Perkembangan Dan Kebolehan Setiap Anak Berbeza

Jangan bandingkan anak orang lain dengan anak sendiri, jangan terlalu tertekan jika anak sendiri lambat dalam kebolehan sesuatu. Hal ini kerana Perkembangan Dan Kebolehan Setiap Anak Berbezaa.

Baby history

Tidak semesti anak lahir pada hari yang sama perlu mempunyai perkembanganyang sama. Setiap kebolehan bayi anda bergantung kepada tahap fizikal dan pengaruh suasana persekitaran. Sesetengah bayi begitu cepat dalam perkembangan percakapan dan lambat dalam pergerakkan fizikal, namu begitu ada juga yang serba serbi cepat.

Pernah dengar Orang tua-tua cakap, awal tumbuh gigi lambat berjalan dan sebaliknya, mungkin ada betulnya juga. Sebagai ibu bapa kita jangan la terlalu membandingkan perkembangan anak-anak sehingga menganggu emosi.

Carta Perkembangan Bayi 1 hingga 12 bulan

Biasanya, perkembangan awal kanak-kanak diukur daripada pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya.  Bayi baru lahir akan diukur berat dan tingginya untuk dicatatkan dalam carta supaya boleh dijadikan rujukan. Carta ini digunakan untuk mengetahui sama ada seseorang bayi itu membesar secara normal atau tidak.

Dalam buku kesihatan juga terdapat Carta Perkembangan Si comel anda. Dimana ibu bapa perlu menyemak kebolehan anak dalam julat tempoh yan ditetapkan. Jika berlaku sebarang kelewatan boleh rujuk dengan doktor.

perkembangan bayi

carta perkembanagn bayi oleh kementerian kesihatan Malaysia (klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Didalam carta ini juga tidak di tetapkan masa yang wajib bayi boleh melalukan sesuatu, hanya memberi julat masa. Walaubagaimanapun, perkembangan anak-anak perlu diperhatikan dan diberi galakkan oleh ibu bapa dalam membina perkembangan positif.

untuk bacaan lanjut setiap perkembangan bayi anda boleh rujuk majalah terkemuka yang sering berkongsi mengenai hal urusan bayi iaitu Pa&Ma

Perkembangan kanak-kanak 1 – 2 tahun

Melihat telatah tumbesaran setiap anak adalah perkara yan sangat enjoy, dimana setiap perkara baru yang dilakukan dan kita adalah orang pertama melihat dan mendengar pasti seronok dan teruja. Setiap ibu bapa mahukan anak ygang besar dalam keadaan sihat dan bijak.

Manakala perkembangannya pula akan merangkumi 5 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif, sosial emosi dan estetika serta daya kreatif. Dalam memastikan tumbesaran anak-anak dalam persekitaran positif, ibu bapa perlu memainkan peranan.

1. Perkembangan Fizikal

Mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti melakar dan melukis.

CONTENG DINDING

Sel Otak Sedang Berhubung, jika tidak mahu Perkara seperti ini berlaku sediakan kertas!

Tip rangsangan: Berikan anak kertas dan pensel warna. Biarkan dia melukis apa sahaja yang diingini untuk memupuk kreativiti mereka.

2. Perkembangan Bahasa

Mengalami perubahan daripada tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada rangsangan. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan mendengar radio.

Tip rangsangan: Ajaklah anak menyanyi lagu dengan lirik ciptaan anda sendiri agar anak boleh belajar menyebut perkataan dengan betul. Misalnya,“Masa Di luar rumah: Yellow….yellow… i Like the Sun”

3. Perkembangan Kognitif

Ini bermaksud keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.

Tip rangsangan: Setiap kali melakukan sesuatu, beritahu anak apa yang anda sedang buat. Misalnya, “Mama nak buka lampu ni,” lalu tekan suis dan lampu akan menyala. Dengan cara ini anak anda akan memahami perbuatan tersebut.

4. Perkembangan Sosial Emosi

Kanak-kanak mula belajar bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Mereka semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Tenangkan mereka supaya tidak menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalah dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.

Tip rangsangan: Galakkan anak berkawan dengan rakan sebaya agar dia pandai berkomunikasi dan bertolak ansur.

5. Perkembangan Estetika dan Kreativiti

Lihat kemampuan si kecil mengembangkan daya kreativitinya. Kemahiran ini diperoleh menerusi aktiviti dan projek berkaitan seni visual yang mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Proses ini mengaktifkan pemikiran kritikal kanak-kanak dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan kanak-kanak melakukan eksplorasi dan eksperimen dalam kehidupan seharian.

Tip rangsangan: Ajak anak bermain permainan gambar sama. Ambil beberapa keping gambar dan buatkan dua salinan. Campurkan kesemuanya dan biarkan anak asingkan gambar yang sama. Cara ini mengasah kemahiran anak menyelesaikan masalah.

Ransanggan minda untuk anak Bijak

kanak-kanak berusia 1 tahun keatas boleh mula mengambil makanan tambahan yang kaya dengan DHA dan EPA untuk meransang mida yang bijak dan cerdas. Bagaimana pula dengan bayi dibawah umur 1 tahun? Bayi dibawah umur 1 tahun TIDAK boleh diberi sebarang makanan tambahan melainkan susu ibu atau susu formula. Dapatkan nasihat doktor jika ingin memberi sebarang makanan tambahan.

Namun Bonus kepada bayi yang masih menyusu ibu, Ibu boleh mengambil makanan tambahan dan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

anak bijak

Omega guard shaklee

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam.

DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA. Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.

Article Menarik Untuk Dibaca!

Untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya, Jangan Malu ye, Saya sedia membantu, nak sangat bantu semua.
 Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty

klik-disini

ATAU

11076060_10205879940454748_1548105164_n
daftar-sekarang1

Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya sedia membantu.

 

3 comments for “Perkembangan Dan Kebolehan Setiap Anak Berbeza

  1. shima
    April 27, 2015 at 4:41 PM

    good info…

    dptkn ebook ttg 111 formula rezeki disini…t.q

    http://bit.ly/kuasarezeki

  2. MD
    April 27, 2015 at 5:27 PM

    info yang sangat bermanfaat! terbaik!
    MD recently posted…Benarkah Suplemen SHAKLEE adalah suplemen ‘Sampah’?My Profile

  3. May 12, 2015 at 12:22 PM

    Hehe..samalah dengan anak saya..beza sangat anak pertama dengan kedua..
    Hafizul recently posted…Duit Kotor Elak Mesin ATM DigangguMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge