Vivix Permintaan Ramai, khasiat No. 1 dan Harga No. 2

Alhamdulillah syukur, pada mulanya hanya target seperti bulan-bulan sudah. Memang setiap bulan saya target nak jual 20 botol vivix. Tapi tak tercapai, bermula dengan 10 botol dan meningkat ke 15 botol sebulan. Alhamdulillah bulan January 2017 ada promo vivix.

FB_IMG_1486454648941

Inilah masanya nak capai target, kebetulan ada rewards dari iReach Family, mesti pulun nak dapat sekurang-kurangnya cleanser nutri white.

Jadi mula atur strategy nak dapat rewards. Whatsapp upline untuk bincang strategi dan selebihnya kena diri sendiri Usaha Extra dari biasa. contact semua customer yang ambil vivix sebelum ni. Broadcast whatsapp fisrt round, nisbah 10 orang yang telah terima seorang akan reply, yang lain diam krikk krikkk krikkk.

Sebab ada yang baru je beli bulan lepas twin pack daftar ahli, masih ada vivix dan baru nak rasa kesan vivix.

Selain broadcast whatsapp, aktif di facebook post sehari 5-6 kali tentang vivix selain post benda lain di wall facebook.

Shared article blog yang berkaitan dengan vivix. www.tipskesuburan.com memang fokus masalah suami isteri. Dua tiga hari sebelum closing blog exceed limit bandwidth.

Dalam masa 2 – 3 hari saya akan broadcast whatsapp kepada downline/customer yang makan sendiri vivix. Daripada broadcast whatsapp kali kedua dah nampak makin ramai berminat nak beli vivix, dah mula bertanya.

Bertuah rasa ada downline shaklee yang pergi walk in ke branch dan beli sendiri vivix. Walaupun ada yang tak beli vivix promo tapi tetap beli setiap bulan 1 botol.

Seriously saya takut nak beli 1 set buat stock, pada mulanya shared beli vivix dengan upline, tapi memandangkan permintaan agak memberangsangkan pejam mata dan beli 1 set 7 botol.

Walaupun pada ketika itu kami diuji dengan kereta rosak. Duit guna untuk rolling beli vivix. Sanggup biar Kereta tersadai hampir dua minggu, jadi pergerakkan kami sekeluarga hanya dengan motosikal.

Makyong dan anak-anak first time naik motosikal merentas penang bride 4 beranak (5 la sebenarnya, dalam perut sorang). Terharu bersyukur sebenarnya Allah kurniakan suami yang supportive. Bawa isteri dan anak-anak COD Vivix kepada customer yang urgent masalah buah pinggang.

Sesuatu ujian tu tak terasa terbeban bila kita selalu bersyukur, syukur nikmat yang sedikit Allah gandakan rezeki dari sudut lain.

Dalam hampir dua minggu kereta rosak, lega hati bila dah tercapai target 3 bulan sudah nak jual 20 botol vivix, Alhamdulillah. Sekaligus dah layak dapat cleanser nutriwhite.

Dapat cleanser pun dah seronok sangat, tapi masih awal nak rasa puas hati. Jadi target naik lagi untuk dapat basic set nutriwhite. Teruskan usaha shared article dan galakan downline untuk sama-sama study mengenai vivix.

Setiap customer/downline yang whatsapp saya akan beritahu mengenai vivix, dan sudah tentu suggest vivix. Dari yang nak beli set lain terus beli vivix 2 – 3 botol seorang.

Tak sangka jumlah untuk claim set basic nutriwhite juga telah tercapai, terharu dah jual 2 kali ganda target vivix.

masih ada seminggu sebelum closing, cuti CNY Allah hantar customer yang tak di duga, stock vivix yang di buat licin.. rezeki tak disangka-sangka ramai juga customer yang cari ready stock vivix semasa cuti.

Vivix memang sudah menjadi buah mulut orang #tsunamivivix kebanyakkan yang cari vivix tak tahu pun january bulan promo vivix. Nak dapat vivix semuanya sakit kronik.

Jadi momentum vivix ni boleh di teruskan Walaupun bukan dibulan promo vivix

Pada hari closing lagi lah berdebar-debar dalam hujan lebat pergi shaklee aircond kereta rosak, (kerap pula kereta rosak bulan january ni ye… Tanda nak dapat car bonus agaknya) tak boleh buka tingkap berpeluh kami dalam kereta nak sampai branch shaklee.. dengar pula branch KB dan IPOH vivix sold out. Terus berdoa semoga vivix belum habis.

Masa ni tak kira lagi total vivix, dengar sharing dari group whatsapp semua dah puluh-puluh ratus botol pun ada. Alhamdulillah dapat juga grab last set promo vivix.

Bersidanglah scroll GE tengok downline makan sendiri yang beli vivix, total semua rasa macam tak percaya. Banyak kali kira, rasa macam tak percaya boleh capai target untuk full set nutriwhite. ?

Jumlah semua 65 botol vivix. Alhamdulillah syukur..

Allah SWT bagi ujian sikit. Nak bagi hikmah besar…ALHAMDULILLAH

logofuzy4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge