Cara Atasi Ketiak Berbau, Cegah Sebelum Lebih Parah!

Ketiak berbau hapak dan tengik sudah pasti membuatkan kita rasa kurang selesa untuk bergaul dengan orang ramai, tidak kira wanita atau lelaki masalah ketiak berbau ini menjadi masalah paling besar jika tidak di cegah. Artikel sebelum ini mengenai Masalah bau badan punca lambat dapat JODOH, masalah remeh tapi kesannya besar bukan.

Jadi jengan biarkan lebih parah Baca Cara Atasi Ketiak Berbau, Cegah Sebelum Lebih Parah! untuk menjadi anda kesayangan ramai.

Man looking at sweat under his arms

ketiak basah dan berbau busuk punca orang sekeliling menjauhkan diri

Punca Ketiak Berbau

Badan kita semua menghasilkan bau tersendiri, untung la jika pasangan saling suka bau badan masing-masing. Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kelenjar Apocrine. Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses perpeluhan di mana ia bersambung terus hingga ke permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

Ada 3 Punca Ketiak menghasilkan ketiak yang berbau kurang enak, seperti berikut

1. Corak permakanan

Jika diperhatikan dari corak permakanan, Badan seseorang yang baunya lebih kuat adalah dari golongan yang banyak mengambil rempah ratus dan minuman berkafien. Makanan berempah yang mengandungi bawang merah dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita. Elakkan makanan tinggi choline seperti bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang.

2. Badan banyak Toksin

Bahan buangan iaitu yang tidak diperlukan tubuh akan disingkirkan melalui najis dan toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik. Jika mempunyai masalah sembelit Toksin yang disingkirkan melalui peluh akan menjadi lebih parah (bau lebih kuat der!).

Makanan yang mengandungi banyak Choline (daging, telur, ikan dan kekacang) yang tidak mudah melalui proses metabolisme akan mempengaruhi bau badan yang busuk.

3. Genetik dan kesihatan

Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif. Bagi yang tidak ada masalah bau badan sebelum ini dan tiba-tiba menghadapi masalah ini mungkin berpunca daripada masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Buat pemeriksaan lanjut ya!

Cara Mudah Atasi Ketiak berbau

1. Kerap mandi bersih-bersih, guna sabun antibacteria yang sudah banyak berada dipasaran!

2. Guna Limau nipis, belah dua dan sental dikawasan yang berbau seperti ketiak

4. Pilih pakaian daripada fabrik kapas

5. Guna Deodorant, boleh kurangkan tapi tak jamin 100% ya.

6. Jaga permakanan anda kurangkan pengambilan makanan seperti kafien, rempah ratus, bawang, telur dan kekacang.

7. Tebaslah “hutan” – cukur bulu halus yang ada di bahgian ketiak dan bahagian sulit.

8. Jumpa Doktor jika masalah ini terlalu serius mungkin perlu melalukan pembedahan kelenjar.

Suplemen Bantu Atasi Masalah Ketiak Berbau Akibat Peluh

Shaklee vitamin semulajadi dan halal dapat membantu anda mengatasi masalah bau badan dari dalam, Semua petua rata-rata adalah penjagaan dari luaran sahaja.

alfalfa dab herb lax atasi bau badan

1. Herb-Lax

Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.

2. Alfalfa

Alfalfa dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau bada

Biar Muka tak sekacak Zul Arifin, Tapi masih ramai yang suka mendekati. Ingat tau Rupa paras tak menjamin buat orang selesa dengan kita. Tapi! bau badan memang memainkan peranan penting.

Kesimpulannya,seperti yang telah dinyatakan awal-awal tadi. Masalah ketiak berbau ini adalah perkara yang serius dan perlu diatasi dari sekarang sebelum terlewat. Saya pasti tiada antara kita yang suka dipermain atau diperli oleh rakan-rakan kerana bau tubuh yang kurang menyenangkan atau berdoalah agar cepat jumpa jodoh tidak ditinggalkan oleh kekasih hati hanya kerana kita memandang remeh masalah ini!

Sekarang lebih mudah,Boleh dapatkan secara online: Jadi tunggu apa lagi hanya perlu klik dan order segera!

klik-disini

ATAU

11076060_10205879940454748_1548105164_n
klik untuk terus ke borang pendaftaran ahli
daftar-sekarang1

Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya sedia membantu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge