Masalah sakit Belakang seringkali dihadapi oleh golongan yang melakukan kerja berat, orang tua dan ibu mengandung. Sakit pada bahagian belakang badan sekitar pinggang sehingga ke sekitar tengkuk memberi rasa yang sangat perit.

Masalah sakit belakang juga membuatkan seseorang sukar untuk bergerak, sama ada kekiri atau kekanan, malahan ingin tunduk atau duduk. Masalah ini sudah tentu akan membataskan kerja harian dan sukar untuk solat.
13 Tips Atasi Masalah Sakit Belakang
Jika menghadapi masalah sakit belakang berpanjangan jangan tunggu terlalu lama untuk mengatasinya. Ikuti 13 Tips atasi masalah sakit belakang, tips yang ke-13 Amat penting, tetapi ramai tidak ambil peduli padahal mungkin tidak tahu sebelum ini.
1. Amalkan gaya hidup aktif
kurangkan berbaring terlalu lama, jika seharian asyik dengan berbaring tanpa melakukan apa-apa aktiiti bukan melegakan kesakitan, malahan memberi kesan yang negatif. Kajian menunjukkan bahawa seseorang yang menghidapi masalah sakit belakang jangka masa yang singkat mengalami kesakitan yang lebih jika mereka tidak kekal aktif dalam kehidupan seharian mereka.
Berdasarkan Mike Flippin, MD, pakar bedah tulang belakang di San Diego menyatakan bahawa sesiapa yang mengalami sakit belakang, perlu bergiat aktif dan kerapkan melakukan pergerakan badan.
2. Lakukan Senaman
Pergerakan dan senaman boleh membantu perkembangan tulang belakang. Tidak kiralah senaman apa yang anda akan lakukan, bahkan dengan sekadar berjalan bersiar-siar di taman boleh membantu mengurangkan masalah tulang belakang.
Dengan berbuat demikian, anda boleh memperbaiki kedudukan badan, dan bukan hanya dengan duduk untuk jangka masa yang lama.
3. Lakukan kerja dalam posisi yang betul
Kebanyakan masalah sakit belakang juga boleh dikaitkan dengan kedudukan yang tidak tepat semasa melakukan kerja, ini merangkumi semasa duduk, berdiri, berlari dan mahupun tidur.

Kedudukan yang tidak betul dan tepat dengan pergerakan yang anda lakukan boleh memberikan tekanan yang lebih kepada tulang belakang. Ini menyebabkan anda merasa kesakitan semasa melakukan perbuatan tersebut. Kesakitan tersebut boleh memberikan rasa sakit semasa ataupu selepas anda melakukannnya.
4. Dapatkan Nasihat Daripada Pakar
Dapatkan panduan dan senaman yang khusus adalah perkara yang penting sekiranya anda ingin mengatasi masalah sakit belakang yang kronik.
Sakit belakang ini tidak boleh dirawat dengan satu jenis ubat dan senaman. Anda perlu mencari seorang pakar dalam tulang belakang dan mendapatkan nasihat daripada mereka. Minta mereka mencadangkan cara untuk memperbaiki masalah tersebut.
5. Kuatkan Anggota Badan Anda
Mempunyai otot yang kuat boleh membantu anda dalam mengatasi masalah sakit belakang.
Selain itu dengan gabungan tulang belakang yang kuat, juga boleh membantu anda memperbaiki masalah sakit belakang. Dengan hal demikian, anda perlu mengambil makanan yang mempunyai kuantiti protein dan kalsium yang tinggi.
6. Pertingkatkan Tahap Fleksibiliti
Memberikan tekanan yang tinggi kepada badan boleh menyebabkan masalah sakit belakang. Hal ini boleh diatasi dengan anda meningkatkan tahap fleksibiliti badan anda. Dengan ini, badan anda boleh menyesuaikan diri dalam kebanyakan keadaan.
Boleh boleh tingkatkan tahap fleksibiliti badan dengan senaman memanaskan badan, sepertimana yang anda lakukan sebelum melakukan senaman yang berat. Perkara yang perlu dititik beratkan adalah renggangan pada badan anda.
7. Kurangkan Pendakap Badan
Pendakap badan ataupun pendakap otot (braces) boleh menguatkan otot badan anda. Pendakap boleh memberikan tekanan kepada badan seperti mana aktiviti mengangkat berat. Namun jangan terlalu memaksa, kerana boleh menyebabkan masalah lain kepada badan.
Anda boleh memakainya selama 15 minit dan berikan badan anda berehat seketika. Pemakaian yang berpanjangan akan menyebabkan badan anda lemah dan otot juga akan letih.
8. Ais dan Haba
Pad ais dan pad haba boleh melegakan otot semasa bersenam. Para doktor mencadangkan pemakaian pad ais 48 jam setelah mengalami kecederaan dan gantikannya dengan pad haba sejurus selepas itu.
9. Tidur Dengan Posisi Yang Betul
Dapatkan masa tidur yang cukup adalah penting, sama juga posisi anda tidur. Sekiranya anda tidur dalam posisi yang tidak betul akan menyebabkan tulang belakang sengsara. Elakkan tidur meniarap kerana boleh memberikan tekanan kepada belakang.

Selain itu tidur diatas tilam yang tidak sesuai boleh menyebabkan sakit belakang.
10. Berhenti Merokok
Merokok selain menyebabkan kanser dan memusnahkan paru-paru, merokok juga salah satu faktor berlakunya masalah sakit belakang.
Kajian dilakukan oleh Jurnal Perubatan Amerika membuktikan bahawa perokok mempunyai kecenderungan untuk mendapat masalah sakit belakang berbanding dengan bukan perokok.
Nicotin boleh menyebabkan pengecilan urat darah dan menghadkan oksigen kepada tisu-tisu yang memerlukan. Hal ini menyebabkan rasa sakit dalam jangka masa yang lama. Baca tips berhenti merokok selama-lamanya.
11. Buat Terapi
Tekanan dan emosi juga memainkan peranan dalam masalah sakit belakang. Dengan menjalani terapi, anda boleh meringankan kesakitan sakit belakang.
12. Menggunakan Teknik Penenang
Kajian membuktikan bahawa aktiviti seperti meditasi, mengambil nafas panjang, tai chi dan lain-lain boleh membantu menghilangkan sakit belakang.
Jiwa berhubung dengan anggota badan anda, sekiranya fikiran anda sedang bercelaru, ia akan memberikan kesan yang negatif kepada badan anda.
13. Pengambilan Suplemen
Pastikan badan mendapat zat nutrisi secukupnya bagi menapung keperluan harian badan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Kerapkali ramai yang tidak indah dengan keperluan kalsium. Tanpa sedar kalsium dalam tulang telah merosot dan menjadi punca sebenar masalah sakit belakang.
Pastika pilih suplemen yang betul dan terbaik seperti Ostematrix Shaklee, suplemen ini diuji secara klinikal dan ianya Bukan Sekadar Kalsium.
Hargailah tubuh badan kita, supaya tidak menyiksakan diri sendiri. Apabila Masalah sakit belakang semakin meruncing boleh mengakibatkan kehidupan kita tidak bermakna.
Artikel menarik:
Ostematrix Shaklee Bukan Sekadar Kalsium penawar sakit belakang Mujarab!
Sekian, perkongsian manfaat bersama!