Asid Folik Penting Untuk Hamil Elak Kecacatan kepada Bayi

Bakal pengantin baru atau sesiapa yang merancang untuk hamil dinasihatkan mengamalkan makanan yang kaya dengan asid folik. Asid Folik Penting Untuk Hamil Elak Kecacatan kepada Bayi. Selain untuk elak kecacatan bayi asid folik di percayai dapat meningkatkan kesuburan suami dan isteri.

asid folik

Makanan yang mengandungi Asid Folik

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Asid Folik Untuk kesuburan Suami dan Isteri

Asid Folik bukanlah sejenis vitamin untuk merawat kesuburan, ia nya makanan tambahan membantu untuk tingkatkan kesuburan. Asid folik bukan untuk isteri sahaja, malah disarankan suami juga mengamalkannya. Asid folik juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki.

Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama. Maka terjadinya keguguran!

Folate adalah makananan tambahan yang penting bagi membantu proses spermatogenesis. Salah satu makanan yang membantu mengahasilkan Sperma yang sihat. Sperma yang sihat  diperngaruhi oleh gaya hidup yang sihat dari segi rutin harian dan sumber permakanan.

Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim.

Kecacatan Saraf pada bayi akibat kurangnya Asid Folik

Asid folik juga dikenali sebagai vitamin B9 sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk membina sel-sel baru. Penting dalam membina DNA yang bary dan memperbaiki sel-sel yang rosak dalam sel. Oleh itu vitamin B9 adalah sangat diperlukan oleh bayi didalam kandungan untuk membina banyak sel baru. Jika ibu kekurangan Asid Folik pembentukan bayi dalam kandungan mungkin terjejas.

Pada tahun 1960-an pakar-pakar mula mendapat bukti dalam kajian mereka bahawa kekurangan asid folik dalam tubuh wanita hamil boleh dikaitkan dengan penyakit pada bayi yang dilahirkan.

(Rujuk lanska, DJ. (2009). “chapter 30: historical aspects of the major neurological vitamin deficiency disorders. the water soluble B vitamin“. Handbook Clinical Neurology 95: 44-76.)

Antara kecacatan yang mungkin berlaku kepada bayi akibat kurang vitamin Asid folik adalah seperti berikut:

1. Spina Bifida

spina befida

kecacatan saraf – spina befida

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan dari kecacatan dalam sistem saraf seperti Spina Bifida. Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang tidak tertutup dengan sempurna.  Ini menyebabkan kerosakan saraf yang kekal.

2. Bibir dan lelangit terbelah (sumbing)

sumbing mulut

Beberapa kajian menunjukkan pengambilan asid folik juga dapat mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat anak yang mempunyai masalah bibir dan lelangit terbelah, kecacatan jantung, risiko kelahiran pra-matang, terencat perkembangan fizikal dan keguguran spontan atau kehamilan yang mempunyai komplikasi seperti pendarahan disebabkan placental abruption @ sawan ketika hamil (pre-eclampsia)

Makanan yang mengandungi Asid Folik Semulajadi

Sebenarnya risiko kecacatan ini mampu kita elakkan dengan memakan banyak makanan yang mengandungi  Asid folik. Pengambilan harian 400 mg Asid folik sudah mencukupi untuk menghindari risiko kecacatan ini kepada bayi dalam kandungan.

Berikut adalah makanan yang mengandungi 100-200 mg asid folik bagi setiap hidangan:

  • Bayam – 1 cawan
  • Kacang bendi, ½ cawan
  • Asparagus, ½ cawan
  • Kacang black eyed beans, 4 sudu makan.
  • Betik sederhana besar.

Berikut adalah makanan yang mengandungi 50-100 mg asid folik bagi setiap hidangan:

  • Brokoli kukus, 2 pucuk
  • Buah oren saiz besar
  • Nasi putih, ½ cawan
  • Oat ½ cawan
  • Kacang merah, ½ cawan
  • 1 Jagung saiz besar

Tetapi Sejauh mana vitamin yang terkandung didalam makanan atau sayuran yang telah dimasak. Ketahuilah bahawa zat makanan akan berkurangan dengan cara penyediaan makanan setelah dimasak terlalu lama. Namun Usah khuatir kerana ada alternatif lain yang setanding dengan vitamin yang terdapat dalam sumber makanan harian.

Khasiat Vitamin B-complex Shaklee

Saranan untuk mengambil asid folik adalah 3 bulan sebelum kehamilan dan terus mengambilnya sehingga minggu ke 12 kehamilan. Terutamanya kepada bakal pengantin Lelaki dan wanita yang merancang untuk mendirikan rumahtangga dan ingin mendapat cahaya mata. Mengapa?? Sekiranya anak pertama memdapat Spina Bifida, risiko untuk kehamilan seterusnya juga menghidap kecacatan yang sama adalah tinggi. Oleh itu, makanlah makanan yang tinggi asid folik sebelum kehamilan pertama.

b-complex

B complex Shaklee (RM53.75)

  • B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B.
  • Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
  • Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
  • Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah 12 minggu mengandung.
  • Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Article Menarik Untuk Dibaca!

Untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya, Jangan Malu ye, Saya sedia membantu, nak sangat bantu semua.
 Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty
Jadi tunggu apa lagi! Hanya selangkah lagi untuk mendapatkan vitamin yang anda perlukan segera, klik untuk membuat pesanan. Produk akan sampai dihadapan rumah!

klik-disini

ATAU

11076060_10205879940454748_1548105164_n
daftar-sekarang1

Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya sedia membantu.

2 comments for “Asid Folik Penting Untuk Hamil Elak Kecacatan kepada Bayi

  1. June 25, 2015 at 5:43 PM

    Aah..masa kursus kahwin pun ada ustazah pesan siap-siap untuk ambil b complex 3 bulan sebelum kahwin
    Nurul recently posted…Testimoni: Sambungan kisah lelaki iniMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge