10 Perkara Perlu Elak Jika Mahu Cepat Hamil

Periksa rutin harian suami isteri, mungkin ada beberapa perkara yang mengganggu sistem kesuburan. Ambil langkah untuk memperbaiki segera, Hindari 10 Perkara Perlu Elak Jika Mahu Cepat Hamil.

tips kesuburan suami isteri

Mungkin selama ini pasangan yang dalam proses Try To Convince (TTC) tidak menyangka bahawa ada rutin harian yang dianggap biasa adalah punca peratus kesuburan berkurangan. Jika ya, masih belum terlambat untuk mengubahnya.

Apakah Perkara Perlu Elak Jika Mahu Cepat Hamil?

Dalam ikhtiar kehamilan, perlu kita ingatkan bahawa setiap tubuh manusia tidak sama. Jadi ada pasangan perlu berusaha lebih untuk memiliki Zuriat! jangan mudah berputus asa, Antara perkara utama yang perlu dielakkan suami isteri adalah seperti berikut:

#1. Merokok

stop smoking and alkohol

Jika sudah menjadi perokok tegar, berusaha lah untuk berhenti merokok! Asap rokok yang mengandungi Nikotin adalah salah satu punca terjadinya keguguran, kecacatan dan berat badan kurang semasa dilahirkan. Tapi mungkin tak ramai sedar nikotin juga boleh menyebabkan kadar kesuburan menurun dan mengurangkan peluang untuk hamil. Walaupun bakal ibu atau bapa tidak merokok, tetapi sebagai perokok pasif pun nikotin boleh memberi kesan kepada kadar kesuburan anda.

Wanita yang merokok secara langsung dikaitkan dengan kemandulan. Bukan kerana faktor itu sahaja yang wanita yang terpaksa berhenti merokok. Satu kajian Finland mendapati bahawa 41.9 peratus lelaki yang merokok adalah mandul, berbanding 27.8 peratus lelaki yang tidak merokok. Dan orang-orang lelaki yang merokok mempunyai sperma lebih sedikit apabila mereka ejakulasi. Dan jika itu tidak cukup untuk meyakinkan beliau untuk berhenti merokok, tunjukkan bukti statistik bahawa merokok akan menyebabkan mati pucuk menurut sumber perubatan.

Lelaki perlu berhenti merokok sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mencuba untuk mendapatkan bayi. Ia mengambil masa 100 hari untuk membuat sperma – dan itu adalah 100 hari di mana sperma boleh mengalami kerosakan yang tidak boleh diperbaiki.

#2. Alkohol

Bagi yang beragama islam memang Alkohol (Arak) telah diharamkan, jadi berhentilah dari terus mengambil. Ia didapati mengganggu keseimbangan hormon termasuk hormon yang mengawal kitaran haid dan ovulasi. Pengambilan alkohol yang sangat tinggi boleh menyebabkan kecacatan.

Wanita yang minum hanya lima unit seminggu jauh lebih rendah peluang mereka untuk hamil. Cuba untuk mengelakkan alkohol sama sekali dalam tempoh tiga bulan sebelum mencuba untuk hamil.

Bagi lelaki, minum 3-4 unit sehari boleh menjejaskan sperma dengan merendahkan paras testosteron, dan dalam jangka masa panjang, buah zakar boleh menjadi layu dan lemah.

#3. Kafien

coffee-617x416

Satu kajian Amerika mendapati bahawa mengambil kafein dalam jumlah yang lebih daripada sepatutnya (bersamaan dengan tiga cawan kopi sehari atau kira-kira 300mg) boleh mengurangkan peluang wanita untuk hamil sebanyak 27 peratus berbanding bukan peminum kopi.

Jika sedang merancang untuk hamil, pengurangan pengambilan kafein dapat meningkatkan kadar kesuburan.

Jika sebut perkataan Kafien sudah pasti semua terbayangkan kopi. Sebenarnya banyak makanan lain yang terdapat kafien didalamnya, seperti teh, coklat, kuaci, minuman bersoda dan banyak lagi.

#4. Seluar Yang terlalu ketat

ketat

pilih Seluar dalam atau seluar biasa jangan terlalu sendat kerana Testikel lelaki perlu berada pada suhu yang lebih rendah dan tidak boleh dibiarkan berada dalam suhu yang tinggi. Memakai seluar dalam ketat mungkin boleh mengganggu kesihatan reproduksi lelaki.

#5. Terlalu aktif dalam bersukan

Ahli sukan wanita didapati kerap mengalami masalah kesuburan akibat kitaran haid yang tidak normal.

Jika anda seorang yang sangat aktif bersukan/ melakukan aktiviti fizikal/ aktiviti ekstrem, berbincanglah dengan doktor mengenai kesannya terhadap kesuburan sekiranya ada.

#6. Terlalu kurus atau Obesiti

get-fat-free-get-healthy

12% kes ketidaksuburan yang dilaporkan adalah berpunca dari masalah berat badan.

Jika anda kurang berat badan (underweight) disebabkan pemakanan tak seimbang atau terlalu aktif – kitar haid akan terganggu kerana 22% lemak badan diperlukan untuk ovulasi yang normal dan kesihatan reproduksi.

berat badan berlebihan (overweight) Dikenali obesiti boleh mengubah hormon secara kimia dan menghalang proses kehamilan.

kadar kesuburan dapat dipulihkan kepada normal dengan segera setelah anda mendapat berat badan ideal.

#7. Pengambilan Dadah / Ubatan Sintetik

ubat

Bermula dari sekarang elakkan pengambilan Dadah/ Ubat Sintetik lambakkan di farmasi – Ubat sintetik seperti sesetangah pil penahan sakit dan antibiotik boleh menurunkan kadar kesuburan.

Ubat penahan sakit contohnya akan menyebabkan ovulasi terganggu dan mengganggu sistem imun tubuh. Ubat antihistamin pula dikatakan akan mengganggu pembentukan sperma dan mengeringkan rembesan servik (yang boleh mengganggu pergerakan sperma). Dadah terlarang seperti Marijuana, kokain dan sebagainya boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang dan merosakkan otak bayi.

#8. Pencuci Intim Wanita

Jika mempunyai masalah dalam seperti miss v berbau atau keputihan, rawatlah dari dalam, dengan pengambilan vitamin. Mungkin ramai yang suka gunakan pencuci intim wanita yang ada di pasaran sekarang. Memang best sebab baunya wangi, cucian pun rasa segar dan bersih.

Tapi berhati-hati juga kerana cucian yang terlalu kerap boleh ‘mengeringkan’, mengurangkan cecair serviks dan mengubah pH vagina seterusnya boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvik yang boleh menjejaskan kesuburan terutamanya cucian yang menggunakan kaedah ‘douching’

#9. Makanan Segera

fast-food

Makan segera memang mudah dan sedap dimulut. Ramai yang pilih untuk menikmati makanan yang mudah ini. Makanan Segera/ makan proses sangat tinggi kandungan bahan perasa tambahan seperti MSG, garam, lemak dan bahan perisa makanan. Sudah diketahui sangat tidak elok jika di ambil secara berlebihan.

Lemak tepu yang terkandung dalam makanan yang telah di proses ini mengganggu sistem badan dan boleh meningkatkan berat badan secara mendadak jka diamalkan setiap hari.

#10. Mandian Air Panas

Menikmati mandian air panas memang mengasyikkan, dapat berendam ala-ala SPA. Tetapi awas! suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti sperma. Elakkan berendam terlalu lama dalam mandian air panas atau laraskan kepada suhu yang lebih rendah.

Amalkan gaya hidup sihat

Elak semua perkara diatas, mulakan dari saat ini memilih permakanan yang sihat, jauh segala benda yang tidak berfaedah seperti merokok, alkohol dan dadah.

Bagaimana elak dari mengambil ubat sintetik?

Ubat sintetik memberi kelegaan dengan segera kerana ada yang telah di campurkan dengan dadah. Namun peratus kesakitan berulang adalah tinggi, jadi untuk menjalani kehidupan yang bebas dari dadah dan ubat sintetik berubahlah dengan pengambilan vitamin semulajadi.

kesakitan seperti selsema, batuk, migrain dan banyak lagi boleh di selesaikan dengan pengambilan vitamin semulajadi.

Testimonial Berhenti merokok dengan mudah dan berkesan!

Article Menarik Untuk Dibaca!

Untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya, Jangan Malu ye, Saya sedia membantu, nak sangat bantu semua.
 Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734
daftar-sekarang1

Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya sedia membantu.

6 comments for “10 Perkara Perlu Elak Jika Mahu Cepat Hamil

  1. October 2, 2015 at 4:55 PM

    banyak info menarik dalam nie…senang utk diamalkan…

    tq admin 🙂
    syuhada recently posted…Ubati Kencing Manis Segera Sebelum Kaki Menjadi Hitam Berlubang-lubangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge