Persiapan Bersalin dan Berpantang

Assalamualaikum..

Off topic sikit harini… since busy fikir bisness terlupa dah masuk 33week minggu ni. Persiapan Bersalin dan Berpantang belum get ready lagi. walaupun anak kedua kena juga buat check list persediaan bersalin. kalau tak mesti ada yang terlupa dan terover budget. so beli ikut budget je ok.

rasanya dah tak banyak yang nak kena beli since dah ada baju kakak dan cousin. so boleh recycle je. nak buat checklist secara ringkas yang boleh.

Bayi

kepeluan asas ialah:

  • Baju lengan pendek – 3 helai (nak beli yang lubang-lubang, skrg musim panas) – |DONE|
  • Baju lengan panjang – 3 helai (pakai waktu malam) – |DONE|
  • Seluar pendek – 3 helai (baby tak pakai seluar pon tak nampak) – |DONE|
  • Seluar panjang – 3 helai – |DONE|
  • Barut – dah ada kakak punya – |DONE|
  • Sarung kaki – 4 @ 5 helai – |DONE|
  • Sarung tangan – 4 @ 5 helai – |DONE|
  • Kain bedung – (guna lampin je dah banyak) – |DONE|
  • Topi – dah ada kakak punya – |DONE|
  • Lampin pakaian buang(diapers) new born – |DONE|
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden) – |DONE|
  • Tisu basah – |DONE|
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin – |TAK PERLU|
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah) – |DONE|
  • Besen mandi bayi – |DONE|
  • Tuala mandi – |DONE|
  • Tuala muka – |DONE|
  • Cecair mandian – |DONE|
  • Syampu – |DONE|
  • Losen bayi – |DONE|
  • Minyak bayi – |TROPICA BABY| – |DONE ORDER|
  • Bedak bayi (minyak telon) – |TROPICA BABY| – |DONE ORDER|
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon – |TROPICA BABY| – |DONE ORDER|
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin -|TROPICA BABY| – |DONE ORDER|
  • Termometer digital – |DONE|
  • Tilam – |DONE|
  • Bantal kepala – |DONE|
  • Bantal peluk – |DONE|
  • Cadar (kena buat baru dah lusuh kakak punya) – beli kain buat if rajin. |TEMPAH JE|
  • Selimut – |DONE|
  • Sabun basuh baju (Fresh Laundry Concentrate – SHAKLEE)  – |DONE|

Nampaknya hampir 80% persediaan dah di buat. Basuh Baju Baby pon dah 2 round..selebihnya tunggu baby keluar…basuh guna sabun basuh baju shaklee, puas hati dan tanpa was-was…..

adik………. kami tunggu kehadiran adik, scan 3D dan 4D dah buat….gender rahsia…..ni gambar adik dan kakak fresh from oven. Ada iraskan….semoga selamat semuanya



next update keperluan atau persediaan ibu pula….banyak lagi belum siap ni…

1 comment for “Persiapan Bersalin dan Berpantang

  1. February 28, 2014 at 2:31 PM

    Comey nya buat list…nant nak wat gak..bila la nk tiba waktu 2…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge