Cara Mengatasi Sembelit Ketika Berpantang

Sembelit ketika waktu berpantang adalah perkara yang sangat trauma. Wanita yang baru melahirkan anak sudah diuji dengan kesakitan semasa proses kelahiran, jika terkena sembelit ibarat sekali lagi diuji untuk melahirkan “hampas”. Hanya yang pernah mengalaminya tahu penderitaan ini. jika tidak mahu menanggung siksa eloklah segera baca cara mengatasinya.

constipation

sembelit

Tambahan bagi wanita yang masih risau akan luka jahitan episiotomi yang belum sembuh dan sesetengah wanita terkena buasir selepas melahirkan bayi. Alhamdulillah saya tidak pernah merasa sakitnya sembelit. Apa yang saya lalukan untuk elak sembelit ketika berpantang? sebelum sembelit menyiksa buat kali kedua boleh ikut tips mengatasi sembelit.

5 Cara Mudah untuk mengatasi Sembelit ketika berpantang

1. Minum air secukupnya

Secukupnya itu terlalu subjektif, berapa gelen harus diminum? secara umumnya selalu orang cakap dah minum air banyak, padahal masih tidak mencukupi. Dimana setiap 25kg berat memerlukan 1 liter air, jumlah air yang perlu oleh seseorang adalah tidak sama.

Mitos: minum air banyak ketika dalam pantang akan membuatkan rahim kembang. (Mungkin akan kembang jika dimium 3liter sekali minum, mampu ke?)

Fakta:

  • Hidrasi badan yang sempurna. Diri akan berasa lebih segar.
  • Membantu dalam penyusuan ibu yang berjaya!
  • Membantu dalam proses nyahtoksin.
  • Membantu dalam usaha menurunkan berat badan. (Kita sering salah tafsir rasa “lapar”. Kerap kali “kelaparan” itu disebabkan oleh kurang “air dalam badan” dan bukan “kurang makanan”!)
  • Mengurangkan serangan sakit kepala. (Dehidrasi merupakan salah satu punca sakit kepala)

2. Ambil lebih sayuran dan buah

Sayuran dan buah dalam diet seharian adalah penting kerana merupakan sumber serat. Jangan terlalu straight untuk elak pengambilan sayuran dan buah ketika dalam pantang. Tidak dinafikan ada sayuran dan buah yang tidak elok diambil ketika dalam pantang kerana bersifat angin dan sejuk yang boleh memberi kesan kepada ibu dan bayi (jika bayi masih menyusu). Sayur yang Saya amalkan sawi dan kucai, manakala buah pula Oren sunkist.

3. Jangan Takut untuk membuang Air

Ibu yang pertama kalinya melahirkan anak sudah tentu tertanya-tanya. Tak pedih ke nak buang air kecil, nanti air kecil tak menyebabkan jangkitan ke? nak buang air besar tak koyak ke jahitan, kang terbuka jahitan kena jahit lagi sekali? persoalan biasa sebenarnya, saya sendiri akui takut nak buang air besar buat pertama kalinya. Tapi apa yang mengerikan saya ialah Sembelit, lebih baik buang ketika naj*s masih lembut, jika disimpan terlalu lama akan jadi keras dan perlu meneran.

4. Elakkan pengambilan kopi atau minuman perisa coklat

kopi dan hot coklat sesetengah ibu menjadi “milk booster” tetapi jika masih diawal berpantang sebolehnya elakkan, kerana boleh menyebabkan masalah sembelit bertambah rumit. Najis akan bertambah keras jika minum kopi dan minuman perisa coklat.

5. Minum susu dan pengambilan vitamin

Susu yang tinggi kandungan kalsium adalah sangat penting dari sejak hamil lagi. Selain itu saya mengambil 4biji ostematrix sebelum tidur sebagai pelengkap sumber kalsium magnesium. bangun pagi badan terasa ringan. Sebelum sarapan ambil 2biji zinc komplex untuk bantu luka sembuh cepat. Selepas sarapan pagi saya ambil 1 biji vitalea, 1 biji B complex dan 1 biji vita c (semua produk shaklee). Alhamdulillah luka Saya cepat sembuh badan sihat bertenaga. Sembelit?? tidak pernah kena semasa berpantang.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit

Jom Tengok Video Ibu Muda Ni. Katanya Dah Serik Nak Beranak Lagi. Apa Yang Membuatkan Dia Berubah Dan Beranak Lagi.

setelah selesai menonton video ini anda teruja dan saya pun teruja sangat, kerana bukan saya seorang yang menikmati seronoknya berpantang sambil melayan karenah bayi yang baru menjengah dunia.

article menarik:

Apa yang boleh saya kongsi sepanjang mengamalkan set shaklee ini adalah:

  • saya berasa amat segar dan aktif,
  • luka jahitan sembuh dalam masa seminggu,
  • Muka segar, tidak pucat. Diakui oleh jiran yang datang melawat
  • Dapat menguruskan anak sulong (1tahun 6bulan)
  • Mudah di amalkan
  • Susu Badan Melimpah (Alhamdulillah) anak cepat kenyang/puas menyusu
  • BERAT badan cepat turun
  • Pembuangan najis yang lancar! tidak sembelit
  • kulit Ibu dan anak cantik
  • Boleh di amalkan dari hari pertama sejurus melahirkan anak.

Tentu anda mahukan set bersalin yang betul-betul jimat dan berbaloi supaya tidak membazir dan selamat untuk ibu dan anak,Jadi tunggu apa lagi. Hanya perlukan satu tindakkan. Cepat klik dan order pilih ikut budget!

klik-disini

ATAU

HARGA ISTIMEWA JIMAT 15 – 20% DAN MENDAPAT
KEISTIMEWAAN KEAHLIAN SEUMUR HIDUP. DAFTAR AHLI UNTUK MAKAN SENDIRI
PENJIMATAN INI MEMBERI LEBIH NILAI KEPADA WANG ANDA!
daftar-sekarang1
untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya sedia membantu.
Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.
Pengedar Shaklee No.1 Pulau Pinang
penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas.
pos keseluruh Malaysia

7 comments for “Cara Mengatasi Sembelit Ketika Berpantang

  1. February 24, 2015 at 12:27 AM

    sembelit mcm x boleh elak je lepas bersalin…huhu..trauma btul..tips menarik,,
    Maz Jamal recently posted…Kenali Punca Kolestrol Tinggi Dalam BadanMy Profile

  2. March 8, 2015 at 6:32 PM

    Memang sembelit time lepas beranak ni sangat ngeri la..pernah sekali terjadi..rasa serik nak beranak lagi..tapi bila dah start dengan shaklee masa hamil alhamdulillah lepas.bersalin tak de dah sembelit 😛
    Noriza Rahman recently posted…Perubahan Kulit Semasa MengandungMy Profile

    • March 11, 2015 at 2:22 AM

      Alhamdulillah Dear… Berpantang ni proses pemulihan dan penyesuaian bayu di dunia baru…ibu kena kuat…harap masalah sembelit tak terjadi dah kurang 1 beban kn..
      fuzy idris recently posted…Petua Untuk Hamil Anak LelakiMy Profile

  3. March 11, 2015 at 2:17 AM

    Nice sharing, fuzy..haah..memang kesian melihat ibu sedang berpantang yang mengalami sembelit. moga dengan tips yang fuzy berikan dapat membantu mereka mengatasi sembelit
    Azura Bt. Zainalabidin recently posted…Atasi Masalah Tekanan Darah Tinggi Sebelum Ia Mengancam AndaMy Profile

  4. March 15, 2015 at 9:43 PM

    Alhamdulillah, ramai orang yang tak takut dah nak bersalin lagi kerana jumpa shaklee. Ostematrix memang sgt bagus untuk golongan ini. Customer saya juga ramai yang tak boleh tinggal Ostematrix kerana ia bagus untuk elak sembelit. Anyway, nice tips.
    Ida Ifaz recently posted…[Video] 7 Tips Legakan Sakit Belakang Untuk Ibu MenyusuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge