Berbaloikah Memilih Karier Sebagai Work At Home Mom (WAHM)

Menjadi surirumah sepenuh masa adalah bukan cita-cita saya. Ya tidak terlintas langsung sebab saya bertukus lumus belajar dalam bidang kejuruteraan Mekanikal dari Diploma sehingga la mendapat ijazah sarjana Muda.

Setelah tamat belajar sudah tentu mahu kerja sebagai “Engineer”, Wah! gah rasanya dengan pangkat itu.

work at home mom (Wahm)

Persoalan Berbaloikah Memilih Karier Sebagai Work At Home Mom (WAHM) atau surirumah? Saya pernah jadi surirumah lebih kurang hampir dua tahun Stay At Home Mom (SAHM). sebenarnya bergantung kepada individual, Jika jawapan saya Alhamdulillah YES! Rasa bersyukur sangat memilih Untuk kerja dari rumah, walaupun hakikatnya seperti gambar diatas. Kita merancang Allah adalah sebaik-baik perancang segalanya.

Bersyukur Di beri Peluang Menjadi WAHM

Setiap Pagi sedang saya sibuk di dapur, dengar tangisan bayi lalu lalang depan rumah. Bergilir-gilir ada yang bawa hantar ke pengasuh rumah atas dan sebelah, ada yang berdukung pergi ke parkir kereta untuk di hantar ke taska.

Oh! begitu rupanya rutin harian ibu bekerja, pagi-pagi “berkuah ketiak” uruskan anak-anak sebelum bergegas pergi ke pejabat masing-masing.

Saban hari, Muncul News feed di wall facebook, kawan-kawan update status, “rindu anak, nak cepat-cepat pulang, anak demam terpaksa tinggal dengan “baby sitter”. Terpaksa cuti sebab anak sering sakit.

Rezeki masing-masing, semuanya perlukan pengorbanan untuk cabaran hidup masa sekarang. Ramai yang terikat dengan komitmen bulanan dengan bil-bil kehidupan kereta, rumah, bil internet, bil telefon, bil api-air, astro dan sebagainya.

Bagaimana Terjebak Dengan WAHM?

Terjebak menjadi WAHM setelah sekian lama menjadi surirumah dan rasa ingin mencari pendapatan sendiri tetapi hanya dari rumah.

Oh ya, Push factor saya untuk teruskan sebagai surirumah adalah anak-anak, Anak sulung yang ketika itu elergic susu formula dan tak hisap botol walaupun tinggalkan seharian. Pada masa Mengandung anak kedua. Push factor sangat kuatkan? Inilah yang di katakan Aturan Allah sangat Hebat.

Memandangkan saya sangat suka dengan dunia blogging (personal blog) blog picisan cerita tentang diri sendiri sejak study sehingga anak satu.

Jadi dalam fikiran baik buat Business secara online. Saya pernah jadi agen dropship jual barangan kanak-kanak akhirnya give up masalah dengan pembekal.

Ketika masih buntu mencari ruang dan peluang untuk membina perniagaan saya ternampak dari rakan saya peluang business yang tak perlukan modal yang besar, hanya daftar sebagai ahli Shaklee RM75 ketika itu. Sekali lagi rancangan Allah Hebat Syukur, ketika mana saya rasa give up menjadi surirumah Allah tunjukkan jalan menjadi WAHM dengan hadirnya blog www.suplemensihat2u.blogspot.my

Cabaran WAHM?

Dalam kehidup mesti semuanya ada cabarankan, waima nak makan nasi sekali pun kena suap, kena basuh pinggan, betul tak? Tidak ada cabaran yang mudah dalam hidup ini.

Menjadi WAHM banyak perkara kena korbankan, antaranya:

  • Me-time

Hanya fokus kepada anak-anak dan menjawab pertanyaan pelanggan melalui facebook dan whatsapp, Me-time (sendirian) keluar window shopping, melakukan Hobi dan segalanya tentang kesukaan diri kena tolak tepi. Semuanya bertukar menjadi We-Time.

  • Rumah tersusun rapi

Korban juga yang ni pun, pesanan kepada kawan-kawan dan sedara mara yang nak mai rumah tu telefon sejam awal tau, kalau tak terkejut sebaik melangkah masuk dalam rumah. Melayan karenah anak-anak yang nak itu ini, main itu ini. Buat masa sekarang tiada hiasa bunga-bungaan atau bahan antik, yang ada lukisan anak-anak didinding.

  • Menonton Drama bersiri

Jangan katakan drama bersiri, berita pun tak tengok. Tv hanya untuk anak-anak tengok racangan mereka. Kalau tengok mesti seperti ketagih candu walaupun cerita melayu ni dah boleh agak apa nak jadi.

Banyak lagi yang kena korbankan, tak senarai pula, sebab selama ni tak ambil kisah dengan apa yang terkorban agaknya. kalau orang tanya baru dapat jawab.

Seronok ke jadi WAHM?

Dengan rendah hati saya memberi jawapan seronok dengan Perancangan Allah ini. Anak sulung minggu depan mencapai usia 3 tahun, yang kedua setahun 5 bulan, kedua-duanya pantang tak nampak ibu mesti cari. Nikmat Allah bagi saya membesarkan anak-anak sendiri tanpa perlu upah baby sitter.

Saya sangat respect kepada ibu bekerja, selain komitmen di tempat kerja mereka juga adalah ibu dan isteri. Besarnya tangungjawab yang perlu dipikul. Dari situ saya sedar Allah telah mengatur rancangan terbaik.

Pada masa hadapan jika diberi peluang untuk merasa begitu mungkin saya tidak tolak, itu juga mungkin perancangan Allah.

Nak Jadi WHAM?

Jika kita sedang berkeja dan telah mempunyai seperti kotmitmen rumah, kereta dan sebagainya, sebaiknya mulakan business dari sekarang supaya sebelum berhenti pendapatan business dapat menampung segalanya.

Memandangkan saya tiada komitmen hutang melainkan PTPTN sahaja (Dalam wishlist untuk selesaikan hutang secara tunai inshaAllah) semoga dipermudahkannya.

Panjang lebar tulisan kali ni, walaupun beberapa kali ada iklan melayan anak-anak. Mungkin masih ada sambungan selepas ini, inshaAllah.

ingin jadi sebahagian dari team saya?

daftar-sekarang1

Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya sedia membantu.

1 comment for “Berbaloikah Memilih Karier Sebagai Work At Home Mom (WAHM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge