2 Hari 1 Malam Di Lexis Suite Penang Ber”Staycation”

Sebab ramai sangat whatsapp dan masengger di Facebook tanya “Apa yang best Lexis suite Penang?” dah terrasa macam banyak kali buat siaran ulangan cerita ada baiknya review terus dalam blog ni. Sorry yang tunggu-tunggu saya buat review Lexis Suite Penang. Tunggu Encik suami Transfer Gambar.

lexis-suite-penang

Di Mana Lexis Suite Penang

Ramai yang confius dimana sebenarnya hotel ni? di Pulau Pinang ada Lexis ke? sebenarnya kami sekeluarga selalu sangat lalu Lexis Suite ni. Jalan ni kami guna nak balik rumah mertua saya yang terletak di Balik Pulau. Lebih kurang 10 minit sebelum sampai rumah mertua, jadi setiap kali lalu asyik tanya bila kita nak try Lexis ni? dah jadi doa agaknya.
Terletak di Teluk Kumbar, sebuah perkampungan nelayan.  Jadi agak jauh sedikit dari hotel-hotel lain. Tapi Pulau Pinang bukan besar sangat, comel je, Lexis suite hanya 5 – 10 minit dari Lapangan terbang pulau Pinang.

Review Hotel – Lexis Suite Penang

Lexis seperti sedia maklum memang dah terkenal dengan adanya private pool di dalam bilik. Memang jadi tarikan untuk kami sekeluarga tidak terlepas nak staycation dan rasa sendiri “best ke Lexis“.

Lexis sediakan 2 bilik untuk kita sewa ikut budget masing-masing, Premium Pool Suites dan Executive Pool Suites. Bezanya ialah keluasan setiap suites. Kami duduk Premium Pool Suites , bezanya rekaan bilik dan permandangan. Untuk dapat “Sea View” dan “sky terrace” boleh sewa Executive Pool Suites.

Premium Pool Suites

Bahahian Bilik pertama Ada 2 katil king saiz, kanak-kanak 4 orang pun muat 1 katil. Boleh la Mak ayah 1 katil . Saya sangat tertarik dengan meja dan mini bar depan katil tu. Boleh buat Small office Home Office sesuai dengan WAHM kan. Semua makanan dan minuman di mini bar adalah percuma jangan segan silu nak makan ye. Dalam mini freezer ada 3 tin air bikarbonat kami memang tak sentuhlah, memang dah lama tak minum.

Bahagian bilik kedua, pintu disebalik tirai (rujuk gambar diatas) ada shower dilenkapi dengan bathtub di sebelah kanan, almari pakaian (iron dan peti besi) dan toilet di sebelah kiri.

Bahagian bilik ketiga, bahagian yang paling dinanti-nanti untuk buat kejutan kepada anak-anak apa lagi kalau bukan kolam mandi. Yeahhh!!!.ini lah view dari tingkat 15 (bilik 1514).Dekat pool ni ada bilik sauna, bilik kecil je..kalau nak masuk laki bini ok la. yang badan slim muat 3 orang rasanya. Air 1.2meter dalam, untuk anak-anak memang bawa pelampung sendiri.

 Apa lagi yang Best Lexis Suite Penang?

Cerita tak cukup best ke? ok ok Pool kecil? tak puas nak berenang ala-ala atlit olimpik? masih ada kolam luas. Boleh pergi ke tingkat 8 hotel, ada kemudahan lain yang disediakan. Swimming pool, gym, Spa, Kid world, Karoke etc. Tak sempat pun nak pergi spa walaupun dapat RM50 voucher Spa, ye la 1 hari 1 malam je.. ada rezeki duduk 3 hari 2 malam baru puas.
Bawa anak-anak buat aktiviti lain dari biasa, memang nampak terpancar kegembiraan yang teramat sangat. Memandangkan anak-anak saya memang gemar dengan pool jadi 1 hari 1 malam memang tak cukup puas.
.
sampai sahaja bahagian pool terus buka baju, tak sabar sabar nak terjun. Yang si kakak memang mandi berkali-kali sampai nak check out. “Ibu kita nak pi mana ni? kakak tak mau balik,nak duduk rumah ibu” adoii dia ingat ibu beli rumah baru, ibu aminkan doa kakak.

lexis suite penang

Si adik demam masa ni, masa dalam perjalanan muntah atas baju abah, cuak juga sebab tak best lah niat bawa sini nak buat anak-anak gembira. Perasaan mak-mak ni memang lain macam kalau anak demam. Tapi budak-budak semangat kental, badan panas nak juga terjun kolam. Untuk langkah berjaga-jaga supaya demam tak melarat dan tak mudah selsema saya bagi sorang 2 biji omega guard. Alhamdulillah memang malam tu adik dah ok selsema pun tak.

dengan tak sempat nak pakai baju mandi dan siap terjun, seronok riuh rendah. Nampak tak view dari bilik 1514 kami dapat separuh bahagian darat dan separuh sea view.. tapi best juga sebelah sini memang nampak kapal terbang nak mendarat sebelum terlindung bukit tu.

Harga Lexis Suite Penang dan Bagaimana Tempah?

Harga lebih kurang dengan rangkain Lexis yang lain-lain. Lexis lain semua di Port Dickson, tiba-tiba ada di Pulau Pinang satu, kira beruntunglah kami tak perlu drive jauh-jauh pun.

Pertama kali saya Booking Hotel 5 bintang, jujur sebelum ni tidak pernah booking sendiri, setakat 2-4 bintang pernah walk in terus check in. Terpengaruh dengan Trivago.com, jadi selalu la review harga dari Trivago. Actually ada banyak rangkaian lain untuk booking hotel seperti agoda.com traveloka.com etc korang boleh search di internet dan bandingkan harga.

Masuk dari Trivago search hotel di Penang, nampak Lexis RM342.00 (tak termasuk tax) terus klik-klik booking. Masa booking akan masuk terus ke booking.com. Selesai masuk maklumat dapat la masej dari booking.com nombor booking dan no.pin. Hujung bulan 9 dah booking konon nak dapat harga rendah.

Nasib masuk group “kaki travel” ada yang shared bila kita booking jangan lupa kumpul point, ini kot point dari booking.com, cukup 5 kali booking hotel layak la redeem gift.

cara-booking-lexis-penang

Harga suites hari berkerja lebih murah dari harga hujung minggu, jadi untuk yang bekerja dari rumah cuti tak perlu apply ni boleh ikut hari suami cuti. Jadi harga Lexis Suite bergantung juga pada waktu dan suite yang dipilih. Harga keseluruhan RM399 (termasuk tax) dan masa check in RM200 untuk deposit. Total masa check in RM599.00. Check out dapat balik la full duit deposit, jangan curi towel Lexis hahaha… check ikut time baru la duit deposit dapat balik.

Next time boleh pergi lagi, encik suami kata sangat suka Lexis. Tak kan sama dengan Hotel 5 bintang yang lain, mahu tak sukanya, dengan anak-anak sama je terjun pool, lepas tu layan dalam sauna. Tujuan kami bukanlah nak vacation, kami memang orang penang suami isteri. Lebih kepada Staycation,bawa anak-anak lari dari rutin harian dan refresh minda yang kusut.

logofuzy4

18 comments for “2 Hari 1 Malam Di Lexis Suite Penang Ber”Staycation”

  1. October 22, 2016 at 9:03 AM

    Wah….best…best…kena try jugak ni…pengalaman best tu…biasa tengok org kt lexis…tertanya2 la brp rege tu..ok…thanx

    • Fuzy Idris
      October 23, 2016 at 10:13 AM

      boleh start menabung dah kan…

  2. October 22, 2016 at 12:24 PM

    Wahh.. bestnya. Boleh masuk wish list utk staycation ni. Tq for sharing.. 😍

    • Fuzy Idris
      October 23, 2016 at 10:13 AM

      wajib masuk list hehehe

  3. Ayu
    October 22, 2016 at 12:24 PM

    Wah, best.. Leh p staycation gak ni

    • Fuzy Idris
      October 23, 2016 at 10:12 AM

      boleh sangat ayu…

  4. October 22, 2016 at 12:40 PM

    best kan lexis. xsabar juga nk ke lexis yg terdekat… bila2 tabung travel dh penuh 🙂
    zaleha awaluddin recently posted…Vitamin Ibu Hamil Yang Terbaik Di Pasaran: Apa Kesannya Pada Saya?My Profile

    • Fuzy Idris
      October 23, 2016 at 10:12 AM

      nak menabung juga utk next staycation

  5. October 22, 2016 at 12:47 PM

    Seronoknya baca pengalaman org 😉

    Nak sgt2 bawa anak² staycation tempat camni. Moga Allah mudahkan jalan insyaAllah
    jazilah recently posted…Kontroversi ShakleeMy Profile

    • Fuzy Idris
      October 23, 2016 at 10:12 AM

      inshaAllah…saya pun first time ni…rasa gian pula nk staycation lagi

  6. October 22, 2016 at 2:02 PM

    Bestnya fuzy. .

    Memang teringin nak ke Penang.

    N ade tengok Lexis ni.

    Tq info ye..
    Nida recently posted…PANDUAN KETIKA MEMILIH UNTUK BERSALIN DI HOSPITAL KERAJAAN ATAU SWASTA.My Profile

    • Fuzy Idris
      October 23, 2016 at 10:11 AM

      boleh sgt tu…. jalan2 penang xcukup sehari tau

  7. October 22, 2016 at 2:11 PM

    Wah. Lama xbercuti ni …kena submit proposal ke bos nh..ha4

    • Fuzy Idris
      October 23, 2016 at 10:10 AM

      boleh masuk dalam list mai penang na

  8. October 22, 2016 at 4:36 PM

    wah, menarik… bestnya ada pool dalam bilik…

    • Fuzy Idris
      October 23, 2016 at 10:10 AM

      Lexis mmg ada pool..berendam sampai kecut

  9. Suhaila
    October 22, 2016 at 5:39 PM

    Wah bestnya.. Kene g jgk ni nk mandi private pool.. Heee

    • Fuzy Idris
      October 23, 2016 at 10:09 AM

      wajib hahaha…. seronok kita nak terjun sama

Leave a Reply to Ida Chalo Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge