Perkara Penting Selepas Melahirkan Anak Wajib Ambil Tahu!

Pertama kali bergelar ibubapa banyak perkara baru perlu dilalui. Banyak Perkara Penting Selepas Melahirkan Anak Wajib Ambil Tahu!. Sebelum melahirkan anak baca dan tanyalah pendapat kawan-kawan. Walaupun begitu jangan harap pengalaman mereka akan sama seperti kita.

bayi baru lahir-

Semasa anak pertama dapat lalui 4 perkara ini dapat dirasakan dengan tenang, saya ternanti-nanti setiap perkara baru bersama bayi apa yang telah dibaca sebelum itu. Semua 4 perkara ini adalah hak ibu dan bayi. Mintalah dengan doktor dan jururawat jika salah satu ini tidak dapat dilakukan. Tunaikan hak bayi anda!

4 Perkara Wajib tahu Selepas Melahirkan

1. Sentuhan kulit ke kulit

Sebaik melahirkan anak, dalam masa satu jam pertama sentuhan terus antara kulit ibu dan bayi adalah sangat penting. Jika kesihatan ibu dan bayi tidak mempunyai masalah mintalah untuk melakukan “skin to skin” dengan bayi, minta jururawat untuk meletakan bayi didada ibu. Hal ini membuatkan anak akan berada dalam keadaan tenang dan lebih selesa kerana dekat dengan bunyi degupan jantung ibu.

2. Penyusuan Susu Ibu

Sebaik masuk ke dewan bersalin, Jika di hospital swasta beritahu Doktor atau jururawat untuk hasrat menyusukan bayi sebaik sahaja melahirkan anak. Jika di hospital kerajaan perkara ini tidak menjadi masalah. Jika ibu dan anak tidak mempunyai sebarang masalah Penyusuan boleh diteruskan.

Penting untuk 20-30 minit pertama untuk bayi meransang penghasilan susu untuknya. Dengan bantuan bayi menghisap payudara adalah lebih baik untuk menghantar “signal” ke otak bahaya bayi perlukan susu.

3. Kolostrum

Ketahuilah susu pertama adalah lendir dan kekuningan iaitu susu awal yang kaya dengan khasiat yang diperlukan bayi anda di kenali sebagai kolostrum. Jangan terlalu tertekan jika tiada susu yang memancut-mancut keluar, ketahuilah penghasilan susu adalah bergantung kepada permintaan bayi dan sangat sesuai dengan saiz perutnya ketika itu.

saiz perut bayi baru lahir

ilutrasi saiz perut bayi baru lahir

Jika bayi menyusu dengan kerap adalah pertanda yang sangat positif, dimana susu ibu sangat mudah diserap kedalam tubuh badan bayi jika nak dibandigkan dengan susu formula. Jadi bukan sebab bayi tidak kenyang dengan susu ibu. Berilah hak bayi kita sebaiknya.

4. Letakkan Bayi berhampiran

Jika ibu dan bayi tiada masalah Mohon jasa baik pihak hospital untuk meletakkan bayi disisi, kerana apabila bayi dan ibu diletakkan berasingan ibu tidak dapat melakukan penyusuan mengikut kehendak bayi. “suply on demand” adalah sangat penting untuk meransang penghasilan susu ibu.

Pengalaman ini hanya sekali kita akan lalui setiap anak, perkara ini tidak boleh di ulang. jadi pastikan hal ini menjadi kenangan terindah serta memberi yang terbaik untuk bayi kita. Jangan malu untuk bertanya atau meminta sesuatu daripada doktor.

Ada sesetengah hospital tidak melakukan 4 perkara ini, kena memberi laluan kepada ibu untuk berehat. Walhal perkara ini penting untuk ibu dan bayi.

Kongsi artikel ini dengan suami supaya dapat mengingatkan kita nanti, maklumlah isteri penat bertarung nyawa, pasti sedikit sebanyak terlupa akan perkara berikut. Ingat momen ini tidak dapat diundur.

Artikel Menarik:

Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya sedia membantu.

1 comment for “Perkara Penting Selepas Melahirkan Anak Wajib Ambil Tahu!

  1. sulhana
    November 4, 2015 at 3:46 PM

    Bagus article ni. Nak-nak yang no 3 tu. Penting untuk semua bakal-bakal ibu tahu.

    Nak Tau Tips Untuk Elak User Mulut. Klik Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge