Dalam melakukan tugas rumahtangga ternyata suami tidak sehebat isteri. Tapi kenapa? sedangkan Suami mempunyai tenaga lebih dari isteri. Seorang lelaki di pengaruhi hormone, iaitu Hormon testosterone, merupakan lambang kejantanan suami, di mana hormon ini banyak mempengaruhi sikap lelaki.

Sebelum kupasan mengenai Suami tidak mampu sehebat isteri lebih lanjut, video ini akan membuatkan si isteri lebih mengenali suami. Saksikan!
Ok, sekarang sudah fahamkan kenapa suami tak sehebat isteri? video dari Puan Lyna Noh ini sangat jelas dan dari lafaz aku terima nikahnya maka dia adalah suami kita. Berkongsi suka duka pahit manis cabaran dalam berumahtangga.
Ketahui Kitaran Hormon Testosterone Lelaki
Hormon testosterone paling pekat dalam tubuh seorang lelaki adalah pada waktu pagi dan semakin berkurang pada waktu petang. Hormone ini berkurang disebabkan pengaruh aktiviti seharian suami di tempat kerja. Mungkin terlalu stress dan letih di tempat kerja.
Pada waktu pagi suami bernafsu syahwat lebih dari biasa bukan? Biasanya waktu pagi sebelum suami buka mata ada sesuatu yang bangun dulu! penile erection mudah sangat berlaku kerana tahap Hormon testosterone tinggi.
Bila tiba waktu petang hormone ini berkurangan, suami menjadi lemah dan tidak aktif, bukan kerana dirasuk mambang kuning ya!.
Jadi suami lebih semangat dalam melakukan sesuatu perkara pada waktu pagi.
Isteri memang hebat dari Suami
Isteri terimalah hakikat dimana suami bukan pemalas atau tidak mahu menolong isteri, tetapi kitaran hormon testosterone mempengaruhi. Tidak seperti isteri atau seorang ibu, Allah kurniakan Kekuatan luar biasa disebalik kelembutan dan keayuan wajah.
Sila jangan meroyan jika suami tidak dapat membantu walaupun sama-sama balik kerja penat nak uruskan anak-anak, masak dan mengemas rumah. Jika isteri melayan karenah suami ini mungkin bertambah stress dan akan menyebabkan ketegangan dalam rumahtangga berlaku.

Isteri hebat, tapi jangan sampai hangus baju
Seorang isteri sama ada bekerja atau surirumah memang hebat! Apa yang hebat sangat? isteri mampu melalukan 5 atau lebih kerja dalam 1 masa. Contohnya Masak bubur anak diatas dapur, sementara tunggu masak berlari masukkan baju kedalam mesin basuh, kemudian alang-alang di laundry area terus iron baju sekolah anak-anak, baju kerja. Sambil itu boleh pula main facebook, reply whatsapp group “mak-mak bergossip” boleh pual uruskan anak-anak mandi dan pakaikan baju. Nah! berapa kerja dalam stu masa? bubur siap masak, baju siap iron, baju siap basuh sidai, anak-anak mandi, sempat bersosial lagi.
Jadi Isteri yang Baik
Isteri mungkin boleh bagi masa kepada suami untuk berehat seketika dan refresh kembali. bagi masa untuk mandi bersihkan diri sediakan minuman dan seterusnya boleh la menyuarakan perkara yang perlu suami lakukan.
Isteri Elak Beri Arahan
sikap suami yang ego akan tercabar apabila sering diberi arahan. Jadi bagaimana jika ingin mendidik suami untuk turut sama melakukan kerja rumah bagi membebankan isteri?
1. Guna tone suara paling “manja” untuk bercakap
2. Mulakan ayat dengan pujian dan perkataan “tolong” dan akhiri dengan “terima kasih”
contohnya: “Abang handsome…… Tolong ayang angkat baju di ampaian, terima kasih”
3. Riak wajah yang manis boleh menggoda suami dan sekali gus akan meningkatkan hormone testosteron yang menurun tadi.
Sila guna 3 tips diatas, suami yang asyik dengan telefon akan melompat laju terus menunaikan permintaan isteri.
Elak Membebel
Sikap isteri yang biasa membebel atau beleter akan menurunkan paras hormone testosterone dalam tubuh suami. Bayangkan jika suami yang stress ditempat kerja pulang kerumah dibebani dengan isteri yang pot pet pot pet!! makin menurunlah paras hormone. Jadi bagaimana suami nak ringan tulang?
Hormone testosteron ini penting dalam nafsu syahwat lelaki. Tetapi ada lagi yang lebih penting iaitu hormone ini mengawal seorang lelaki untuk berjuang, menjadi kreatif, pintar dan matang serta mampu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.
kekurangan hormone ini mempengaruhi sikap suami untuk tidak bernafsu kepada isteri. Jadi elakkan beleter tak tentu pasai.
Jika dapat menaikkan Hormone suami dengan cepat tidak mustahil suami menjadi seorang yang prihatin. Kena dengan caranya suami boleh take over kerja rumah saling membantu.
Suami perlu bersikap toleransi, jika tidak mempu tolong banyak kerja, Cukuplah sekadar 1 atau 2 kerja. Bagi madikan anak-anak pakaikan baju smentara isteri masak dan kemas dapur. Kerja lebih mudah dan efektif.
Article menarik:
Untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya, Jangan Malu ye, Saya sedia membantu, nak sangat bantu semua.
Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734
Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya sedia membantu.