Pasangan pengantin baru atau sudah lama berkahwin yang ingin menimang cahaya mata Wajib tahu Cara Menentukan Waktu Subur Isteri Agar Cepat hamil. Pasti ada ganjaran bagi pasangan yang berusaha.

Cara Menentukan Waktu Subur Isteri Agar Cepat hamil
Mengetahui waktu subur isteri memberi peratusan hamil adalah lebih tinggi, dimana jika ovulasi yang berlaku dapat dikesan dan persenyawaan benih suami dan isteri lebih tinggi dapat dilakukan.
4 Cara Mudah Mengetahui Waktu Subur Isteri
Pasangan yang sedang berusaha untuk hamil, disarankan tidak terlalu tertekan. Cuba mengetahui waktu Subur Isteri dengan 4 cara Mudah.
Bagaimana mengira waktu subur Lazimnya kitaran haid adalah 28 hari sehingga 35hari. Jika anda sudah mengenal pasti kitaran haid anda adalah lebih mudah ya! kerana kitaran haid seseorang adalah berbeza. Jika isteri mempunyai masalah haid tidak teratur mungkin kaedah ini menjadi sukar.
Contoh untuk kitaran haid normal 28hari, maka hari subur (28/2 = 14) hari ke 14 selepas hari pertama haid adalah paling subur, namun begitu jangka hayat sperma boleh hidup dalam rahim wanita adalah antara 48jam – 72jam (2 – 3 hari). Manakala Ovum hanya hidup 12 – 24jam sahaja, proses persenyawaan perlu tepat pada hari ovulasi.
Waktu tepat proses ovulasi (ovum dilepaskan) tidak pasti sama ada hari ke 14, 15 dan seterusnya, Sperma boleh hidup lama didalam rahim yang sihat, jadi sperma boleh “standby” menanti hari ovulasi.

Lebih mudah mengira menggunakan aplikasi seperti diatas, terdapat juga didalam aplikasi telefon pintar
Body Basal temperature (BBT) atau bahasa melayu Suhu Badan asas dapat mengesan hari subur. Kaedah BBT ini memerlukan ketepatan masa (waktu yang sama) dalam mengambil suhu badan setiap hari. Suhu badan yang diambil perlu di plotkan pada graft. Kunci jam setiap hari bangun ambil suhu dan bolehlah solat sunat tahjud dan hajat, Sila rajinkan diri!
Kaedah ini memerlukan thermometer yang lebih tepat iaitu mempunyai dua titik perpuluhan, tidak sama dengan termometer biasa.

Cara ambil suhu BBT, adalah bermula dari hari pertama haid, ambil pada waktu yang sama setiap hari, iaitu pada waktu bangun dari tidur. Jika setiap hari bangun pukul 5.30 pagi maka buat la pada waktu itu setiap hari walaupun hari cuti. Sediakan pen dan graft untuk plot bacaan setiap hari. Lakukan sebelum membuat aktiviti harian berkumur/gosok gigi/makan/minum.

Kitaran ovulasi wanita mempengaruhi suhu badan, jadi kaedah BBT ini juga dapat membantu menentukan waktu subur. Fasa suhu badan terbahagi kedapa dua iaitu fasa folikel dan fasa luteal.
Rujuk graft diatas, yang ada garisan merah bersilang tu, bermaksud kemungkinan anda tengah berovulasi.Waktu paling subur adalah apabila suhu tengah menurun dan waktu telur telah dirembeskan adalah ketika suhu mencanak naik dengan tingginya selama 3hari berturut-turut ataupun apabila suhu melebihi garisan coverline. DPO maksudnya (day past ovulation) hari selepas berovulasi. Dan kalau anda hamil, suhu DPO anda akan maintain tinggi walaupun waktu hari yang sepatutnya dijangka akan haid. Tetapi kalau suhu anda berkurang atau menurun, kemungkinan anda tidak hamil.
Kaedah BBT ini perlu dijalankan sekurang-kurangnya 3bulan berturut-turut untuk memastikan trend suhu badan supaya mudah untuk anda anggar bilakah waktu tepat ovulasi berlaku.
kaedah yang ketiga adalah dengan membuat ujian mengesan kesuburan seperti Urine Prengnant Test (UPT) dipangggil Ovulation Predictor Kits (OPK).

contoh Keputusan OPK
Cara guna OPK sama sahaja seperti UPT, tetapi waktu pengambilan bacaan sedikit berbeza.
Bila nak lakukan ujian
- Waktu terbaik jam 11 pagi – 2 petang, mesti mematuhi syarat di bawah:
- Kurangkan pengambilan air 2-3 jam sebelum test
- Digalakkan lakukan test pada waktu yang sama setiap hari
- Double line yang terang adalah tanda hari subur. boleh berusaha ya!
Perubahan pada mukus serviks – Mukus serviks ialah lendir seperti putih telur yang hadir sebelum hari ovulasi
Perubahan pada mukus serviks dapat memberitahu bilakah anda sedang subur. Selepas haid anda habis, mukus serviks akan bertambah secara beransur-ansur dan berubah dari segi teksturnya.

lendir putih telur tanda subur
Perubahan ini menandakan peningkatan tahap hormon estrogen dalam badan anda. Ia juga menunjukkan bahawa anda sudah hampir ovulasi.
Anda paling subur apabila mukus serviks berwarna bening, licin dan anjal. Ia kelihatan seperti putih telur yang mentah. Mukus yang subur ini membantu mempercepatkan perjalanan sperma masuk ke dalam uterus. Ia membekalkan zat dan melindungi sperma apabila bergerak menuju tiub falopio untuk bertemu dengan telur anda.
Usaha dan Doa perlu seiring. lazimnya wanita yang saya jumpa memberitahu tidak pernah hadir lendir putih telur dan tidak pernah lihat. Pentingnya lendir putih telur (mukus serviks) dalam menjayakan misi untuk kehamilan. Dimana Mukus itu adalah tanda ovulasi dan rahim dalam keadaan yang sihat, lendir itu juga membantu sperma hidup lebih lama dalam rahim menanti ovum yang bakal dibebaskan.
Bagaimana Untuk menghasilkan lendir Mukus Servik?
GLA Complex adalah makanan tambahan untuk meningkatkan produksi lendir serviks (cervical mucus) yang berkualiti, lendir Mukus servik yang berperanan untuk kesuburan kerana dapat memudahkan pergerakan sperma di dalam rahim.
GLA Complex juga meningkatkan kepekaan seksual wanita dan memperkuat lapisan rahim untuk implantasi sel telur ke dinding rahim yang berjaya. Gamma-Linolenic Acid (GLA) membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”.
Cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam tiub fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Gla Complex shaklee
Artikel Menarik:
Jika masih ragu-ragu ingin mencuba keempat-empat kaedah diatas, boleh hubungi saya. Untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya, Jangan Malu ye, Saya sedia membantu, nak sangat bantu semua.
Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734

ATAU
Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya sedia membantu.