10 Petua Merawat Masalah Jerawat di Kalangan Remaja

Apabila usia semakin meningkat menjadi remaja, hormon juga turut berubah. Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa. Tetapi Awas jika salah rawatan boleh meninggalkan kesan parut jerawat seumur hidup diwajah.

petua merawat masalah jerawat

10 Petua Merawat Masalah Jerawat di Kalangan Remaja secara semulajadi yang dilakukan oleh nenek moyang kita jangan dipandang rendah, Petua mereka juga sangat berguna dan yang penting semulajadi tanpa bahan kimia yang memudaratkan seperti lambakkan product di pasaran yang lazimnya menggunakan bahan kimia berbahaya untuk jangka masa panjang!

10 Petua Merawat Masalah Jerawat Secara Tradisional

Bahan-bahan yang digunakan untuk merawat masalah ini mudah didapati dan ini adalah perua nenek moyang turun temurun. Boleh pilih mana-mana petua untuk cuba.

1. Kulit kayu manis

Kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Jika tidak ada madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan ketika mencuba untuk kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis sedikit “panas” dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa.

2. Putih Telur

Ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Bilas bersih dikhuatiri liang roma tersumbat akan memberi kesan yang lebih teruk.

3. Pucuk Jambu Batu

Ambil segenggam pucuk jambu dan lumatkan dengan kedua tapak tangan sehingga menjadi seperti “pes”. Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka. Kemudian basuhlah dengan air suam.

4. Air Basuhan Beras

Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dikeringkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam. Air beras dipercayai dapat mengurangkan minyak diwajah penyebab jerawat bermaharajalela.

5. Campuran Bedak Sejuk, Garam Dan Air Asam Jawa

Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Sapukan di muka dan di tempat yang ditumbuhi jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

6. Daun Teh

Didihkan daun teh atau rendam dengan air panas yang baru mendidih. Setelah daun teh itu menjadi lembut, tekapkan ke muka atau bahagian yang ditumbuhi jerawat.

7.  Asam Jawa Dan Kunyit Hidup

Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu rata ke seluruh muka anda. Bersihkan dengan air bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

8. Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang.

9. Tepung Kanji

Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

10. Tomato

Buah tomato mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato. Tomato merupakan buah yang kaya dengan vitamin A.

Amalkan Vitamin Untuk Rawatan Dari Dalam

Petua Orang lama kebanyakkan rawatan dari luaran, Perlu diingat rawatan tradisional tidak semua sesuai dengan kulit wajah. Dikhuatiri akan bertambah sengsara kerana tidak sesuai. Jerawat dikalangan remaja sebahagian besarnya adalah dari perubahan hormon. Jadi pengambilan makanan seimbang dan di tambah dengan pengambilan vitamin adalah sangat disarankan.

Video Ini menceritakan 7 tahun sengsara akibat kulit wajah dipenuhi Jerawat kronik. Kini Sudah bebas Jerawat, Apa yang wanita ini lakukan?

5 Jenis Vitamin untuk merawat Masalah Jerawat dari dalam adalah vitamin A, Vitamin B, vitamin C, Zink dan protein. Boleh amalkan vitamin E untuk proses penyembuhan parut akibat jerawat.

Fungsi setiap vitamin akan dibincang dalam article seterusnya : Vitamin merawat Jerawat

Sekian, Selamat Mencuba Petua diatas.

perkongsian manfaat bersama!

1 comment for “10 Petua Merawat Masalah Jerawat di Kalangan Remaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge