10 Peranan Suami Kepada Isteri Yang Sering Diabaikan

Walaupun bercinta sepuluh tahun sekalipun tidak akan sama kehidupan semasa berumah tangga. Dalam melayari bahtera rumah tangga akan lebih mengenali sikap sebenar pasangan. Jika dulu masa bercinta sehari sepuluh kali telefon, kematu jari jemari SMS.

page

Suami Dambaan Isteri

Pendek kata semua perkara diambil berat. Mungkin Sikap lelaki yang terlalu mengambil berat itu yang buat hati wanita cair. “Mr. Perfect!!” kononnya.Tetapi Semuanya Jodoh yang ditentukan Allah SWT.

Suami Ketua Keluarga

Suami perlu tahu peranan sebenar sebagai ketua keluarga dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab suami sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:

“Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” (Surah an-Nisa, ayat 34)

Berikut disenaraikan 10 Peranan Suami Kepada Isteri Yang Sering Diabaikan

1. Suami yang Lepas tangan dalam hal urusan rumah tangga

Sikap suami yang sering melepas semua urusan rumah tangga kepada isteri adalah tidak patut sama sekali. Ini kerana sebagai seorang suami yang mempunyai tenaga dan daya upaya lebih kuat dari seorang wanita adalah menjadi tanggungjawab mereka. Sebaliknya isteri hanya membantu kerja-kerja ringan dirumah. Sesetengah suami sombong dan malas untuk membantu isteri dalam urusan rumahtangga. Disebabkan sikap ini, sesetengah isteri merasa dirinya terbeban dan tertekan.

Contohi Rasulullah SAW dalam melayani isterinya Aisyah r.ha.

Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah SAW di rumahnya, beliau menjawab:

“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” (Hadith riwayat Bukhari)

2. Bersikap Kasar, Garang dan kurang kasih sayang terhadap Isteri

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” (Hadith riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani)

Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW seseorang suami itu haruslah berakhlak baik, bersikap lembut dan tidak kasar terhadap isterinya. Hal ini kerana, suami yang bersikap kasar pasti akan menggugat kebahagiaan hubungan antara dirinya dengan isteri.

Berbual dan bergaul mesra dengan isteri akan mengeratkan hubungan kasih sayang. Mengelakkan keadaan bertambah tegang jika berlaku perselisihan kecil. Cepat-cepat ambil hati isteri.

3. Mengabaikan nafkah zahir kepada isteri

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah : 233)

Isteri berhak mendapatkan nafkah dari suami, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa pengetahuan suaminya.

4. Mengabaikan Penghargaan terhadap isteri

Isteri yang Sanggup berkorban melahirkan zuriat, berkorban kurangkan waktu tidur dan sebagainya hanya kerana ingin menjaga anak-anak dan mentaati suami. Tetapi suami pula? Sedikit pun tidak tunjuk seperti mengahargai. Seorang suami yang selalu menghargai isteri baik dalam sikap mahupun perkataan tentu akan selalu dirindukan oleh seorang isteri. Penghargaan yang diharapkan oleh isteri bukanlah mahal atau besar, bermula  dengan perbuatan-perbuatan kecil atau ringkas seperti memberikan pujian jika  isteri memasak atau memberi ciuman selamat pagi.

5. Meletakkan sesuatu kesalahan kepada isteri

Isteri juga manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesilapan. Namun begitu sebagai suami yang diberi 9 akal perlu bertindak bijak. ketika isteri berbuat kesalahan,  suami sebaiknya menegur dengan sikap yang berhemah, tidak dengan kasar atau menyalahkan dengan emosi yang berlebihan. Daripada marah-marah kepada isteri, sebaiknya bertanyakan/meminta penjelasan dari  isteri kenapa berbuat itu dan memberi nasihat agar tidak berulang lagi. Akhirkan setiap kesalahan sebagai nasihat yang isteri akan ingat sampai bila-bila.

Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah SAW melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatiri akan mendapati berbagai kekurangan isteri dan cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya. Kerana suami juga mempunyai kekurangan dan celaan seperti sabda Rasulullah SAW:

“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {Hadith riwayat Muslim}

6. Mengabaikan Pendapat Isteri

Dalam hidup berumah tangga, isteri merupakan nadi dan tulang belakang kejayaan seorang suami. Suami  sebaik-baiknya tidak bersikap ego, tetapi sebaliknya suami dapat mendengar dan menerima pendapat dari isteri jika pendapat itu memang merupakan keputusan yang terbaik. Suami isteri perlu memutuskan suatu keputusan secara bersama-sama, tidak sebelah pihak dan isteri harus memahami apa-apa keputusan yang diputuskan oleh suami.

7. Abaikan hak suami terhadap isteri

suami berhak setiap inci yang berada ditubuh isterinya. Kenapa Suami mengabaikan Hak yang sepatutnya hanya boleh di tontonkan oleh seorang suami. Suami telah mengabaikan keelokan, keindahan dan kecantikan isterinya dinikmati dan dipertontonkan kepada bukan mahram. Dia membiarkan isterinya mendedahkan aurat ketika keluar rumah, dan membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki bukan mahram. Bahkan ada sebahagian suami bangga kerana memiliki isteri yang cantik dan boleh dinikmati oleh pandangan kebanyakan orang.

Sebagai suami, perlu ada sikap cemburu kepada isteri. Perhatikan ancaman Rasulullah SAW terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):

“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts.” (Hadith riwayat An-Nasa’i, dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674)

Ad-Dayyuts(dayus) itu ialah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.

8. Tidak menjadi pendengar yang baik

Setelah seharian masing-masing membawa haluan (sama ada isteri surirumah atau bekerja) tentu banyak perkara yang ingin dikongsi (meluahakan). terutamanya Isteri yang tidak keluar berkerja. ini kerana seharian dirumah dan tidak ada kawan untuk berbual. Melayan karenah anak, mahu bercerita pekembangan anak-anak. Isteri akan lebih suka jika memiliki suami yang mahu mendengar cerita atau keluhannya. Bagi suami kadang-kadang untuk mendengarkan perkataan isteri sering dianggap tidak penting tetapi yang diinginkan oleh  isteri hanyalah perkataan dia didengari dan difahami sahaja.

9. Mengabaikan hal kesihatan diri sendiri

Sebagai seorang Ketua, Suami juga perlu pastikan diri sendiri dalam keadaan sihat. Amalkan gaya hidup sihat supaya tidak diserang penyakit berbahaya. tonton video seorang suami yang liat makan Vitamin sehingga hampir lumpuh.

Lelaki Kuat Sukan Liat Nak Amalkan Vitamin Sampai Dah Nak Lumpuh? from iReach HD on Vimeo.

Elakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Jaga diri sendir, jaga permakanan, amalkan gaya hidup sihat.

10. Mengabaikan Ilmu dan Hukum agama

Perkara ini merupakan tunggak dalam ikatan kekeluargaan. Sebagai seorang suami tidak harus mengabaikan tanggungjawab mendidik dan menambah ilmu Agama dan hukum dalam syariat Islam.

Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintakan.” (Surah At-Tahrim:6)

Para suami hendaklah mengajarkan agama kepada isteri mereka sama ada secara langsung ataupun melalui perantaraan. Tidak semestinya memberi tazkirah, boleh ajak isteri pergi ke kuliah, beli bahan ilmu seperti buku dan majalah serta CD ceramah agama. Suami perlu mendalami ilmu agama bagi membawa kaum keluarga kejalan yang di redhai Allah SWT.

SHARE kepada suami diluar sana, mungkin ada yang terlupa dan boleh perbaiki insha-Allah. Mudah mudahan mendapat keluarga yang Sakinah.

untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA hubungi saya:
Jangan ragu-ragu untuk bertanya, saya sedia membantu.
Call/Sms/Whatsapp: 017-4009734
FanPage Facebook: D’vita Beauty
khidmat nasihat percuma untuk pelanggan saya sahaja.
HARGA ISTIMEWA JIMAT 15 – 20% DAN MENDAPAT
KEISTIMEWAAN KEAHLIAN SEUMUR HIDUP. DAFTAR AHLI UNTUK MAKAN SENDIRI
PENJIMATAN INI MEMBERI LEBIH NILAI KEPADA WANG ANDA!
pengedar shaklee penang-kepala batas, seberang jaya dan balik pulau

.

4 comments for “10 Peranan Suami Kepada Isteri Yang Sering Diabaikan

  1. March 2, 2015 at 12:56 PM

    alhamdulillah MJ bersyukur kerana dikurniakan suami yang melengkapi kelemahan MJ
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…4 Tips Untuk Suami: Bagaimana Nak Tahu Isteri Anda HamilMy Profile

  2. March 3, 2015 at 11:33 PM

    Saya sangat setuju apa yang Puan nyatakan. Saya sendiri pernah buat kesilapan yang sama.
    Helmi Aliarit recently posted…MyUSSD *158# Sebuah Projek MyGov Mobile. Di Bawah MAMPU.My Profile

  3. March 7, 2015 at 4:19 PM

    tanggungjawab seoarang lelaki sebagai suami memang berat
    blogger lelaki recently posted…Blogger Malaysia Ini Memang BestMy Profile

  4. March 19, 2015 at 3:04 AM

    sungguh..saya suka tips begini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge