PERSOALAN MENGENAI PENYUSUAN SUSU IBU

Alhamdulillah, selesai berpantang 44 hari dan kini dalam misi berpantang sehingga 100 hari. Terdetik dalam hati bila ramai saudara mara dan sahabat handai yang bertanya Fully Breastfeeding? dah campur susu, dah ajar botol? jawapan saya InshaaAllah fully BF, exclusive BF.
 
nasihat saya kepada ibu di luar sana khususnya ibu muda beranak sulong sila tetapkan niat ingin menyusu bayi anda sepenuhnya sekurang-kurangnya 6 bulan, dan seterusnya, InshaaAllah akan di permudahkan. 
 
namun begitu masih ramai yang tidak faham dengan penyusuan susu ibu, sebab itu ibu cepat panik dan gelabah bila di tanya mengenai susu ibu.



1.Susu badan saya sangat sedikit

KESAL….jika sering dengar keluhan seorang ibu begini. SEDIH sebabnya sewaktu hamil tidak cari gali ilmu sebanyak mungkin untuk panduan penyusuan bayi.Selalunya bagi meraka yang baru bergelar ibu,mereka tidak faham tangisan bayi dan warna susu adalah bahawa susu mereka tidak mencukupi untuk si kecil. Amat penting untuk anda ingat bahawa tubuh anda menghasilkan susu berdasarkan kehendak bayiuntuk menyusu.Ini bererti semakin banyak anda menyusukan bayi,semakin banyak susu akan keluar.

Jika anda memberi susu tambahan seperti susu formula, dia akan tidur lebih lama kerana susu formula tidak mudah di hadamkan. Ini akan menggangu kesan pengeluaran susu pada tubuh anda.
Kadangkala, bayi menangis selepas menyusu kerana dia telah terpisah daripada anda. Semasa menyusu,dia begitu selesa dengan bunyi dan getaran pada tubuh anda yang mana dia telah mendengarnya ketika berada di dalam Rahim anda. Cuba letakkan bayi dekat dengan diri anda selepas penyusuan. Jika dia masih menangis susukan semula.
Menyusu badan sewaktu minggu pertama adalah paling membingbangkan ibu-ibu. Semasa minggu pertama,si ibu akan mengeluarkan sesuatu dari payudaranya iaitu kolostrum. Ia berwarna kuning dan keluar dengan jumlah yang sedikit. Ia adalah normal dan merupakan makanan kepada bayi anda.

2. Saya mempunyai payudara yang kecil. Adakah saya mempunyai susu yang mencukupi untuk diberikan pada bayi?

Saiz payudara anda tidak memberi kesan kepada keupayaan tubuh anda untuk mengeluarkan susu. Menurut kajian ,ia mungkin memberi kesan kepada peti simpanan susu dan dengan demikian ibu-ibu yang mempunyai payu dara yang kecil mungkin perlu menyusukan anak mereka lebih kerap berbanding dengan ibu yang mempunyai payu dara yang besar.

3.Saya melahirkan bayi pra-matang. Adakah saya masih boleh menyusukannya?

Bergantung pada bagaimana tahap pra-matang bayi anda. Daripada minggu ke-36 dan keatas.dia boleh mula menyusu dengan baik. Anda perlu menyusu sehingga dia berusia lebih kurang 36 minggu. Biarpun bayi anda belajar untuk menghisap, dia akan berasa letih dengan cepat. Dan ,ia amat baik bagi seseorang bayi menyusu dengan ibu. Apa yang menarik mengenai penyusuan badan adalah ia akan berubah mengikut kehendak nutrisi bayi anda dan satu alatan untuk perkembangan bayi anda pada masa itu.Dengan demikian, keseimbangan nutrient dalam susu badan bagi pramatang adalah berbeza daripada bayi biasa.

4. Susu saya keluar terlalu cepat

Bayi anda boleh mengagak dan menarik keluar mulutnya apabila susu anda keluar terlalu cepat dengan kuantiti yang banyak. Sebelum anda menyusukan anak anda, cubalah tekan puting anda untuk mengeluarkan susu yang pertama. Jika susu anda masih keluar dengan banyak, cubalah postur berbaring ketika menyusukan bayi bagi memperlahankan aliran susu. Jika masih meleleh keluar ,cubalah menyusu dengan sebelah payu dara setiap kali menyusu bayi anda untuk mengurangkan stimulasi pada payu dara sebelah lagi. Jadi susu dengan sendiri akan beransur-ansur berkurangan .Jika payu dara sebelah lagi berasa seakan membengkak,tekan keluar sedikit susu untuk membuatkan ia rasa selesa. Namun janganlah anda tekan sehingga kekerigan susu.

5. Bayi saya seakan-akan menyukai sebelah payu dara sahaja berbanding dengan payu dara yang sebelah lagi. Adakah normal?

Ia adalah suatu perkara yang biasa berlaku. Anda akan mendapati pengerluaran susu di payu dara tersebut perlahan jika bayi anda hanya menyusu di sebelah payu dara sahaja. Ia juga membawa maksud yang anda akan mempunyai sebelah payudara yang lebih besar sebelah daripada stu lagi! Oleh itu adalah penting untuk menukar payu dara setiap kali menyusukan bayi anda. Selalunya mulakan dengan payu dara yang berlainan daripada yang anda selalu gunakan pada penyusuan sebelum ini. 
Kadangkala ,anak anda Cuma lebih selesa dengan posisi yang tertentu.maka dengan itu, ia mungkin membabitkan sebelah payu dara sahaja.Jika situasi ini berlaku, anda mungkin ingin mencuba cara football hold iaitu di mana anda yang berbeza.

 

6. Bayi saya enggan menyusu badan

Terdapat banyak sebab mengapa bayi anda enggan menyusu badan yang mana ia juga di panggil nursing strike. Ia mungkin disebabkan oleh bau deoderon yang anda pakai atau ubat-ubatan yang boleh membuatkan susu anda rasa berbeza  ataupun anak anda baru tumbuh gigi. 
Walapun bayi anda tidak mahu menyusu, anda masih boleh menyediakan susu untuknya. Biarpun payu dara anda berada dalam keadaan selesa bersama bayi anda dan baringkan nya ke atas payu dara anda apabila dia tidak lapar jadi dia akan berasa selesa di situ . Kadangkala bayi yang telah besar yang mana dia telah mula mengambil makanan pejal mungkin tidak akan meyusu lagi .Namun jangan bimbang ,anda masih boleh boleh mencampurkan susu anda ke dalam makananya dan hidangkan kepada meraka.

7. Payu dara saya terasa seakan batu

 

Kebanyakan mereka yang baru bergelar ibu selalunya  mengalami engorgement(bengkak susu) selama tiga atau empat hari selepas kelahiran. Payudara anda berasa tidak selesa. Ia membengkak dan sakit jika di sentuh dan merasa sakit dan terasa seperti batu berada di dalam payu dara anda! 
Untuk melegakannya,susukan bayi anda dengan sekerap yang mungkin. Jika bayi anda sedang tidur ,tekan dan biarkan susu keluar kerana jika anda biarkan terlalu lama ,Engorgement akan menjadi lebih teruk . Untuk mengurangkan bengkak,cuba letakkan pad yang sejuk keatas payu dara anda.Sestengah ibu juga mencuba kubis sejuk dan ia berkesan.

8. Payu dara saya mengalami kemerah-merahan dan sakit. Pada masa yang sama saya mendapat selesema. Apa yang tidak kena dengan diri saya?

Jika payudara anda mengalami kemerah-merahan,kesakitan dan kekerasan pada payudara serta suhu tubuh yang meningkat, anda mungkin mengalami mastitis iaitu jangkitan payu dara akibat bakteria yang menghalang saluran susu anda. Anda perlu dirawat dengan antibiotic. Dalam masa yang sama ,adalah penting untuk anda meneruskan penyusuan bagi menghilang jangkitan pada payu dara. Jangan biarkan antibiotic membuatkan anda berhenti daripada penyusuan bayi.

9. Bayi saya sering menangis. Adakah susu saya tidak mencukupi?

persoalan yang sring kita dengar. Ibu-ibu harus faham kenapa bayi baru lahir sering menangis, bukan sahaja kerana lapar, tepi banyak faktor lain yang mempengaruhinya seperti masih dalam proses mengenali dunia barunya, mungkin tidak selesa dengan cuaca dan sebagainya. perlu anda tahu, saiz perut bayi baru lahir hanya sebesar guli kolostrum sudah memadai. Allah mencipta sebaik-baiknya sesuai dengan keadaan PERFECT!!!
 Oleh yang demikian, sekiranya di masa akan datang anda berhadapan dengan sesiapa sahaja yang mengatakan bayi anda menangis kerana kelaparan akibat kekurangan susu, anda tidaklah perlu khuatir dan gusar lagi kerana susu yang anda hasilkan pasti mencukupi untuk keperluan bayi anda.

**********************************************************************************

Dalam menjayakan sesuatu misi pemikiran yang positive amat dititik beratkan, usaha yang gigih perlu di lakukan supaya tidak menjadi sehangat-hangat taik ayam. Perlu di ingatkan penyusuan susu ibu nampak mudah, tetapi jika kurang ilmu pengetahuan mengenai penyusuan anda akan cepat melatah dan terikut-ikut dengan bisikkan anasir-anasir jahat.

berkat doa dan usaha untuk menyusu inshaaAllah akan berjaya. marilah kita sama-sama menjayakan penyusuan susu ibu, susu terbaik tiada tandingan, selain berdoa jom sama-sama amalkan Doa banyakkan susu.

set-2Bkombo-2Bibu-2Bberpantang

2 comments for “PERSOALAN MENGENAI PENYUSUAN SUSU IBU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge