Diet Kencing Manis Semasa Mengandung (diabetes gestasi) Supaya Terkawal

Kencing manis ketika mengandung dikenali sebagai diabetes Gestasi, iaitu ibu mengandung menghadapi kencing manis hanya semasa mengandung. Sebaik melahirkan anak akan normal seperti biasa. Ibu mengandung yang menghidapi kencing manis perlu menjalani diet yang seimbang supaya tidak memudaratkan kandungan.

suami masak untuk iseri mengandung

Perkara ini tidak boleh di pandang remeh, kerana boleh memberi kesan negatif kepada ibu dan bayi, menjalani gaya hidup sihat seperti melakukan senaman dan menjaga diet yang betul dapat mengawal kandungan gula dalam darah. Jangan abaikan Perkara ini, baca cara Diet Kencing Manis Semasa Mengandung (diabetes gestasi) Supaya Terkawal.

Saya Pernah mengalami Diabetes Gestasi ketika hamil anak pertama, tetapi tidak pada anak kedua. Jadi tidak mustahil jika kita mengamalkan gaya hidup sihat dan pengambilan suplemen bagi mengelakkan ibu dan bayi dalam bahaya.

Bagaimana Diabetes Gestasi Berlaku?

Salah satu sumber tenaga bagi badan anda ialah gula (glukos). Badan kita menggunakan sejenis hormon yang dipanggil insulin untuk mengawal jumlah gula dalam darah dan menukarkannya kepada bahan bakar untuk digunakan oleh badan.

Jika kita menghidap diabetes gestasi, badan kita tidak menghasilkan cukup insulin. Akibatnya, tahap gula dalam darah kita boleh menjadi sangat tinggi dan ini boleh menyebabkan masalah kepada bayi yang dikandung.

Kesan Kencing Manis Kepada Bayi

Kesan Kencing Manis Kepada Bayi

Kesan kepada bayi jika ibu menghadapi kencing manis

  1. Ibu menyalurkan glukosa yang berlebihan kepada bayi.
  2. Bayi yang dikandung terpaksa membuat lebih insulin untuk mengawal.
  3. Glukosa berlebihan akan menjadi lemak dan bayi yang dikandung berpotensi besar.

Kita boleh mengawal tahap gula dalam darah dengan mengubah cara pemakanan dan kerap bersenam. Hakikatnya, di antara 80 peratus dan 90 peratus wanita yang menghidap diabetes gestasi dapat mengawal penyakit dengan melakukan senaman dan diet seimbang.

Atur Menu Diet Kencing Manis Setiap Waktu Makan

Suami pun boleh sediakan untuk isteri, bila lagi nak layan isteri yang dah tak larat nak bawa perut. Bukan lama pun 9 bulan sahaja.

  • Makan sarapan yang berkhasiat

Gestational-Diabetes-Diet-Foods

Sarapan yang sihat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah anda sepanjang pagi. Cuba makan sarapan yang rendah GI. Bubur ialah satu pilihan yang baik kerana ia membebaskan tenaga secara perlahan-lahan dan setara. Kita juga boleh pilih bijirin sarapan atau roti daripada bijian penuh dengan sedikit makanan berprotein tinggi seperti telur rebus atau yogurt rendah lemak.

Menu mudah untuk sarapan yang rendah Glisemik indeks (GI) ialah Energizing Soy Protein ESP, Ibu hamil berpuasa pun boleh amalkan ESP kerana tergolong dalam rendah GI membebaskan tenaga secara perlahan-lahan, jadi buatkan kita kenyang lama.

*Makanan yang tinggi GI seperti bijirin sarapan bersalut gula atau roti putih bakar dengan jem boleh meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat.

  • Makan pelbagai jenis makanan pada waktu siang

Makan tiga kali sehari hidangan bersaiz kecil atau sederhana. Kita juga boleh makan di antara dua dan empat snek, termasuk selepas makan malam untuk mengekalkan tahap gula dalam darah kita.

  • Makan makanan berserat tinggi

Makan banyak makanan yang tinggi kandungan seratnya. Makanan seperti ini biasanya mempunyai GI yang rendah. Ini dapat membantu mengelakkan tahap gula dalam darah anda menjadi terlalu tinggi selepas makan. Makanan yang berserat tinggi termasuk:

  1. buah-buahan dan sayur-sayuran segar;
  2. roti dan bijirin sarapan daripada bijian penuh;
  3. kekacang yang dikeringkan.
  • Makan lima hidangan buah dan sayur setiap hari

Pastikan kita makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari:

  1. campurkan buah-buahan ke dalam bijirin sarapan atau yogurt anda;
  2. tambah salad kepada sandwic anda sewaktu makan tengahari;
  3. pilih dua jenis sayur-sayuran dengan hidangan waktu makan utama anda;
  4. jadikan buah sebagai snek berbanding biskut atau kek.
  • Kurangkan lemak, terutamanya lemak tepu

  1. gunakan minyak zaitun atau minyak bunga matahari untuk memasak dan sebagai kuah salad;
  2. gantikan mentega dengan sapuan lain yang tinggi kandungan lemak poli tidak tepu;
  3. panggang makanan berbanding goreng;
  4. buang lemak pada daging atau ayam.
  • Jangan tinggal waktu makan

Cuba makan pada masa yang sama setiap hari dan pada jumlah yang sama setiap kali. Ini dapat membantu tahap gula dalam darah kita kekal stabil.

  • Kurangkan makanan dan minuman manis

Kurangkan, atau elakkan terus, gula-gula, minuman berkarbonat, jus buah-buahan dan kebanyakan pencuci mulut yang lain. Makanan seperti ini mengandungi gula ringkas yang mudah diserap oleh tubuh badan kita. Ia boleh meningkatkan tahap gula dalam darah dengan cepat.

Ambil dari buah-buahan sebenar dan amalkan minum air kosong yang secukupnya.

  • Amalkan Suplemen Untuk Membantu Tubuh menghasilkan Insulin

B complex

  • Membantu menukarkan glukosa yang berlebihan di dalam darah kepada tenaga.
  • Membantu mengurangkan keletihan.
  • Menyokong proses metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan.
  • Lengkap dengan kesemua 8 jenis vitamin B termasuk asid folik yang penting untuk perkembangan saraf bayi.

Vitalea

  • Mengandungi 28 Vitamin dan Mineral lengkap untuk menyokong tumbesaran dan kesihatan ibu hamil.
  • Mengandungi chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan.

Sustained Release Vita C

  • Memperbaiki toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi akan menrendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya yang terkumpul di dalam darah.

Ostematrix

  • Membekalkan Magnesium kepada ibu hamil (kekurangan mangnesium antara punca kencing manis)
  • Mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis
  • Membekalkan kalsium magnesiam sepenuhnya bagi pembesaran bayi dan kesihatan ibu hamil.

Energizing Soy Protin (ESP)

  • GI rendah dan bacaan hanya 39
  • Membantu seimbangkan insulin dalam darah
  • Memberi tenaga dan Cepat kenyang
  • Membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik

 

SET-2BKEHAMILAN

Set Lengkap Kehamilan Shaklee

Jika penyakit ini dibiarkan bukan sahaja membahayakan kesihatan ibu malah bayi yang dikandung juga turut berisiko menghadapi kencing manis, Kesiannya jika masih bayi telah menghidapi masalah kronik ini. Oleh itu ibu perlu berhati-hati dalam mengawal diet dan mengamalkan suplemen.

Alhamdulillah saya sangat gembira apabila kandungan kedua tidak menghadapi masalag diabetes, dua kali minum air gula saya bebas. Tak perlu nak buat Blood Sugar Test (BSP) empat kali sehari. Pengalaman anak pertama buatkan saya sedar pentingnya mengamalkan suplemen dan gaya hidup sihat.

Testimonial Bebas kencing Manis Ketika mengandung : Atasi kencing Manis ketika Hamil

 

Blog kesuburan suami isteri
Sekarang lebih mudah,Boleh dapatkan secara online: Jadi tunggu apa lagi hanya perlu klik dan order segera!

klik-disini

ATAU

11076060_10205879940454748_1548105164_n
daftar-sekarang1

Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya sedia membantu.

1 comment for “Diet Kencing Manis Semasa Mengandung (diabetes gestasi) Supaya Terkawal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge