Bagaimana Urus Anak Sambil Berniaga Online Dari Rumah?

Persoalan yang ramai mak-mak hadapi situasi ini bila berniaga dari rumah dan menguruskan anak-anak. Bagaimana Urus Anak Sambil Berniaga Online Dari Rumah? mak pening nak buat itu ini, anak-anak tak faham mak nak cari duit.

WORKING-MOTHERS-

Work At Home Mom (WAHM)

Saya juga begitu, menguruskan dua orang anak kecil (si kakak: 2tahun 5bulan dan si adik: 11bulan) Perkara biasa bukan? ketika saya sedang menulis ini anak-anak kecil ada bersama saya. Baru tulis tajuk dah dengar si adik nangis, siap perenggan pertama kakak jerit “ibu…….kakak nak susu” Jika anak-anak merengek sudah tentu mengganggu fokus bukan? jadi fokus kepada anak dulu, family first sambung kemudian.

Perkongsian Menarik Dari Puan Lyna Noh, menguruskan 3 orang Hero dan berniaga bukan setakat dari rumah, bahkan dimana saja beliau berada. Sungguh Menjentik hati ini untuk terus Berniaga dan anak-anak tidak diabaikan.

Terima kasih diatas perkongsian pengurusan anak-anak dan berniaga. Yakin sangat mak-mak yang berusaha gigih untuk berniaga dari umah ini mempunyai wawasan sendiri, bukan setakat membantu meringankan beban suami, bahkan demi anak-anak.

Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online

1. Jangan Ajar Anak Dengan Gadget

Gadget untuk kita berurus niaga seperti tab, telefon pintar, laptop dan sebgainya. Betul seperti kata Puan Lyna, anak sulong saya tidak diajar dengan gadget (tidak diberi tab). Telefon bimbit saya hanya untuk saya. Anak sulong saya tidak pernah untuk minta bermain telefon saya, tetapi hanya main telefon bimbit abah itu pun sekejap ketika abah pulang dari kerja. Disiplin ini perlu diterap sejak kecil lagi. Budak sekarang celik IT la katakan.

2. Tetapkan Masa untuk berniaga dan melayan anak-anak

Saya hanya akan mula membuka laptop dan reply masej customers bila hal anak-anak sudah selesai, maksudnya makan minum mandi, perkara sampingan seperti anak membuang, anak nak susu itu biasa, tak mengaggu pun sebenarnya. Selalunya saya betul-betul fokus kerja hanya bila kedua-dua atau salah seorang tidur. Masa menyusukan si adik diguna peluang utnuk baca informasi didalam group dan reply whatsapp/sms customers.

3. Adakan Activiti anak-anak

Beli atau buat permainan untuk activiti harian mereka, betul! tidak perlu yang mahal-mahal. Si kakak memang nampak minatnya dari sejak kecil pen dan kertas, mungkin terikut dengan ibu yang selalu menulis order pelanggan. Jadi wajib ada pen, buku atau kertas untuk dia menconteng, menggalakkan motor skill, buku kertas memang dia koyak. Tetapi ada satu masa akan jemu, kena la teman dia menyanyi menari dan kadang-kadang nak buat khemah dari kusyen. Mak follow! hihi… waktu membesar penuh dengan imeginasi.

4. Bawa Anak Keluar dari Persekitaran Rumah

Ya, saya melakukannya hampir setiap hari. Keluar seketika walaupun dihadapan rumah, bawa pergi window shopping, Cash On Delivery (COD) atau pos barang pelanggan (sambil menyelam minum air) ibarat beri ganjaran kepada si kakak. Saya cabar diri untuk pergi hanya bertiga, pada mulanya memang sedikit kucar kacir. Tetapi setelah beberapa kali anak-anak sudah faham. Aktiviti kami menjadi lebih mudah dan si kakak paling seronok.

ibu dan anak-anak

inter frame sikit mak anak dua, ketika keluar jumpa pelanggan dan bawa anak-anak bersiar-siar. (pen dan kertas sentisa menjadi peneman kakak)

5. Jangan Jadikan anak-anak sebagai alasan!

Sedih saya bila ada yang nak mula berniaga, tetapi sering memberi alasan ada anak kecil. Saya cuba cabar diri sendiri untuk membuktikan anak-anak ini bukan halangan untuk tidak berniaga secara online. Saya faham isteri dan ibu banyak tanggungjawab bukan sahaja menjaga anak-anak tetapi urusan rumah juga perlu diselesaikan. Percayalah Wanita diberi kekuatan yang sangat luar biasa. Malu rasanya bila anak besar nanti sudah pandai bercakap bertanya Kenapa mak tak berjaya macam mak orang lain? Sebab kami adik beradik ke?

Kenapa Emak Yg Sibuk Jaga Anak Pun Mampu Buat Bisnes. Jawapannya didalam Video ini.

Sesungguhnya anak-anak bukanlah alasan untuk kita kaum ibu untuk berjaya. Malah anak-anak ini lah pendorong untuk kita lebih berusah dalam berjaya walapun hanya berkerja dari rumah. Diharap Article ini dapat menaikkan semangat untuk ibu-ibu yang ingin berjaya berkerja dari rumah.

Masalah modal atau tidak tahu nak mula perniagaan dari mana? Inshaa Allah saya dapat membantu, saling berkerja sama. Siapa Buat dia dapat. Fast Action Fast Result.

Untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya, Jangan Malu ye, Saya sedia membantu, nak sangat bantu semua.
 Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty
daftar-sekarang1

Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya sedia membantu.

3 comments for “Bagaimana Urus Anak Sambil Berniaga Online Dari Rumah?

  1. March 26, 2015 at 3:59 PM

    Family first….jd WAHM adlh 1 kerjaya… keep it up mommy….
    idayu irdina recently posted…Risiko Melancong Semasa Hamil dan Cara MengatasinyaMy Profile

  2. March 31, 2015 at 2:28 AM

    Best jadik wahm ni. dapat bagi anak-anak yang terbaik. Chaiyok!
    Ibu Zarith recently posted…7 Tips Elakkan Peranakan Jatuh Selepas Bersalin Supaya Suami SayangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge