Cara Mengatasi Gusi Berdarah Ketika Mengandung Elak Risiko Kematian

Setiap kali mengandung gusi berdarah dianggap perkara biasa. Sebenarnya jika dibiarkan tanpa membuat apa-apa masalah gusi berdarah akan menjadi lebih kronik.

Perubahan Hormon ketika mengandung akan menyebabkan gusi menjadi lembut dan sangat sensitif sehingga setiap kali memberus gigi gusi akan mengalami pendarahan. 5 daripada 10 orang wanita hamil mengalami masalah gusi berdarah.

Tidak hanya gusi berdarah atau gingivitis, sekitar 5 hingga 10% ibu hamil juga akan mengalami pembengkakan gusi (epulis gravidarum) atau juga dikenal dengan istilah pregnancy tumor. Gangguan ini merupakan pembengkakan pada gusi yang terjadi pada gusi diantara dua gigi, terutama gigi bahagian depan.

Punca penyakit gusi semasa mengandung

1. Mulut ibu mengandung lebih berasid, disamping air liur yang kering, menyebabkan bakteria mudah membiak.

2. Ada juga ibu yang loya dengan ubat gigi sehingga penjagaan gigi tidak dapat dilakukan dengan baik. Alternatif lain boleh membeli ubat gigi khas untuk ibu mengandung. Jangan membero alsan sehingga tidak memberus gigi sepanjang kehamilan. berikut contoh ubat gigi ibu mengandung:

3. Bagi ibu mengandung yang mengalami alahan, loya atau morning sickness, jus gastrik yang dibuang bersama muntah boleh menyebabkan permukaan gigi terhakis.

4. Ibu mengidam makanan yang manis-manis juga boleh menjejaskan kesihatan gigi dan mulut.

5. Gusi yang membengkak dan tisu pemegang gigi dan ligamen yang longgar ketika hamil turut menyumbang kepada masalah ini.

Risiko penyakit gusi semasa mengandung

Masalah yang dianggap remeh ini sebenarnya akan memberi kesan yang mengejutkan, hanya punca dari gusi bermasalah akan memberi effect kepada ibu dan bayi. Berikut adalah 2 risiko yang terdedah kepada ibu mengandung yang mengalami masalah gusi.

1. Bayi lahir pra-matang dan bayi kurang berat badan

Kajian menunjukkan bahawa ibu yang mempunyai masalah gusi lebih terdedah kepada kelahiran pra-matang dan bayi kurang berat badan. Ini mungkin disebabkan oleh bakteria yang masuk ke dalam aliran darah melalui gusi mengeluarkan bahan kimia prostaglandin yang menyebabkan pengecutan rahim dan kelahiran bayi lebih awal daripada waktunya.

2. Masalah jantung

Apabila bakteria memasuki aliran darah melalui gusi, bakteria tersebut dikatakan boleh menjangkiti injap jantung dan boleh menyebabkan kerosakan injap. Penyakit jantung rheumatik dikatakan berpunca daripada masalah jangkitan pada gusi.

Jangan pandang remeh kepada masalah gusi anda, jika sering berdarah jangan dibiarkan.

Rawatan dan pencegahan

  1. Wanita mengandung dinasihatkan untuk berjumpa doktor gigi pada trimester pertama kandungan untuk memeriksa status kesihatan mulut. Di Malaysia, pemeriksaan gigi dikalangan ibu mengandung adalah diwajibkan untuk mengelakkan masalah timbul ketika mereka mengandung.
  2. Wanita mengandung juga seharusnya mengamalkan cara penjagaan kesihatan mulut yang betul dan berkesan.
    -memberus gigi dengan berkesan sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali setiap hari,
    -memflos gigi,
    -berkumur dengan ubat kumur untuk meneutralkan mulut yang berasid.
    -selepas muntah akibat dari morning sickness dinasihatkan anda berkumur
  3. Rawatan untuk membuang plak gigi dan membuang karang di permukaan akar di bawah gusi boleh dilakukan pada trimester kedua (kandungan antara 4-6 bulan). Pada trimester pertama dan ketiga, dinasihatkan tidak melakukan apa-apa rawatan, kecuali rawatan kecemasan, contohnya apabila gigi sakit atau bernanah.

Ambil suplemen untuk mengurangkan masalah gusi berdarah

  1. Vitamin C – Membantu tubuh melakukan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas tulang, gigi, dan tulang rawan, dan ia juga membantu menyembuhkan luka. Vitamin C membantu lapisan gusi (epitelium) kekal sihat walaupun bakteria mendiami mulut. Gusi yang sihat akan elakkan bakteria daripada akar gigi walaupun kedudukan bakteria dekat dengan gusi. Apabila bakteria mula menembusi gusi, melalui luka-luka kecil atau lapisan yg lemah, sistem imun akan melawan untuk membasmi bakteria berbahaya. Jadi Vitamin C menghalang penghasilan plak dan tartar.
  2. Ostematrix – Ostematrix adalah pil kalsium magnesium dengan Vitamin D. Kalsium diperlukan untuk memulihkan apa-apa kekurangan yang boleh menyebabkan penyakit periodontal. Penyakit dan gangguan gusi periodontal adalah salah satu bentuk osteoporosis mulut. Kalsium tambahan boleh menguatkan tulang yang mencengkam gigi, membantu mencegah kehilangan gigi.

 

Masalah gusi berdarah ketika mengandung boleh mengancam nyawa ibu dan anak. saya memehami perasaan Ibu mengandung, sanggup melakukan apa sahaja demi anak dalam kandungan. Jadi hanya selangkah untuk mendapatkan suplemen yang dicadangkan.

Hubungi saya seperti yang tertera:

pengedar Shaklee Pulau Pinang

 

1 comment for “Cara Mengatasi Gusi Berdarah Ketika Mengandung Elak Risiko Kematian

  1. Wan
    November 20, 2017 at 7:29 PM

    Kena amik kalsium untuk elak gusi berdarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge