Al kisah terkena jangkitan “scabies“ ni bila pergi melawat kakak, tak sangka pula seisi keluarga sudah terkena jangkitan ini, tapi hampir sembuh hanya tinggal parut sahaja. Tawakal sahaja, bahaya tau kudis buta, mudah berjangkit dan merebak kalau tak dirawat. Tak kira kanak-kanak atau dewasa kudis buta boleh berjangkit.

Bila balik dalam dua tiga hari mula tergerak hati nak tengok-tengok badan Adwa dan Aleesya. Si kakak Aleesya tak ada apa-apa, cuma adwa ada naik bintik air di kaki. Makin hari makin naik ditempat lain seperti siku, lutut dan leher, mungkin sebab asyik menggaru.
Masih ragu-ragu, adakah betul jangkitan kudis buta, jadi bawa berjumpa dengan doktor untuk pengesahan. Doktor tengok tangan dan dia cakap ya scabies. Tapi doktor tak boleh bagi ubat biasa yang digunakan untuk kuman kudis buta, sebab ubat tu untuk dua tahun keatas.
Jadi adwa bawah umur, doktor hanya bagi sabun mandi antibacteria dan lotion yang di refill dalam botol ubat, tak pasti jenis dan jenama. Nasib baik la tidak buat keputusan sendiri pergi farmasi beli ubat kudis buta yang di tanya dengan doktor google.
Pertumbuhan scabies pada badan adwa agak lambat, kalau ikutkan dalam seminggu dah banyak naik dan Bintik kudis tak merebak. Naik je kecut. Apa yang Ibu buat untuk Rawatan Kudis Buta Untuk Bayi Bawah 2 tahun? rawatan berkesan cara saya.
Rawatan Kudis Buta Untuk Bayi Bawah 2 tahun
Rawatan yang saya buat adalah cara saya. Cadangan kepada ibu bapa jika mengalami masalah seperti ini. Rawatan tanpa ubat berbahaya dan beracun untuk kanak-kanak bawah 2 tahun.

Setelah dapat tahu ianya adalah scabies, balik dari klinik terus beroperasi membasmi makhluk yang bernama “hama kudis buta“. Hama ni boleh merebak dan hidup tempat-tempat sejuk.
1. Guna Sabun Mandi Antibacteria
Saya mandikan anak-anak guna sabur yang Doktor bagi, tetapi hanya sebotol kecil, size botol ubat demam bayi. Si kakak mandi main air habis sebotol kecil sabun kena tuang, berpesta buih!
2. Mandikan Dengan Basic-H shaklee
Ibu pengedar shaklee, jadi lebih baik ikhtiar guna product yang yakin selamat. Basic H adalah adunan pencuci organic. Seratus peratus pencuci serba guna yang organik. masukkan sesudu dalam baldi/besen bagi mandi air tu, Anak-anak mandi manda dalam besen tu (atas pengawasan saya).

3. Basuh semua pakaian guna Dengan Basic-H shaklee
Selama seminggu rutin harian basuh baju guna Basic-H, untuk matikan hama kudis buta. kotoran minyak pun tanggal, suci bersih je basuh guna basic H kalau nak guna hari-hari pun boleh terpulang.
Keringkan baju dengan washing machine yang berhaba tinggi, saya bawa ke dobi layan diri masukkan baju keringkan, panas boleh matikan hama kudis buta. kalau rajin boleh gosok baju dengan seterika.
4. Mop lantai Dengan Basic-H shaklee
Mop lantai guna Dengan Basic-H shaklee dah jadi rutin setiap minggu, cuma bila disahkan scabies ibu jadi rajin sikit la..kerap mop lantai.
5. Sapu Herbalblend setiap kali selepas mandi
herbalblend multipurpose cream – digunakan untuk 101 masalah kulit, untuk melegakan radang pada kulit. kulit sentiasa lembab elak kering dan gatal, jadi adwa tak la menggaru. Saya lumur seluruh badan selepas mandi, seminggu habiskan satu tube herbalblend.

6. Kuatkan Immune badan dengan Omega Guard
Since adwa dah setahun boleh la ajar ambil minyak ikan terbaik iaitu omega guard shaklee. Sehari bagi sebiji, makan berjemaah dengan si kakak
- Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
- Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
- Memperkuat sistem imunisasi badan

7. Sembur Aerosol Penyembur Ubat Nyamuk / Lipas
Untuk peralatan rumah yang tidak boleh basuh kena la guna kaedah sembur dengan ubat nyamuk / lipas, yang boleh bawa jemur di bawah cahaya matahari terik. Mujur rumah tak ada banyak barang. Carpet kena vacum dan jemur (saya juga tidak pakai carpet, tak suka habuk).
Seminggu bertukus lumus buat macam ni, kudis baru dah tak muncul, kudis lama dah kering. Bejaya misi menyembuhkan kudis buta tanpa ubat.
Dapat masalah baru kita rasa macam dugaan, sebenarnya Allah nak bagi kita pelajaran baru. Boleh la kongsi pengalaman saya dengan orang ramai, tanpa ubat dan dadah kita boleh kawal dan sembuhkan kudis buta yang sangat mudah berjangkit dan merebak.
Jadi apa tunggu lagi, Usah biarkan hama kudis buta menganggu tidur malam si manja. Selangkah lagi boleh dapatkan dihujung cara secara online.
ATAU
Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya sedia membantu.
Shaklee ID: 1028182
Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734