Cara Mengatasi Masalah Haid Tak Teratur Di Kalangan Remaja

Teringat pertama kali kedatangan haid, tiba-tiba jadi murung dan takut. Mungkin waktu itu kurang pendedahan dan pembacaan mengenai hal ehwal wanita. Jika diawal kedatangan haid tidak teratur mungkin normal, tetapi jika berlarutan sehingga mencecah umur 18 sehingga 20 tahun masih lagi tidak teratur dinasihatkan cepat bertindak!

cara mengatasi haid tak teratur remaja

Bagi sesetengah remaja perempuan kedatangan haid yang tidak teratur dianggap biasa. Masalah ini tidak diberi tahu ibubapa atau sesiapa sahaja. Jadi perkara biasa ini menjadi luar biasa sehingga ke alam perkahwinan. Remaja yang mengalami masalah ini di khuatiri mempunyai masalah kesuburan. Jadi Cepat bertindak sebelum terlewat – Cara Mengatasi Masalah Haid Tak Teratur Di Kalangan Remaja.

Punca Haid Tidak Teratur

Haid tidak teratur pada remaja adalah proses yang normal. Banyak doktor berpendapat, bervariasinya kitaran haid pada remaja dipengaruhi oleh tahap pembiakan hormon kewanitaan dari kitaran satu ke kitaran lain. Tetapi jika berlanjutan perlu melakukan pemeriksaan bagi mengetahui adakah ianya masih normal.

  • Pengaruh kelenjar pituitari

Sistem reproduktif manusia yang meliputi kelenjar pituitari, ovari dan uterus. Bagi wanita mereka hanya akan mempunyai kitaran haid yang normal sekiranya kelenjar pituitari dapat berfungsi secara normal.

kelenjar pituitari, ovari dan uterus

Untuk kelenjar berfungsi dengan baik ia perlu matang. Kematangan kelenjar pituitari adalah tidak sama bagi semua remaja ketika akil baligh. Ada yang cepat dan pula ada yang lambat bergantung terutama kepada berat dan ketinggian optimum.

Pitiutari yang matang menghasilkan hormon dalam bentuk pulsa setiap minit untuk merangsang folikel-folikel dalam ovari. Tanpa folikel-folikel yang hidup, dinding rahim tidak dapat tumbuh dan haid tidak datang.

  • Kegemukkan (obesity)

Merupakan punca penting yang menyebabkan pusingan haid menjadi terlambat atau jaraknya yang berpanjangan. Keadaan ini sering dikaitkan dengan ketidaksuburan. Ada di kalangan mereka yang tumbuh rambut pada kaki atau misai. Apabila dilakukan vaginal ultrasound kedua ovari mereka didapati bengkak dan tidak menetas ke dalam rahim(Polycystic ovary).

  • Kurang aktif

Remaja yang tidak aktif dalam aktiviti bersukan juga adalah golongan yang mengalami masalah ini. Jadi lakukan senaman ringkas menjadi rutin setiap hari seperti berjalan atau berjogging ditaman.

  • Amenorrhoea

Jika remaja perempuan tidak mengalami kedatangan pendarahan haid melebihi 3 bulan, dikhuatiri mempunyai masalah perubatan dan perlulah bertanyakan doktor. Keadaan ini dinamakan amenorrhoea. Di bimbangi ianya adalah tanda awal kegagalan fungsi ovari yang mana akan menjadi masalah kesuburan yng serius apabila meningkat dewasa kelak.

Amenorrhoea bermaksud berhenti kitaran haid selama lebih dari 3-4 bulan. Amenorrhoea terbahagi kepada dua jenis iaitu primary amenorrhoea dan secondary amenorrhoea.

  • Primary amenorrhoea

-tidak mencapai haid setelah umur 14 thn dan tiada ciri-ciri wanita dewasa atau
-tidak mencapai haid setelah umur 16 thn dan ada ciri-ciri wanita dewasa

ciri-ciri wanita dewasa di sini bermaksud perkembangan seksual fizikal.

  1. Ketiadaan rahim atau faraj sejak lahir,
  2. Masalah pada gene seperti Turner’s syndrome,
  3. Ketiadaan lubang faraj untuk haid keluar,
  4. Ketidakseimbangan hormon,
  5. Masalah psikiatri atau stress yang melampau,
  6. Masalah pemakanan atau tidak cukup zat makanan, terlalu kurus atau terlalu gemuk,
  7. Penurunan berat badan secara mendadak seperti dalam kes anorexia atau bulimia.
  8. Aktiviti fizikal yg keterlaluan.
  9. Ketumbuhan di bahagian otak seperti di pituitari (satu bahagian yang terdapat di dalam otak manusia)
  • secondary amenorrhoea

Sering berlaku dan membawa maksud ketiadaan haid yg berterusan selama lebih kurang 3-4 bulan bagi mereka yang pernah datang haid secara normal.

banyak faktor yang menyumbang, antaranya ialah stress,tekanan perasaan atau depression, ketidakseimbangan hormon, menopaus pra-matang (menopaus sblm masanya), polycystic ovarian syndrome (PCOS), ketumbuhan pada ovari atau telur, ketumbuhan pada otak manusia, masalah thyroid dan juga pengambilan ubat seperti ubat utk merawat depression. punca utama di kalangan remaja perempuan ialah seperti aneroxia atau bulimia, dan mereka yg melakukan aktiviti fizikal yang berlebihan seperti atlet.

Jadi jika perkara ini berlaku dikalangan remaja, jangan ambil mudah bertindak segera untuk berjumpa dengan doktor.

Cara Mengatasi Haid Tidak Teratur akibat gangguan hormone.

Jika pemeriksaan telah dilakukan anak remaja anda tidak mengalami seberang masalah berkaitan sistem peranakkan, pastikan gaya hidup sihat!

Amalkan gaya hidup Sihat

Ubah rutin harian dari segi pemakanan,senaman dan persekitaran hidup yang aman damai sangat mempengaruhi keadaan hormon remaja.

Turunkan Berat Badan

Seperti yang diketahui berat badan berlebihan mempengaruhi sistem tubuh untuk fungsi dengan baik. Mulakan dari sekarang untuk turunkan berat badan.

Pengambilan Suplemen

Selain itu pengambilan suplemen juga sangat penting untuk memastikan keperluan nutrisi harian adalah lengkap. Suplemen yang dicadangkan untuk memulihkan kitaran haid menjadi teratur adalah Gla Complex dan B complex.

GLA Complex sangat bagus untuk menyeimbangkan semula hormon wanita. GLA juga membantu mengecutkan cyst pada ovari.

B Complex merangsang penghasilan hormon serotonin, iaitu sejenis hormon yang membantu kita untuk berasa tenang dan gembira, sekaligus menghalang penghasilan hormon cortisol.

Kesihatan hari ini menjamin masa hadapan, jadi menjadi satu ikhtiar untuk menjalani hidup sihat.

Jadi tunggu apa lagi! Hanya selangkah lagi untuk mendapatkan vitamin yang anda perlukan segera, klik untuk membuat pesanan. Produk akan sampai dihadapan rumah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge