Makan Najis Jika Telur Ayam tidak Dibasuh Sebelum Masak

Eh! tajuk je telur ayam, sebenarnya semua jenis telur ye. Lazimnya banyak makanan harian kita menggunakan telur ayam. Telur perlu dibasuh sebelum masak kerana pertama sekali adalah kerana najis yang terdapat dan sudah pasti mengenai soal kesihatan kerana terdapat kuman dalam najis.

telur ayam di basuh

Sebenarnya makanan yang dimasak menggunakan telur ayam seeloknya dibasuh terlebih dahulu, Memanglah kotoran najis tu di luar kulit telur ayam sahaja, tetapi tangan kita yang pegang telur ayam itu dah kotor, apabila telur tersebut dipecahkan, telur ayam dah terkena tangan kita yang kotor itu.

Hukum Makan Telur yang tidak dibasuh

Dengar Penjelasan Dari UAI tentang Hukum Basuh Telur ayam supaya lebih jelas.

Ramai yang ambil mudah dalam hal ini, jika kita lihat perniaga makanan yang menggunakan telur ayam seperti roti telur, murtabak, burger, nasi goreng, char kuey teow dan sebagainya yang mengunakan telur sebahagian menu adalah telur tidak membasuh.

Telur masih dalam “sarang” seperti diatas. Dikhuatiri kulit telur yang tidak dibasuh ada najis jatuh kedalam masakan ketika telur di pecahkan. Tetapi tidak semua perniaga ye! ramai yang dah tahu tentang Hukum ini, sebagai pembeli kita kena pandai la menilai.

Bagaimana Basuh Telur Ayam Dalam Kuantiti Yang banyak?

kalau dekat rumah untuk kegunaan sekeluarga kita basuh sebiji demi sebiji ok la kan, kalau perniaga yang guna beratus-ratus telur ayam setiap hari bagaimana pula? Islam ini mudah, cukup sekadar air dilalukan pada permukaan telur itu, tak perlulah nak sabun sebiji-sebiji.

Kalau najis setempek atas telur tu kena la hilangkan, selalunya telur ayam dah comel dah. e-coli dan salmonella yg mungkin ada pada kulit telur. Kalau nak jamin betul-betul bersih masak sendiri la ye.

Waktu sesuai Basuh Telur Ayam

Untuk pengetahuan semua, telur ayam yang dibasuh tidak sesuai untuk simpanan dalam jangka masa panjang, hal ini akan menyebabkan telur cepat rosak. Sebaiknya basuh ketika ingin memasaknya, supaya telur lebih tahan lama.

Diluar telur ada selaput yang melindungi telur untuk tahan lebih lama. Kulit telur bukan bersifat kalis air. kulit telur adalah telap air, dapat menyerap air tambahan ada juga yang gemar basuh menggunakan sabun, berkemungkinan saki baki air dan sabun diserap masuk dan menyebakan telur cepat rosak.

Tiada HUKUM WAJIB BASUH, tetapi untuk memastikan tiada najis dan makan tanpa was-was seeloknya telur dicuci dari najis.

 Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge