Cara Hilangkan Pedih Ulu Hati Semasa Mengandung

Pedih ulu hati semasa mengandung memang perit, pernah alami masa mengandung Dea Aleesya. Masa tu dah la “morning sickness” teruk tambah dengan pedih hulu hati. Sekali kena rasa naik ke hidung punya pedih lepas tu muntah. Tempoh pertama kali nak jadi ibu begitu mencabar!

pedih ulu hati semasa hamil

Tak pernah cari penyelesaian masalah sebelum tu, layan je loya dan pedih, ingatkan perkara biasa untuk ibu mengandung. Tapi bila mengandung Adwa tak pula rasa, baru lah ibu perasan rupanya masa dulu tak makan dengan betul. Pengalaman kedua lebih matang dan Memang sangat berbeza!

Bagaimana Pedih Ulu Hati Terjadi

pedih ulu hati ketika mengandung

Di hujung saluran makanan terdapat satu otot yang memisahkan antara salur makanan dengan perut yang dipanggil Lower Esophageal Sphincter (LES). Semasa mengandung, terdapat peningkatan hormon progesteron dan estrogen yang akan menyebabkan LES menjadi kendur, ini mengakibatkan makanan bersama asid dari perut akan naik sedikit ke saluran makanan. Seterusnya membuatkan merasa pedih ulu hati atau heartburn. Ia juga dipanggil acid reflux.

Cara Mengatasi Masalah Pedih Ulu Hati

  • Elakkan makanan dan minuman yang boleh membuatkannya bertambah teruk. Seperti makanan yang pedas, berlemak atau berempah, coklat, buah-buahan sitrus atau jusnya, alkohol dan kopi.
  • Elakkan minum semasa makan.
  • Minuman bersusu boleh membantu melegakan pedih ulu hati. Jika susu membuatkan simptom-simptom semakin buruk, bertukarlah kepada pil kalsium
  • Makan sedikit tetapi kerap. Ini dapat mengelakkan asid daripada terkumpul dalam perut kerana makanan akan meneutralkan asid perut.
  • Jika merokok, cubalah berhenti. Merokok melonggarkan injap di antara perut dan esofagus dan membuatkan reflaks asid lebih berkemungkinan berlaku. Lagi pula merokok memang akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.
  • Duduk atau berdiri tegak, terutamanya semasa dan sejurus selepas makan. Duduk dengan tegak dan jangan membongkok.
  • Elakkan pakaian yang ketat di sekeliling perut dan jangan baring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.
  • Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur.
  • Tidur dalam posisi separa duduk. Gunakan banyak bantal atau tinggikan kepala katil. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam pencernaan.
  • Pastikan sebarang ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah lain tidak menyebabkan pedih ulu hati menjadi lebih teruk. Ini termasuk ubat anti kemurungan dan anti keradangan tanpa steroid.

Beza Kandungan Pertama dan kedua

Semasa mengandung Dea Aleesya (anak pertama) memang kerap kena pedih ulu hati dan loya yang sangat teruk. Namun masa Adwa Muhammad tak pula kena. Ini kerana semasa mengandung Adwa saya lebih tekankan pengambilan nutrisi yang lengkap kerana pada masa yang sama saya masih menyusukan Dea Aleesya.

Apa yang saya ambil Vitamin Asas Ibu mengandung iaitu Ostematrix (pil kalsium), vita c, b Complex dan vitalea. Pil kalsium sangat penting untuk meneutralkan asid dalam perut. Masuk trimester kedua dan ketiga saya tambah pengambilan ESP dan Omega guard. Kesemua vitamin ini membantu saya lebih sihat sepanjang mengandung Adwa dan menyusukan Dea Aleesya.

Shaklee Sesuai Untuk mengurangkan Masalah Pedih ulu Hati

Vitamin Shaklee terbukti dapat menghilangkan rasa pedih ulu hati ketika mengandung. Sangat enjoy semasa mengandungkan Adwa dan dapat melayan karenah Dea Aleesya. Jadi memang tidak ragu-ragu nak sarankan suplemem shaklee kepada semua ibu hamil.

set kehamilan

Kenapa harus biarkan masalah yang dianggap kecil ini menjadi punca kompilasi yang lebih serius, tak dapat bayangkan pedih yang amat sangat dapat menganggu kehidupan seharian.
Blog kesuburan suami isteri
Bertindak bijak dengan mendapatkan nutrisi lengkap untuk kandungan zuriat dan kesihatan berpanjangan! hanya selangkah untuk mendapatkan vitamin yang bagus! Boleh dapatkan secara online:

klik-disini

ATAU

11076060_10205879940454748_1548105164_n
daftar-sekarang1

Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya sedia membantu.

1 comment for “Cara Hilangkan Pedih Ulu Hati Semasa Mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge