Ostematrix Shaklee Bukan Sekadar Kalsium

Ostematrix Shaklee adalah kalsium yang di cipta dalam bentuk pil. Kalsium sering dikaitkan dengan pengambilan susu setiap hari. Namun begitu ada sesetengah orang tidak dapat minum susu, mungkin disebabkan alahan produk tenusu atau kurang selera dengan susu. Jadi pengambilan kalsium dalam bentuk pil sangat digalakkan.

kalsium dalam ostematrix

Pemilihan pil kalsium adalah penting untuk memastikan segala nutrisi dapat diserap dengan baik. Sebab itu cadangan yang baik adalah Ostematrix shaklee. Kenapa Ostematrix Shaklee Bukan Sekadar Kalsium

Manfaat Ostematrix Shaklee

1. Menguatkan Tulang

Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Merawat Masalah kekejangan dan kebas-kebas

Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Mengurangkan tekanan (stress)

Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Mengurangkan Simptom senggugut

Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh 

Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.

Kelebihan Ostematrix Shaklee

1. Vitamin D

Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.

2. Magnesium

Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

3. Zink, boron, manganese dan kuprum

Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis

Keistimewaa Ostematrix Shaklee Berbanding Jenama lain

Kalsium berlebihan boleh memberi kesan kepada buah pinggang seperti terjadinya batu karang / batu dalam hempedu.

Ini terjadi apabila jurang nisbah kalsium-magnesium sangat besar dimana kekurangan magnesium akan menyebabkan kalsium tidak dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh, lalu buah pinggang menjadi toksik.

Sebab itu apabila membeli supplemen kalsium, anda wajib meneliti kandungan magnesium dan vitamin D ada bersama kerana kedua-dua perlu untuk membantu penyerapan maksimum kalsium.

Siapa Yang Perlu Ambil Ostematrix Shaklee?

siapa-yang-perlu-ostematrix-shaklee

Seperti gambar diatas adalah antara mereka yang perlu ambil Ostematrix:

  • Ibu mengandung
  • Ibu menyusu
  • Orang yang tak minum susu
  • Sakit Sendi
  • Pernah melahirkan anak
  • Selalu senggugut
  • Gastrik
  • Sukar tidur
  • Kerja berat

Seringkali kita dengar rungutan ibu bapa kita yang sudah tua sakit tulang, sakit lutut, kebas-kebas badan dan kekejangan. Bila kita teliti diet seharian mereka tidak pernah ambil kalsium sama ada dari produk tenusu atau apa-apa suplemen. Terutamanya Ibu yang melahirkan ramai anak-anak kesannya lebih ketara.

5 comments for “Ostematrix Shaklee Bukan Sekadar Kalsium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge