Amalan ibu mengandung: Tips Anak Bijak

Sesungguhnya ciptaan Allah SAW adalah yang terbaik, begitu jugalah dengan ciptaan manusia. Seringkali kita melihat Drama atau sinitron ada anak orang miskin dan kaya, ada yang pandai dan yang kurang pandai. Tidak semestinya anak orang miskin itu bodoh (terpengaruh dengan drama melayu), tetapi itulah hakikatnya. 
Pendidikan seseorang anak bermula dari dalam kandungan lagi. Jadi untuk Mempunyai anak yang bijak adalah bermula dengan Amalan dan ajaran ibu bapa, bukanlah sedia dilahirkan bijak. 
Sebagai ibu bapa yang di beri amanah dan tanggungjawab Allah SAW perlu bertekad dan bersabar supaya dapat melahirkan khalifah didunia ini sebagai seorang cerdik pandai.
Merangsang Minda bayi dari sejak didalam kandungan
Amalan yang merangsang minda bayi dari sejak didalam kandungan ialah seperti berikut:
1. Ibadat Khusus ketika hamil: Doa ketika hamil dan surah amalam ketika hamil.
Baca surah ini setiap kali selepas solat fardhu, digalakkan bapa membaca,menghembus dan mengusap perut ibu setiap hari. Selalu berkomunikasi dengan anak didalam kandungan. 
Selain itu, Ibu rajin-rajinlah mengamalkan surah-surah dia atas supaya zat yang terkandung dalam kalam Allah iaitu kitab Alquran dapat memberi ransangan minda kepada bayi. Selain itu amalan membaca Alquran adalah yang dituntut semasa mengandung supaya menjadi doa dipermudahkan bersalin.
2. Pemakanan yang sihat
Ibu hamil perlu penuhi keperluan nutrisi dalam aspek pemakanan, ini kerana 100% bayi dalam kandungan bergantung dari pengambilan nutrisi ibu. Pasti sumber rezeki yang halal dan bersih. Elakkan pengambilan yang bahayakan bayi. Pastikan setiap makanan ibu terdiri daripada zat vitamin ayng cukup, seperti karbohidrat, zat besi, mineral, protein dan kaya dengan EPA serta DHA. Semasa hamil ada diantara ibu yang hilang selera makan, jadi dengan mengamalkan suplemen atau vitamin adalah sangat digalakkan.

3. Sentuhan Kasih sayang
Belaian kasih sayang dari ibubapa juga turut memberi ransangan minda kepada bayi didalam kandungan. Pada usaia kandungan 6 bulan keatas jadikan amalan ini sebagai rutin harian ibu bapa. Kongsi cerita gembira setiap hari dengan bayi anda. Ucapkan kata-kata ransangan seperti jadi anak yang soleh/solehah dengar cakap ibu dan abah, jadi orang yang mentaati perintah Allah, jauhi perkara yang dimurkai Allah.

4. Kawal emosi

Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.

Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.

5. Muzik Klasik

Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.

6. Latihan Matematik

Orang Yahudi memang terkenal dengan barisan intelektual. Hal ini dipercayai berpunca daripada amalan wanita hamil Yahudi yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan. Tternyata, amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, jangan hairan kebanyakan anak-anak Yahudi dilahirkan bijak. Kita bukan di suruh untuk mengikut gaya hidup orang yahudi, tetapi mencontohi perkara yang baik.

7. Pengetahuan Asas

Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar aliff-baa-taa, A-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.

Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.

Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak.

Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Llakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Demikian pandangan kaunselor terkenal, Fadzilah Kamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan.

Dapatkan vitamin untuk merangsang bayi bijak dari saya. Kepada pengguna Shaklee dan kepada mereka yang ingin mencuba produk Shaklee, gunakan tanpa was-was. Nikmati kebaikan Shaklee dan selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan ceria.


Jangan berlengah lagi. kini pilihan hanya semudah ABC, anda terus boleh membeli secara online, barang akan terus di pos ke depan pintu rumah –panduan belian online

hanya di hujung jari anda.Tempah sekarang dengan klik:

Untuk mendapatkan  HARGA ISTIMEWA


untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungin saya:

Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.

Pengedar Shaklee No.1 Pulau Pinang
penghantaran sekitar Pulau Pinang: Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas.

pos keseluruh Malaysia

3 comments for “Amalan ibu mengandung: Tips Anak Bijak

  1. October 17, 2014 at 10:18 AM

    latihan matematik tu mmg epik. terpaksa la bukak buku add math & recall balik pengamiran etc

  2. October 26, 2014 at 9:57 AM

    Master Z pun ada sini ker….

    Tapi tips2 tuan punya blog ni memang bagus. Nampak simple tapi nak konsisten tu mmg cabaran besar jugak.

    Anyway, thanks for sharing!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge