Rawatan Slip Disc Tanpa Perlu Pembedahan, Jimat Kos Belasan Ribu!

Kos untuk melakukan pembedahan akibat daripada Slipped Disc atau cakera tergelincir menelan belanja dari berbelas sehingga puluhan ribu ringgit. Tapi tidak ramai di kalangan pesakit ini tahu tentang fakta sebenar rawatan bahawa majoriti (80-90%) kes ini tidak memerlukan pembedahan.

Kebanyakan pesakit Slipped Disc boleh sembuh dengan rawatan konservatif (tanpa pembedahan). Untuk mereka yang mengalami kesakitan tulang belakang yang berpunca dari cakera tergelincir, artikel ini akan membantu anda untuk memahami dengan lebih jelas lagi tentang rawatan sebenar.

Apa itu Slipped Disc atau penyakit cakera tergelincir tulang belakang?

Tissue kenyal  leper yang berada/melapik di antara dua segmen tulang belakang dikenali sebagai Cakera tulang belakang. Terdapat berpuluh cekera sepanjang tulang belakang kita bermula dari leher hinggalah ke pinggang.
Fungsinya ialah untuk menyerap gegaran dan (shock absorber) dan mengagihkan tekanan yang sekata pada tulang belakang. Penyakit cakera tergelincir atau slipped disc ialah disebabkan oleh berlakunya benjolan/gelinciran (herniation) cakera ini yang selalunya disusuli dengan himpitan pada akar saraf (nerve root) yang berdekatan.
Selain dari itu kemungkinan juga berlaku rembesan cecair kimia dari cekera yang amat toksik pada akar saraf.

Tanda-tanda Slipped Disc

Pesakit biasanya akan memberi gejala sakit belakang yang menjalar turun kekaki (sciatica) jika ianya berlaku dibahagian pinggang.
Manakala rasa sakit pada tengkok yang menjalar turun ke tangan akan berlaku pada pesakit yang menghidapainya pada bahagian leher. Kesakitan yang turun kekaki atau tangan itu ialah sejenis sakit saraf yang ditafrifkan sebagai elektrik shock, mencucuk, kebas  atau panas yang disebabkan oleh himpitan akar saraf tadi. Rasa sakit biasanya akan bertambah kuat jika pesakit bersin atau batuk.

Punca Slipped Disc

Terdapat beberapa faktor Slipped ini berlaku, sila semak senarai mungkin salah satu adalah faktornya.

  1. Faktor Mekanikal – dimana postur badan yang tidak betul semasa melakukan kerja kasar, mengakat benda berat, bersukan dengan cara tidak betul, berat badan yang berlebihan akan memberi tekanan pada tulang belakang.
  2. Faktor Genetik – peratusan berkemungkinan daari genetik juga boleh mempengaruhi yang menyebabkan kemerosotan pada cakera tulang belakang
  3. Faktor Trauma – kecederaan otot atau patah tukang belakang akibat daripada kemalangan, terjatuh semasa bersukan atau melakukan kerja rutin harian.
  4. Faktor Nutrien – hal ini ramai yang tidak sedar, walhal nutrien adalah tunggak utama untuk tubuh badan yang sihat. kekurangan vitamin menyebabkan kemerosotan atau elastisiti serta kerapuhan tulang berlaku akibat daripada peningkatan usia.

Bagaimana Rawatan Slipped Disc Tanpa Pembedahan?

Tubuh yang kekurangan Nutrien akan mengalami kesukaran proses penyembuhan, termasuklah permasalahan tulang belakang. Pengambilan vitamin sebagai pelengkap nutrisi tubuh badan adalah penting.

Suplemen membantu masalah Slipped Disc tanpa pembedahan

1. ADVANCE JOINT HEALTH TABLET -Formulasi khas untuk sendi. Membantu memelihara ligament (tisu penyambung) yang sihat, menyokong keselesaan sendi dan meningkatkan kesan kusyen. Kesan boleh dirasai seawal 5 hari penggunaan dan disahkan secara klinikal.

2. OSTEMATRIX – Sumber kalsium yang penting untuk kesihatan tulang,otot dan ligament istimewanya Ostematrix dari Shaklee ini kerana lengkap dengan magnesium dan Vitamin D. Magnesium membantu penyerapan kalsium dan membantu menguatkan tulang. Vitamin D merangsang penyerapan kalsium dengan optimum.

3. OMEGA GUARD – Mengurangkan inflamasi atau radang akibat sakit sendi. Bertindak sebagai pelincir pada sendi.

4. VIVIX™ -Merupakan agen anti penuaan di mana menjaga keanjalan struktur cakera tulang belakang dan mengurangkan risiko Slipped Disc. Menyokong kesihatan sendi dan menyokong kesihatan menyeluruh. VIVIX merupakan formulasi TERUNGGUL dari Shaklee yang membantu kesihatan dengan 4 mekanisme tindakan. Ia juga memperbaiki sel seawal peringkat DNA lagi.

Testimonial Rawatan Slipped Disc Tanpa Pembedahan

Dengan Mengamalkan Semua Suplemen yang dicadangkan Slipped Disc beransur pulih tanpa perlu melakukan pembedahan.

Bagaimana Nak Dapatkan Suplemen Shaklee?

Pesanan Ikhlas Dari Saya Buat Anda Yang Bermasalah Slipped Disc

Kesihatan adalah sesuatu yang sangat bernilai lebih dari wang ringgit. Sekarang adalah masa yang paling tepat untuk bertindak.

Buatlah keputusan yang tepat sekarang demi untuk hidup yang lebih sihat di kemudian hari!

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi..

Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya sedia membantu.

1 comment for “Rawatan Slip Disc Tanpa Perlu Pembedahan, Jimat Kos Belasan Ribu!

  1. February 5, 2018 at 10:36 AM

    Thanks for sharing
    ifbt1 recently posted…Skincare Bebas Merkuri Dan ParabenMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge