Resepi Ayam Percik berkuah kacang Mudah dan Sedap!

Setelah lebih dua minggu berpuasa dah dua kali masak ayam percik, fuhh! bakat terpendam, rasa macam orang jual. Air tangan sendiri bagi suami “bento” pergi kerja juadah berbuka (kalau kerja shift malam). Eh! blog ni dah jadi blog masakan pulakan. Santai just nak share la apa yang sedap juadah berbuka nanti.

ayam percik

Belanja Gambar Ayam Dulu sebelum share resepi

Paling best resepi ni simple dan yang penting suami puji sedap! jadi boleh la pakat try ye. Resepi di seperti di bawah:

Resepi Ayam Percik

Bahan-bahan:untuk Dua Orang Makan

2 ketul bahagian Ayam (ayam potong 4)
4 ulas bawang putih*
6 ulas bawang merah*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
sebatang serai*
5 tangkai chili kering*
200ml santan pekat
2 Sudu Sos cili
2 Sudu Sos tiram
2 Sudu Besar Gula
secubit Garam

Kisar Bahan bertanda *

Cara-cara:

Bersihkan ayam, gaul dengan bagan kisar masukkan semua bahan dan perap sekurang-kurangnya 30 minit. Jika ingin memanggang ayam mengguna arang, ayam hendak di masak sebentar sehingga separuh masak di atas dapur. Saya guna pemanggang ajaib, jadi panggang je lah dalam tu sehingga masak.

Resepi kuah kacang

Ikut permintaan suami, nak makan ayam percik dengan kuah satay. Jadi kena buat kuah kacang sekali.

Bahan: untuk Dua orang makan

250 gram kacang tanah di sangai dan dikisar
Seulang bawang besar*
3 tangkai cili kering*
2 Sudu Besar Minyak Masak
Sebatang serai dititik
3 Sudu Besar Gula Merah
2 Sudu Besar Gula Putih
1 Sudu kecil garam
Sedikit Air Asam jawa
2 Cawan Air

Bahan bertanda * di goreng dan di kisar

Cara-cara:

Tumis bahan yang di kisar, Masukkan kacang dan di ikiuti bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat. ok! siap.

Boleh cuba ya! sedap sekali cuba mesti nak buat lagi. Tak menyesal sebab senang. Penyediaan ringkas dan menepati cita rasa!

Sekian, Selamat Mencuba. perkongsian manfaat bersama!

1 comment for “Resepi Ayam Percik berkuah kacang Mudah dan Sedap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge