi kandungan serat. Ini bermakna apabila makan oat untuk sarapan pagi, kite akan berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang.

Resepi Overnight oat Special

Resepi yang telah di olah untuk menjadikan lebih berkhasiat dan bertambah tahap kenyang yang lama! actually kalau nak makan oat kosong memang tak berapa nak boleh telan.hehe, bila dah bercampur aduk ni sedap sampai tak sabar nak bangun sahur!

Resepi yang telah di olah:

+ oat
+ serbuk energy booster*
+ kurma (potong dadu)
+ yogurt strawberry
+ nata de coco
+ milo
+ susu dutchlady

Dan hasilnya dari segi persembahan tak menarik macam gambar chef, tapi rasa dan khasiatnya tiada tandingannya. Guna bekas sos spegetti je, nasib ada simpan 1. Ada nama tau Overnight oat saya ni. Overnight Oat Sunnah, sebab ada kurma. Esok nak p cari badam, kismis dan lain-lain nak variasikan Overnight Oat Sunnah.

overnight oat sunnah

overnight oat sunnah

Eh! lupa nak explain “serbuk energy booster”. Mesti tertanya-tanya serbuk apa tu. serbuk yang dimaksudkan ialah Energizing Soy Protein (ESP). Esp ni salah satu makanan yang buat kita kenyang lama tau, sebab tergolong dalam makanan yang rendah index glisemic. Banyak Khasiat dalam ESP boleh baca Article : khasiat ESP 

Sekian, Selamat Mencuba. perkongsian manfaat bersama!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge